m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 12, 2016

Badminton Wattop vs Marsbatch: Bermulanya persaingan

Bahagian 2

Sessi pemanas badan  telah bermula dengan masing-masing menunjukkan taring ketika berentap di gelanggang badminton. Pasukan Mendy tak menghadapi masalah menundukkan Pasukan Darwin straight set. Aku membayangkan pertembungan Pasukan Curie dengan Pasukan Einstein akan menjadi sangat sengit dan senget. Tetapi keunggulan Pasukan Curie tak dapat dibendung lagi. Mereka secara santai telah berjaya menundukkan Pasukan Einstein tanpa walau setitik peluh pun jatuh menitis dari tubuh wira-wira Pasukan Curie. Akhir sekali, tibalah giliran pasukanku, iaitu Pasukan Pasteur yang telah diundi untuk berdepan dengan Pasukan Newton. Aku tak tahu kekuatan Pasukan Newton pada tahap mana. Maka aku dan Shahlan perlu berhati-hati ketika berdepan dengan lawan yang dibarisi oleh pemain-pemain handalan seperti Abu, Jai dan Jenal. Kami terpaksa menggunakan segala tipu muslihat yang kami pelajari dari pertapaan kami di Gua Tempurung tempoh hari.

Bergambar bersama sebelum berentap. Pernah menjadi rakan serumahku, Hj Udin (paling kiri).
Tokseh Zakimi dan Mael mendapatkan khidmat kesihatan dari Dr Kahar.
Shahlan, seorang pengadil yang sangat tegas dan berdedikasi, disegani rakan dan lawan.
Aku dan Shahlan bermain mati-matian. Smash demi smash kami lakukan bertubi-tubi. Kelajuan smash kami tak kurang dari 300 km/jam. Namun keteguhan pertahanan Pasukan Newton sangatlah luar biasa. Tak satu pun smash kami mampu mematahkan keutuhan Pasukan Newton. Sebaliknya satu smash yang dilakukan Jenal, walaupun cuma selaju 15 km/jam telah berjaya mengkucar-kacirkan corak permainan kami. Lantas kami tewas mudah di tangan Pasukan Newton. Di set kedua, Zakimi menggantikan Shahlan berganding denganku. Zakimi kata dia sakit kaki. Tapi di atas gelanggang, Zakimi nyata bergerak jauh lebih pantas dari aku. Permainan partner ku sangat hebat. Cuma aku saja yang tak dapat mengikut rentak kepantasan Zakimi, lantas kami tewas lagi di set yang kedua ini. Tak apalah, tak ada rezeki untuk mara ke pusingan selanjutnya. Mohon maaf kepada kedua-dua partner ku, Shahlan dan Zakimi kerana aku tak dapat beraksi cemerlang pada malam itu. Dalam kejohanan Inter-Team, Pasukan Curie bakal bertembung dengan Pasukan Newton dalam pusingan akhir - Final.

Pasukan Marsbatch Kulim dengan penyokong-penyokong tegar dari seluruh dunia.
Lagi rakan serumahku yang dah lama tak jumpa, Malek Mat Saleh (berdiri paling kiri).
Pok Hair dan Che Hab - jangggut sama style. Satu ikal mayang, satu lagi kerinting.
Rashid - pengusaha ayam terkenal yang membekalkan bulu ayam untuk dibuat bulu tangkis.
Azhar dan Jeli Hashim.
Sebahagian Pasukan Wattop yang bakal beraksi.
Jeli Hashim sebagai pengendali majlis pada malam itu.
Gandingan Joe dan Hisham yang sangat mantap.
Tiga orang pegawai keselamatan dan kesihatan sedang bertugas, menanti sebarang kemungkinan kemalangan.
Penjaga garisan bertauliah - Tokseh Zakimi.
Oleh kerana waktu dah agak lewat, maka perlawanan persahabatan di antara Wattop dan Marsbatch perlu dimulakan segera. Para pemain yang mewakili Wattop mula menukar jersey masing-masing. Warna oren peach - melambangkan buah-buahan overseas. Ia menjadi suatu simbol kesihatan dan kekuatan mental para pemain WATTOP. Dalam kejohanan persahabatan ini, terdapat lima regu dari setiap pasukan akan bertembung dan berentap memburu kemenangan bagi dijadikan modal kemenangan pasukan masing-masing. Team Wattop diwakili oleh Muzmi + Abu, Fazli Roy + Purd, Oth + Azhar, Jenal + Zabo, Joe + Hisham. Dan beberapa pemain lagi yang duduk di bangku simpanan.

Bersambung...

Joe sedang buat warmup.
Gandingan Roy + Purd menentang lawan dari Marsbatch.
Dalam pertembungan ini, Purd dan Roy kalah kepada pasukan dari Marsbatch.
Walaupun kalah, tetap happy pasal dah dapat upah under table.
Pengurus pasukan Wattop, Jeli Hashim pening memikirkan prestasi anak-anak didiknya yang kelihatan agak hambar.
Gandingan Abu + Muzmi memberikan tentangan sengit kepada lawan dari Marsbatch.
Umpire Shahlan sedang mengadili perlawanan.
Pegawai-pegawai Pasukan Marsbatch sedang memikirkan untuk mendapatkan khidmat pemain dari China - Cheng Long dan Cheng Short.
Hadi meniup serunai ajaib yang dapat memberikan power tambahan kepada Pasukan Wattop.
Serunai hikmat ditiup oleh penyokong-penyokong tegar Pasukan Wattop.
Joe dan Hisham berhempas pulas bermain, tetapi tewas tipis 1-2 kepada lawan dari Marsbatch.
Zabo sedang memeriksa markah yang berjaya diperolehi oleh pasukan Wattop dan Marsbatch.

No comments:

Post a Comment