22 Januari 2017 - Kebetulan pada pagi Ahad ni aku memang tak ada sessi tenis. Program yang ada hanyalah acara gotong-royong membersih dan mencantikkan asrama masing-masing di Maahad Hamidiah. Ibu bapa digalakkan hadir. Aku dan isteri mengambil kesempatan ini untuk turut serta dalam acara tahunan ini. Beberapa hari sebelum tu, Wanie ada telefon, suruh kami beli cat warna purple untuk dinding asrama mereka. Kami pun carilah kat kedai hardware. Beli cat dinding, cat kayu, berus, roller, thinner, masking tape, penyisip dan beberapa benda lagi untuk digunakan pada keesokan harinya.
|
Para pelajar menyambut kedatangan kami dengan gembira. |
|
Menampal dekorasi di pintu locker. |
|
Segelintir pelajar membuat dekorasi. |
Kami sampai asrama agak lewat sebenarnya. Tanpa membuang masa, kami terus bentang surat khabar atas lantai, bukak tin cat, dan terus mewarnakan dinding. Beberapa pelajar sedang tekun memotong kertas warna untuk dilekatkan di atas pintu locker. Wanie kata tema bilik tu adalah teratai. Sebab tu di setiap locker pelajar ada gambar teratai. Ketika aku memulakan cat dinding, beberapa pelajar datang membantu. Cat dinding ni memang ada kalanya agak membosankan. Dan mencomotkan pakaian jugak. Setelah agak lama mencat dinding dan tingkap, kami mula berasa penat. Aku gagahkan jugak semangatku untuk meneruskan OPS CAT DINDING bilik asrama ini. Sehinggalah akhirnya selesai. (Walaupun kurang kemas). Dan misi kami telah pun tercapai!
|
Menggunting kertas warna. |
|
Membentangkan surat khabar di atas lantai. |
|
Aku sedang mencat dinding. |
|
Mencat pemukaan dinding yang dulunya berwarna hitam. |
Seluruh bilik kelihatan comot. Kami biarkan segala sampah-sarap diruskan oleh pelajar-pelajar. Tangan dan kaki kami kotor dipenuhi habuk dan cat yang melekat. Letih nak besihkan kaki dan tangan. Aku rasa bilik asrama Wanie nampak berseri sikit. Kami habis tugas kira-kira jam 3.30 petang. Lalu kami bergegas pulang. Tak taulah sama ada penghuni asrama berpuas hati dengan misi mencantikkan asrama tu tadi. Wanie jugak ada bagi tahu kami, cuma ada dua asrama aje kat blok puteri tu yang buat aktiviti cat bilik. Kebanyakan yang lain sekadar bersihkan ruang aje, dan buat sedikit dekorasi. Apa-apa pun kami berharap, sedikit usaha tadi dapat menceriakan para pelajar yang menghuni di dalamnya.
|
Gotong-royong pelajar dan ibu bapa. |
No comments:
Post a Comment