m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 15, 2016

Badminton Wattop vs Marsbatch: Pertarungan sengit

Bahagian 3

Pertarungan Wattop menentang Marsbatch berjalan sangat sengit. Para penonton bersorak-sorai sehingga ruang dewan menjadi tepu dengan hingar bergemuruh memecah sunyi malam. Dewan badminton menjadi sangat gamat mengalahkan penonton yang menonton concert Wings mahupun Search. Tiupan serunai, vuvuzela, wisel, trompet, seksofon, dan recorder menambahkan lagi rencah kebingitan di dalam dewan.

Zabo dan Oth menanti giliran untuk bertanding.
Shahlan, selaku juri profesional sedang mengundi melalui SMS team mana yang patut menang.
Perlawanan pertama menyaksikan Team Wattop diwakili oleh Roy Fazli dan Purd. Pada dasarnya mereka berdua merupakan pemain-pemain ayam tambatan Team Wattop. Sebab itulah mereka berada di front line, yang pertama berjuang menentang jagoan Marsbatch. Namun demikian, bila bercakap aje soal tournament atau officialised matches, bukan sekadar skil yang dapat dijadikan senjata menentang lawan, tetapi juga tak kurang pentingnya adalah kekuatan mental dan emosi yang sering menjadi pendorong diri bagi terus berjuang mati-matian sehingga tamat permainan. Dan biasanya, perkara mental inilah yang aku sendiri selalu kekurangan sehinggakan selalu tewas dalam mana-mana perlawanan rasmi - baik badminton, tenis, mahupun ping-pong. Perlawanan ini, walaupun sengit nampaknya telah berpihak kepada Team Marsbatch yang telah membawa mata pertama untuk pasukan dari Kulim ini. Wattop 0 - Marsbatch 1.

Jenal dan Pok Hair sedang mengatur strategi. Akmal dari Marsbatch sedang curi dengar perbincangan mereka.
Muzmi, Rashid dan Halim happy sebab dapat jumpa ramai kawan lama.
Nama Zainal tertera di belakang jersey yang dipakai oleh Zabo.
Oth dengan jersy Einstein yang berwarna merah Ferrari.
Dr Kahar mengetuai team Medic.
Tamat perlawanan yang membabitkan Muzmi dan Abu. Mereka menang 3-2.
Team kedua Wattop dibarisi oleh orang kuat Muzmi dan Abu. Wakil dari Marsbatch pula adalah antara team terkuat yang mewakili Kulim. Pada game pertama, gandingan Muzmi + Abu tewas tipis. Lantas pada set kedua, semangat dan tekad telah ditingkatkan dengan meminum Jus Pamoga Qu Puteh seorang sebotol. Diiringi tiupan vuvuzela oleh penyokong tegar Wattop - Hadi dan Jeli, semangat Muzmi dan Abu semakin panas membara. Malah ada suatu ketika reket mereka berdua sampai terkeluar api yang lebih menggerunkan pihak lawan. Dan kesudahannya, di game yang kedua Team Wattop telah menang. Kemenangan di game yang kedua diteruskan lagi sehingga membawa kepada kemenangan yang selanjutnya pada game yang ketiga. Team Wattop akhirnya telah berjaya membawa pulang satu mata untuk pasukan mereka. Wattop 1 - Marsbatch 1.

Muzmi dan Abu puas hati dapat menyumbangkan mata pertama buat Team Wattop.
Reket siapakah yag tertinggal di atas lantai gelaggang ini? Inilah reket keramat milik Hisham.
Perlawanan ketiga dijangka lebih sengit dan hebat. Team Wattop dibarisi oleh jagoan Hisham dan Joe. Mereka ini merupakan pemain yang paling garang dalam kelompok Wattop. Telah beberapa kali menumpaskan regu nombor satu China - Fu Haifeng + Zhang Nan di pentas antarabangsa. Malah kalau regu dari China ini mendengar saja nama Hisham dan Joe, mereka taubat tak akan masuk Malaysia kerana sangat ketakutan. Pada perlawanan di game pertama, semuanya nampak cantik dan seperti dijangkakan. Team Wattop mendominasi point pertama. Di game yang kedua, mungkin akibat terlalu keletihan, Hisham dan Joe telah memberikan pulak satu mata kepada pihak lawan. Game penentuan adalah game yang ketiga. Masing-masing bermain mati-matian di game yang ketiga. Smash, angkat. Drop, angkat. Smash lagi. Drop lagi. Long shot lagi. Bertali arus dengan rally-rally yang sangat panjang. Rally yang paling panjang adalah selama 3 jam 22 minit (mengikut masa yang aku catatkan). Marsbatch banyak menggunakan tipu muslihat kreatif bagi mengelirukan Team Wattop. Antara tipu muslihat mereka adalah seperti berikut:

