Bahagian 1
16 Disember 2015 - Isteriku menyambut hari lahirnya pada hari ini. Kami anak beranak pergi ke Restoran Makan Kitchen di Hotel Double Tree untuk makan tengah hari. Ayah dan ibuku pun turut sekali. Begitu jugak dengan anak saudaraku, Yana. Yang tak ada pada hari itu adalah Syahmie, pasal dia kena bertugas di MRSM sempena minggu interview pelajar-pelajar untuk ke tingkatan 1.
Restoran Makan Kitchen bukanlah asing bagi kami. Selalu jugak kami ke sini sebelum ni. Makanan di sini memang dah terkenal dengan kepelbagaiannya, dan rasanya yang agak lazat jugak. Ada masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Semua local taste dan flavour. Masakan barat dan timur tengah tak ada pulak kat sini.
|
Semua happy dapat makan kat sini. |
|
Isteriku menikmati mi sup yang enak. |
|
Amier makan lauk ketam sampai licin pinggannya. |
|
Ayahku sedang menjamah roti pita. Lepas ni nak makan bihun sup pulak. |
|
Amier belum apa-apa dah pekena aiskerim. |
|
Puas hati bagi dua sepupu ini. |
|
Amier nak ambil air batu campur. |
|
Sabriena makan sambil main dengan makanannya. |
|
Amier masih dengan air batu campurnya. |
|
Sabriena dah puas makan. Sekarang masa untuk main pulak. |
|
Ayahku lah yang paling fokus sekali bila makan. |
Aku mulakan dengan memakan makanan yang agak santai dan ringan seperti sup. Lepas tu barulah aku makan yang lebih berat. Mula-mula berat sederhana. Lepas tu barulah aku makan makanan yang sangat berat seperti nasi beriyani, daging seladang bakar, batu lesung, ikan paus biru bersalut tepung dan kereta kebal berinti bom.
|
Bersantai di tepi jendela kaca. |
|
Isteriku juga sedang menikmati air batu campur. |
|
Ibuku paling awal surrender. |
|
Dua beradik yang kuat makan. |
|
Amier menikmati kek pelbagai rasa. |
Ayah dan ibuku nampaknya makan tak banyak sangat. Kemampuan aku untuk menyumbat segala macam makanan ke dalam tembolokku jugak dah tak seperti dulu. Kalau masa muda-muda dulu, habis semua makanan kat restoran tu aku boleh habiskan. Malah kadang-kadang pihak hotel terpakasa pulak masak makanan extra untuk dihidangkan kepada aku. Macam tulah punya kuat aku makan dulu-dulu. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Semakin berusia, semakin terhadlah kemampuan perut untuk mencerna dan menghadamkan segala makanan yang disumbatkan ke dalamnya. Kami sudahi sessi makan dengan menikmati dessert seperti kuih-muih, buah-buahan dan aiskerim...
Bersambung...
|
Membelek-belek makanan. |
|
Rojak buahnya enak jugak rasanya. |
|
Air batu campur layan diri. |
|
Buah-buahan segar lagi sejuk. |
|
Puding roti ini jugak agak sedap. |
|
Beberapa jenis makanan yang dihidangkan. |
|
Ini bahagian masakan India. |
No comments:
Post a Comment