m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 6, 2017

Menyingkap sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

26 Jun 2016 - Kali ni aku nak berkisah pasal sejarah pulak. Pasal bangunan yang telah menjadi mercu tanda Kuala Lumpur untuk sekian lama. Tempat berlangsungnya acara menyambut Hari Kebangsaan tahun-bertahun. Tapi kenapa tetiba aku macam berminat pasal sejarah bangunan pulak ya? Pasalnya adalah..... pada suatu hari, aku kena teman Wanie ke sini untuk tugasan PT3-nya bagi mata pelajaran Sejarah. Itulah puncanya.

Wanie di hadapan menara jam.
Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam proses pemuliharaan.
Tangga spiral yang viral.
Panoramic view bangunan.
Langit biru cantik kan?
Mahkamah Persekutuan.
Batu bersurat di bangunan.
Oleh kerana aku tak nak korang berasa bosan dengan entry kali ni, maka aku akan tulis dalam bentuk point form ajelah. 10 fakta mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad:

1. Nama Bangunan Sultan Abdul Samad adalah sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

2. Nama asal bangunan ini adalah Pejabat Baru Kerajaan. Tu aje!

3. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham pada 4 April 1897.

4. Bangunan ini telah dibina untuk menempatkan pejabat pentadbiran bagi kerajaan British di negeri Selangor yang sebelum ini bertempat di Kelang.

5. Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya.

6. Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur.

7.  Rekabentuk bangunan adalah bercirikan senibina Moorish dan Moghul.

8.  Kos pembinaan sepenuhnya ialah $152,824.

9. Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan.

10. Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW. 

Setelah selesai mengambil gambar, kami pun bergeraklah untuk pulang. Tapi tiba-tiba kami ditahan oleh seorang wanita Cina yang agak berumur yang mengedarkan satu pamphlet tentang kesedaran mengenai wujudnya sindiket memperdagangkan organ manusia di serata dunia. Aku rasa wanita tu bukan orang tempatan. Tapi macam dari Tanah Besar Cina aje. Selepas berinteraksi dengan beliau, kami pun beredar.
 
Kementerian Pelancongan pun ada kat sini.
Wanie di koridor yang misteri.
Wanie di depan pintu.
Jabatan Warisan Negera pun ada kat sini.
Satu lagi panoramic view.
Sebahagian bangunan dari satu sudut terpencil.
Pandangan sisi bangunan.
Muka hadapan bangunan.



Wanie di samping satu backdrop.
Dataran Merdeka.
Pandangan panorama Dataran Merdeka.
Bye-bye Bangunan Sulan Abdul Samad.

No comments:

Post a Comment