"Eh! Tengok tu! Neelofa masuk dewan!" Maka terjenguk-jenguklah Hisham dan Joe mencari kelibat Neelofa. Dan pada waktu itulah Team Marsbatch membuat pukulan smash padu ke gelanggang sebelah Team Wattop. Satu lagi tipu muslihat yang mereka gunakan adalah sebegini: "Lari! Lari! Api! Dewan terbakar!!!!! Lari!!!!!" Bila mendengarkan laungan yang sangat mencemaskan ini, Hisham dan Joe pun larilah keluar dewan bagi menyelamatkan diri masing-masing. Dan pada ketika inilah Team Marsbatch sekali mengambil kesempatan membuat pukulan kencang ke gelanggang sebelah Team Wattop. Akhirnya Team Wattop tewas dalam rubber game. Wattop 1 - Marchbatch 2.

Hisham mengambil reket untuk meneruskan perjuangan.
Perlawanan yang membabitkan Hisham dan Joe tamat dengan kekalahan 2-3. Roy Fazli tetap mengucapkan syabas buat mereka yang telah bermain dengan baik sebenarnya.
Kawan serumahku ketika belajar, Malek melambaikan tangannya kepada peminat-peminatnya di luar dewan.
Sesuatu sedang dibisikkan - adakah telah muncul satu idea baru untuk menundukkan pasukan lawan?
Bergambar sebelum berlawan. Permainan yang membabitkan Jenal dan Zabo.
Team Wattop selanjutnya diwakili oleh gandingan yang paling serasi yang dikenali sebagai Jenal And Jenal (Zainal Abidin Zabo & Zainalfikri). Kesefahaman team ini sangatlah luar biasa sekali. Aku sempat menyaksikan betapa Jenal-fikri bermain dengan sangat santai dan relaks ketika menentang lawan mereka. Siap boleh makan kuaci dan minum teh tarik lagi kat satu sudut gelanggang, walhal permainan tengah berlangsung. Jenal And Jenal akhirnya menang mudah dan mengumpul mata kedua bagi Team Wattop. Wattop 2 - Marsbatch 2.

Zabo dan Jenal menang dalam perlawanan ini 2-0. Satu lagi mata untuk Team Wattop.
Dari kiri: Mazeli, Elias, Che Hab, Azwan dan Jeli.
Perlawanan yang membabitkan Azhar dan Oth.
Azhar dan Oth tewas 0-2 di tangan Team Marsbatch.
Mata telah terikat 2 sama. Set penentuan akan ditentukan dalam set kelima ini. Wattop diwakili oleh Azhar dan Oth. Inilah Team Wattop yang paling banyak muslihat. Ketika menentang pasukan Marsbatch, segala tipu muslihat yang tak pernah terfikir dek akal manusia telah digunakan untuk menipudaya pihak lawan. Entah di mana silapnya, pihak lawan langsung tidak terpedaya dengan segala auta dan putar belit yang dipamerkan oleh Azhar dan Oth. Kedengaran pemain-pemain Marsbatch kumat-kamit mulut mereka sambil berkata-kata, "Cobaan... Ini bukan betul-betul. Ini cobaan..." Dan akhirnya mata yang terakhir dimiliki oleh Team Marsbatch. Sebelum memutuskan siapakah yang menang, dan siapakah yang kalah, sessi audit telah dijalankan dengan sangat intensif. Auditor terkemuka Price Waterhouse Cooper Malaysia dan Ernst and Young Malaysia, dengan diketuai oleh ketua auditor Nik Mohd Hashudeen Yusoff telah mengaudit markah melalui video conferencing. Setelah berhempas pulas mengira markah, akhirnya keputusan muktamad adalah seperti berikut: Wattop 2 - Marsbatch 3. Itulah keputusan rasmi yang diterima pakai oleh semua pihak, terutamanya oleh Badminton World Federation (BWF). Wattop tewas tipis sahaja di tangan Marsbatch.

Bersambung...

Berjabat tangan dengan umpire Hj Udin selepas tamat permainan.
Bersalaman dengan pihak lawan. Penuh sportsmanship.
Umpire Purd happy sebab pasukan pujaannya menang.
Semua peserta dan penonton berkumpul dan bergambar.
Wattop dan Marsbatch bergabung.
Semangat setiakawan yang tinggi.


No comments:

Post a Comment