Bahagian 2
Kalau pada siang harinya kami meraikan hari jadi isteriku di
Restoran Makan Kitchen, pada sebelah malamnya pula kami menyambut lagi birthday isteriku di rumah Kak Timah. Sebelum tu aku dah mintak kebenaran untuk menjadikan rumah Kak Timah sebagai tempat berkumpul adik-beradik. Sambutan pada kali ini merangkumi birthday anak buah kami, Syakirah dan abang birasku, Abang Zai.
|
Kek aiskerim Baskin Robbins yang sangat hebat. |
|
Isteriku dan Syakirah mempunyai tarikh hari jadi yang sama. |
|
Kembar 16 Disember. Tahun lain-lain. |
|
Kami memang suka betul dengan kek aiskerim ni. |
|
Kek dari Secret Recipe yang Kak Long bawak sempena hari jadi Abang Zai. |
|
Semua December babies berkumpul di hadapan kek. |
|
Sabriena bukan December baby. Tak kisahlah. |
|
Teruja dengan kek hari jadi yang kelihatan sangat menarik. |
|
Sabriena nak jugak meniup lilin yang dipasang. |
|
Abang Zai memotong kek yang dibeli Kak Long - produk Secret Recipe. |
|
Abang Zai happy dapat potong kek, walaupun birthday Abang Zai tercepat satu hari. |
|
Kembar tak seiras - isteriku dengan anak buahnya, Syakirah,. |
Menu pada malam ini agak pelbagai. Antaranya termasuklah nasi lemak bungkus, sate, ayam goreng, nugget ayam, kentang goreng dan dessert. Selain host Kak Timah dan Kak Piah, yang ada pada malam tu termasuklah keluarga Kak Esah, keluarga Kak Uda, keluarga Ardi dan keluarga Kak Long. Tak ketinggalan, pasangan pengantin baru, Ika dan Rusydi. Walaupun tak berapa ramai, tetapi cukuplah nak buat riuh dan memeriahkan majlis yang sederhana ini.
|
Tiga orang yang meraikan birthday - isteriku, Syakirah dan Abang Zai. |
|
Dua kek bagi meraikan hari lahir tiga individu. |
|
Sabriena capai biskut bintang yang terpacak pada kek aiskerim. |
|
Antara juadah yang disajikan. |
|
Kak Long menyuapkan secebis kek ke mulut Abang Zai dengan penuh kasih sayang. |
|
Sama-sama menikmati kelazatan kuih Secret Recipe. |
|
Abang Zai nak kek lagi sampai ternganga mulutnya. |
|
Kak Uda dan Abang Zahid jugak makan kek sama-sama. |
|
Gaya dua orang pemakan kek yang profesional. |
|
Intan dan Wanie sedang beratur untuk mendapatkan kek masing-masing. |
|
Yaya dan Intan bertungkus lumus memotong kek aiskerim yang keras beku ini. |
|
Tak sabar-sabar nak menjamah kek aiskerim. |
Selepas makan, aku, Abang Zai dan Abang Zahid serta Ardi, terus ke Dewan Ampang Jaya untuk bermain badminton yang memang dah menjadi kebiasaan kami bermain pada malam hari Rabu setiap minggu. Bersukan tatkala perut tengah terlalu kenyang, dan badan tengah berat memang sangat menyukarkan. Bayangkanlah, perut tengah berat macam badak air, terpaksa terkinja-kinja menghambat tangkis. Sangat menyeksakan. Cepat letih kami semua, dan aku sendiri sampai nak muntah bila dipaksa bekerja keras untuk mengejar bulu tangkis yang dihantar ke segenap pelusuk gelanggang oleh pihak lawan. Selepas habis game, kami kembali ke rumah Kak Timah. Makan dan minum lagi biar perut semakin memberat macam perut gajah Afrika!
Itulah serba sedikit kisah hari jadi isteriku. Sekian, terima kasih.
TAMAT.
|
Wajah-wajah happy ketika menjamah kek. |
|
Amier, isteriku dan Kak Esah. |
|
Zila dan Ardi sedang menjamu selera. |
|
Sate dan kek asikerim menjadi pilihan. |
|
Bermain-main dengan baby kepada Ardi dan Zila. |
No comments:
Post a Comment