4 Disember 2016 - Setelah berjaya melepasi cabaran tali pinggang kuning dua, Amier terus melangkah ke cabaran yang selanjutnya - tali pinggang Hijau! Cabaran kali ini sangatlah luar biasa. Dan aku tahu, Amier sendiri sangat kurang berlatih untuk ujian kali ini. Malah masa yang diluangkan untuk membuat latih tubi juga sangat terbatas. Tiada pertapaan di gua atau gunung. Tiada latihan di gymnasium. Tiada sparring dengan teman-teman seperjuangan. Tiada makanan tonik kuat badan. Tiada ini. Tiada itu. Tiada segalanya. Tetapi Amier cekal. Terus cekal bergerak maju ke medan laga.
Para pelatih beratur untuk mendapatkan subsidi minuman susu segar dari pihak sekolah. |
Duduk menanti giliran untuk beraksi. |
Amier dengan wajah ganasnya telah bersiap siaga. |
Nama Amier masiih belum dipanggil lagi. |
Pelatih tali pinggang merah sedang cuba mematahkan kayu jati dengan menggunakan gigi. |
Seorang master sedang memerhatikan para murid-murid pelatih. |
Operasi mematahkan kayu jati masih lagi diteruskan. |
Amier masih menanti. |
Dan terus menanti. |
Acara grading taekwondo diadakan di Sekolah Jalan Gurney. Memang di sinilah tempat kerabat taekwondo bersidang dan beradu kuat. Berduyun-duyun pelatih taekwondo dan para ahli keluarga hadir. Bahang acara sangat dirasakan oleh setiap yang hadir. Suasana tegang sentiasa menyelubungi gelanggang. Para jurulatih berteriak bertempek. Anak-anak berlari memekik. Ibu bapa penuh gusar dilingkungi udara yang tepu dengan keresahan. Dan acara akan dimulakan seketika saja lagi.
Ibu bapa datang memberikan sokongan kepada anak-anak. |
Giliran Amier semakin hampir. |
Tetapi masih belum dipanggil nama Amier. |
Teacher Alice (guru taekwondo Amier) sedang memeriksa nama murid-murid. |
Sebahagian dari instructor yang pernah mengajar Amier. |
Para murid-murid pelatih dipanggil nama mereka. Satu per satu. |
Amier menanti dengan sabar. Akhirnya namanya dipanggil juga. Amier bingkas bangun. Tiada sebarang ragu atau gentar. Gagah kaki menampungi tubuh gempal sasa Amier. Dan jurulatih memberi arahan. Tegas.
"Front upper punch!"
"Lower section block!"
"Double side kick!"
"Triple flying kick!"
"Turning kick!"
Tang turning kick tu Amier macam tak berapa konfiden pulak. Amier punya turning kick macam orang tendang bola aje. Tak macam taekwondo langsung. Tapi juri yang melihat tetap memberi markah kepada Amier. Tinggi pulak markah yang diberi oleh Master. Kaji punya kaji, rupanya tendangan side kick Amier tu sebijik macam tendangan lencong Mohd Faiz Subri yang baru dapat award Puskas Fifa baru-baru ni. Okay-lah. Tak kisahlah tu. Yang penting Amier dapat markah yang memuaskan.
Dan setelah beberapa minggu sesudah grading, akhirnya Amier dianugerahi tali pingggang hijau kerana lulus dalam sessi grading-nya. Aku sangat berbangga dengan pencapaian Amier. Kini level Amier dah sama dengan kakaknya, Wanie. Aku terus memberi galakan agar Amier terus mendapat tali pinggang merah pada hujung tahun berada di SK Ampang. Amin.
Amier sedang beraksi. |
Seluruh warga pelatih sedang mempersembahkan aksi hebat mereka. |
Left hand punch. Tapi ada jugak yang buat right hand punch. |
Master sedang memberi markah kepada para pelatih. |
Amier dan rakan-rakan masih lagi beraksi. |
Master masih lagi memberi tumpuan kepada pemarkahan. |
Ibu bapa semakin cemas. |
Memberi sokongan moral kepada anak-anak. |
Setelah habis grading. |
Amier berasa lega. |
Sangat lega. Walaupun botak. |
Tiga minggu kemudian. |
Amier memperolehi tali pinggang hijau. Syabas anakku! |
No comments:
Post a Comment