m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, August 29, 2016

1 Syawal 2016 di rumah Kak Long: Makan-makan & bergambar

Bahagian 5 (Akhir)

Sebagai penutup acara pada malam raya di rumah Kak Long dan Abang Zai, kami telah berkumpul di ruang tamu dan bergambar beramai-ramai. Bukan setiap tahun kami dapat bergambar macam ni. Semoga tahun hadapan kami akan berkumpul lagi, dan bergambar kenangan seperti ini akan diteruskan dari tahun ke tahun.

Sebahagian dari ahli keluarga yang hadir pada malam raya.
Sepupu-sepapat, pakcik dan makcik.
Warna-warni di Aidilfitri.
Cuba cari kat mana aku bersembunyi.
Free style. Maksudnya kalau nak stylo, percuma aje.
Korum semakin ramai.
Girls only. With few exceptionals.
Aunties and nieces.
Boys only.
Uncles, nephews and grandsons.
Belum pun sempat kami menutup acara pada malam itu, datang pula anak-anak buah kami yang lain. Koas dan isteri, Taufiq dan Siti, antara yang lewat sampai. Dan duit raya pun diberikanlah kepada mereka. Dan tidak lama selepas itu, kami pun berangkat pulanglah. Walaupun penat, namun kepuasan dapat bersama ahli keluarga yang lain sangat-sangat memuaskan hati kami. Dan turut merawat kepenatan yang kami rasai.

Okaylah. Meh aku bagi pantun sikit (walaupun pada masa ni, aku tengah tak ada ilham pasal penat badan dan mental):

Terpancar cantik letusan api,
Mercun berdentum memecah sepi,
Berkumpul bermesra sesama famili,
Di rumah Mak Long di Aidilfitri.

Menghias wajah dengan senyuman,
Senyuman manis kuntum-menguntum,
Menghulur tangan bersalam-salaman,
Nubari memekar, jiwa mengharum.

Aku dah penat, mata mengantuk,
Sekejap lagi aku nak tidur,
Negara kita dah lama terbentuk,
Biar merdeka, aman dan makmur.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

TAMAT.

Koas mendapatkan duit raya dari Mak Usu.
Syafiq berbuat perkara yang sama.
Nicha memberikan satu pelukan kasih sayang.
Duit raya terus diagihkan kepada anak saudara.
Sepupu akrab.
Aniza bagi duit raya kepada Mak Usu.
Amier dan Sabriena turut gembira.
Amin dan Faiisal baru nak menjamu selera.
Taufiq dan Siti baru sampai.
Mereka kelaparan. Terus makan.
'The Rock' turut beraya di rumah Mak Long.
Tiba-tiba semua orang menuding ke arah Pak Long. Pak Long terus jadi biru!!!

1 Syawal 2016 di rumah Kak Long: Bunga api

Bahagian 4

Lama sungguh kami bersantai di rumah Kak Long. Namun kami tidak berasa bosan. Jemu pun tidak. Apatah lagi jelak. Malah runsing pun tidak. Ada saja hal yang boleh dilakukan pada masa yang terluang ketika di rumah Kak Long dan Abang Zai.

Secara tiba-tiba ada pula yang mengajak kami semua bermain bunga api di luar rumah. Bermula dengan bunga api kecil versi kanak-kanak sekolah, sehinggalah kepada mercun dan bunga api yang lebih hebat dan kuat lagi bunyinya. Namun pada tahun ini, bunga api KLCC tak dapat diadakan, pasal kawasan KLCC pada masa itu telah dikerumuni oleh sekumpulan Pokemon yang turut berminat untuk menguasai pemilikan bunga api.

Nicha bermain bunga api dan terus khayal dalam dunianya sendiri.
Syauqi turut teringin nak main bunga api versi kanak-kanak.
Satu tidak cukup. Dua baru puas.
Lihatlah dunia. Aku dan bunga api di malam raya!
Wife aku tumpang sekaki.
Seronok sesekali kembali ke alam remaja.
Wawan menemani Den Den menyaksikan pertunjukan bunga api.
Asyraf selaku penguat kuasa Imigresen telah menyita kesemua bunga api dan mercun yang tidak mendapat lesen untuk dimainkan.
Dengan bunga api yang ala kadar saja itu pun sudah cukup untuk menggembirakan kami seluruh keluarga dan sanak-saudara. Semua jadi kanak-kanak riang seketika. Memang perlu bersikap begini sekali-sekala. Barulah hilang segala kegusaran yang sering dialami oleh orang dewasa. Faridz mengetuai pembakaran bunga api dan mercun. Dibantu oleh Faiisal dan Asyraf. Yang lain sekadar memerhati. Dan aku sendiri sempat bermain dengan bunga api kecil yang menghamburkan percikan api yang sangat minimal itu. Anak-anak yang lebih kecil kelihatannya sebegitu takut dengan hingar letupan mercun dan bunga api bak medan pertempuran. Lalu duduk jauh dari medan pembakaran bunga api.

