m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 26, 2016

Badminton Wattop vs Marsbatch: Jalinan persahabatan

Bahagian 4 (Akhir)

Pertarungan sengit telah pun berakhir. Team Wattop tewas di tangan Team Marsbatch 2-3. Tahniah kepada Team Marsbatch dari Kulim kerana telah menang. Tahniah jua kepada Team Wattop kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Nampaknya kesemua pemain dan penonton sangat berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Malah para penonton kelihatannya sangat terhibur dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemain.

Bergambar bersama - Team Wattop dan Team Marsbatch.
Mengatur posisi sebelum bergambar.
Jeli Hashim membuat pengumuman, "Pemilik kereta kebal bernombor WWW 4444, sila alihkan kenderaan anda!!"
Jeli Hashim mengumumkan beberapa lagi buah kenderaan yang perlu dialihkan pada malam itu.
Azhar memerhatikan Jeli yang sedang bertugas sebagai pengacara majlis.
Aku rasa macam nak cakap sikitlah pasal performance pada malam tu. Aku telah memberi perhatian lebih kepada pemain-pemain Wattop. Pada dasarnya kesemua pemain Wattop telah beraksi dengan sangat cemerlang. Tapi aku ingin menamakan dua pemain yang aku rasa telah berjaya mencuri perhatian aku dengan performance mereka yang sangat meyakinkan. Tapi aku mintak yang lain janganlah berkecil hati ya? Pada malam tu, pemain yang menjadi selection aku kerana kehebatan mereka adalah Hisham dan Abu.

Aku pilih Hisham pasal aku nengok permainan Hisham pada malam tu sangatlah tenang, teratur dan tidak tergopoh gapah walaupun dilanda tekanan. Tangkis dipulangkan kepada pihak lawan dengan tenang, namun masih mampu memberikan cukup tekanan kepada pihak lawan. Pilihan kedua aku adalah Abu. Abu aku piih pasal kelicikan dan keligatan Abu bila berada di gelanggang. Bagi tangkis ke belakang, Abu akan bergerak pantas ke belakang. Bagi bola drop, Abu akan tangkas ke hadapan. Dapat peluang yang sesuai, Abu akan membuat smash kencang. Posisi ketika menyerang dan bertahan juga sangat meyakinkan. Orang yang stamina kuat aje boleh bergerak macam Abu. Pada usia 50 tahun, ini memanglah sangat menakjubkan. 

Piala pusingan diberikan kepada wakil Team Marsbatch.
Happy dapat menjulang piala yang sangat berprestij ini.
Tamat sudah acara pemberian hadiah.
Fazli: "Sudah-sudahlah pegang piala tu. Meh, bagi balik kat aku."
Setelah pengumuman kemenangan dibuat, hadiah berupa piala pusingan pun diberikanlah kepada Team Marsbatch. Para hadirin memberikan tepukan gemuruh kepada pemenang. Wakil Wattop dan Marsbatch dijemput ke hadapan untuk memberikan sepatah dua kata. Bagaikan si penerima anugerah Academy Award. Penghargaan juga diberikan kepada Roy Fazli kerana telah menaja piala pusingan.

"Izinkan saya menyanyikan sebuah lagu bertajuk Mewangi."
"Lagu selanjutnya dari saya adalah Potret."
"Dan diikuti dengan lagu Sampai Mati."
"Meh, bagi can aku nak nyanyi pulak".
"Dimulakan dengan lagu Sepohon Kayu".
"Dan saya sudahi dengan lagu Selimut Putih".
Bagi kategori inter class pulak, juara bersama telah diputuskan - Curie dan Newton. Masa agak terhad sehingga tidak membolehkan penentuan satu juara diadakan. Tahniah kepada pemain-pemain Curie dan Newton. Setelah mengambil hadiah masing-masing, kami bergambar bersama-sama sebagai kenangan di masa akan datang. Kami bersalam-salaman sebelum bersurai. Sekali lagi tahniah kepada Team Marsbatch kerana telah membawa pulang piala pusingan untuk kali ini. Team Wattop menerima kekalahan ini dengan hati terbuka. Tanpa ada terpendam rasa dendam. Sekadar tersimpan satu keinginan yang membara untuk berentap lagi dengan Team Marsbatch dan terus merampas kembali piala yang telah dirompak oleh musuh tradisi - Team Marsbatch. 

Bergerak ligat membuat pukulan,
Terkadang bertahan, terkadang menyerang,
Next time kita berdepan,
Kita berentap di atas gelanggang!

TAMAT

Pemain dan penyokong Team Wattop.
Ceria dapat berkumpul sesama kengkawan lama.
Team Einstein: Oth, Che Hab, Jeli Hashim, Mazeli dan Man Kampit.
Satu pose membelakangkan kamera.
Representing the school - at 50! Amazing!!!
Selain Joe dan Oth, yang lain memang tak pernah mewakili sekolah dalam apa-apa acara sukan sekali pun sebelum ini.
Jump to success.
Barisan wakil maktab dalam game badminton.
Juara bersama dalam inter class - Curie dan Newton.

No comments:

Post a Comment