Faiisal cuba membakar bunga api letup-letupan secara berhati-hati.
Memastikan pembakaran dibuat dengan betul agar tidak berlaku sebarang letupan yang tidak diingini.
Syura turut merakamkan peristiwa ceria ini sambil mendukung anak saudaranya, Harith.
Sesudah itu, kami kembali masuk ke dalam rumah. Sambung makan-makan lagi. Sambung menonton tv lagi. Sambung berborak lagi. Sambung duduk-duduk lagi. Sambil memikirkan apakah agenda malam raya yang selanjutnya. Dan isteriku masih menghulurkan duit raya kepada mereka yang masih belum menerimanya. Ya, suasana ceria sebegini memang sangat menyenangkan kami. Semoga malam raya pada hari esok akan mengulangi kegembiraan yang dipancarkan pada malam ini.

Bersambung...

Nurin baru nak ambil hadiah duit raya.
Shasha dan Suraya menjamu selera.
Angah Nabihah dan Along Faqihah join duduk sekali.
Amier sedang enjoy makan kuih raya.
Angah Nabihah terharu bila dihulurkan sampul duit raya.
Along Faqihah berasa gembira mendapatkan duit raya yang diagihkan.
Sejambak ciuman untuk Mak Usu tersayang.
Shasha menerima duit raya dengan dada yang lapang.
Lagi duit raya diagihkan untuk anak buah.

Friday, August 26, 2016

1 Syawal 2016 di rumah Kak Long: Bersantai

Bahagian 3

Setelah mendapat duit raya, anak-anak saudara kembali duduk bersepah di ruang hadapan rumah Mak Long. Makanan masih banyak. Minuman berbekas-bekas dibuat. Ruang tamu riuh-rendah dengan suara ahli keluarga bersembang-sembang. Topik yang paling hangat pada malam itu adalah pasal kekalahan kontinjen badminton Malaysia kepada pemain-pemain dari China pada temasya Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini. Rata-rata berpendapat kekuatan pemain dari China adalah kerana pemakanan rahsia mereka - sup kura-kura berempah!

Abby, Asyraf, Syauqi dan secebis Amin.
Abby sangat-sangat-sangat happy pasal dia dah nak kahwin pada masa terdekat ni.
Tiba-tiba Faridz nak bercerita pasal sesuatu yang berbesa.
Faridz membuat demonstrasi cara-cara menari salsa sempena Olimpik di Rio.
Faiisal kata dia masih belum menerima duit raya lagi. Jadi isteriku terpaksalah memberi Faiisal satu sampul duit raya.
Faiisal gembira tidak terhingga.
Faridz menuding ke arah paparazi yang mengambil gambarnya.
Akid pula memberikan sumbangan kepada Mak Usunya.
Tetapi akhirnya menyesal dan diambil kembali sumbangan itu tadi.
Bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni, sudah pasti ada saja perkara untuk diborakkan. Dari sukan Olimpik, ke kisah drama-drama di TV3, ke Pesta Bola Sepak Malaysia, sehinggalah ke cerita musim durian dan jenis-jenisnya. Idea untuk bersembang memang tak pernah kering. Cuma bagi aku yang tak berapa gemar bercakap sangat, akan sekadar makan minum, duduk-duduk dan ambil gambar. Semua tu boleh dilakukan olehku tanpa perlu banyak berbicara.

Okay. Sambung makan kuih raya.
Eida, Kois, Harith dan Yaya.
Setelah malam semakin larut, Kak Ogie dan Abang Hasni pula tiba. Tatkala tetamu yang baru sampai menjamu selera, yang lain terus berinteraksi demi merancakkan suasana pada malam raya. Sesekali kami akan duduk bersusun di ruang tamu dan bergambar beramai-ramai. Itulah kenangan ketika berkumpul.

Bersambung...

Kak Ogie baru sampai dari kejauhan.
Jamu selera dulu.
Abang Hasni turut mengekspresi kegembiraannya kerana dapat berkumpul sanak-saudara.
Peace. No war!
Semua orang buat isyarat peace. Asyraf buat isyarat Qu Puteh pulak.
Abang Leman, Asyraf dan Faiisal.
"Jom berlatih bersanding", ajak Abby.
Akid denga gadget terkininya.
Amin masih nak berlatih bersanding, walaupun tarikh pernikahannya masih lambat lagi.
Masa untuk group photo.
Men only.
Aku pun man jugak. Pasal tu aku enter frame kat belakang.
One more photo of men in the house.
Now masa untuk tiga beradik - Abby, Nicha dan Syauqi.