m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, October 19, 2013

Nelayan di Tepian Rimba: Tangan lenguh, hati puas

Bahagian 2

Sambungan dari kisah memancing di Kolam Rekreasi Tepian RImba, Sungai Serai, Hulu Langat tempoh hari. Ikan yang dipancing memenuhi bakul. Berat ditimbang dekat 11 kilo semuanya. Ikan yang dipancing ada ikan keli, ikan pacu dan ikan patin. Umpan yang digunakan termasuk dedak, roti, pelet dan cengkerik. Tapi semua ikan tu berjaya dinaikkan dengan menggunakan cengkerik saja.

Amier dengan jaring besar kebanggaannya.
Inilah bahagian depan kolam. Kat sini tak berapa berhasil sangat.
Nak balik membawa ikan.
Balik time!
Kolam ni terletak kat bawah bukit.
Masa kami balik tu, lebih ramai pemancing yang datang mencuba nasib.
Tinggi jugak bukit kat belakang tu kan?
Berikut adalah pesanan brader-brader yang regular memancing kat kolam tu:

Ada sorang brader tu kata kalau nak pancing ikan pacu dan ikan patin kena pakai mata kail yang besar sikit. Aku nengok dia pakai mata kail memang agak besar jugak. Ada sebesar penyangkut kren. Kalau ikan keli boleh pancing pakai mata kail kecil sikit. Tapi bagi aku pakai mata kail yang kecil sikit pun okay jugak. Aku pakai mata nombor 10 atau 11. Tapi kena jenis yang tajam betul, biar senang sangkut. Brand favourite aku ialah Daichii - Jepun mari. 

Brader tu turut memberi  resipi untuk buat umpan rahsia bagi memikat ikan patin. Ramuannya ialah: 1 paket umpan dedak jenis Power Bait perasa pandan, 1 paket umpan dedak jenis 916, dan satu paket umpan jenis Nescafe. Aku kalau umpan Nescafe tu memang aku tak pernah dengar dan tak tau macam mana rupa dia. Nak suruh brader tu tunjukkan contohnya, dia tak bawak pulak umpan tu. Malah masa dia mancing pun dia pakai cengkerik jugak. Jadi tak taulah aku kalau brader tu kelentong ke cakap yang betul. Lagi satu, brader tu kata, kalau nak pancing ikan pacu, umpan terbaik ialah hati ayam. Kalau nak lagi hebat, pakailah hati ayam belanda, boleh dapat ikan pacu dari Eropah (pasal Belanda ada kat benua Eropah). Petua yang itu aku tak tau bolah dipraktikkan atau tidak. Pasalnya, ada sesetengah pengusaha kolam tak bagi pakai organ haiwan untuk memancing.

Sebahagian daripada kolam hadapan.
Berlatar belakangkan kolam.
Masih tak puas bergambar dengan kolam.
Letih jugak nak berjalan balik menaiki bukit.
Suasana yang menarik.
Kat sini jugak ada kolam udang galah. Umpan yang digunakan ialah perumpun tanah liat yang warna pink. Perumpun ni ada dijual di sini. Kalau pandai pancing boleh dapat hasil yang lumayan. Kalau tak pandai, cuma dapat beberapa ekor ajelah. Aku kalau pancing udang galah ni memang agak fail jugak. Pernah cuba sekali. Empat jam mancing suma dapat 6 ekor aje. Joran untuk pancing udang jugak boleh disewa di kaunter.

Rehat sebentar pasal dah kepenatan.
Ini kolam kat sebelah belakang. Kat sinilah kami banyak tarik ikan naik, satu per satu.
Aku rasa tauke kolam ni punya rumah kat sebelah kolam aje kot? Syoknya kalau macam ni.
Pemancing nampak gayanya dah semakin ramai yang datang.
Jauh betul kami kena menapak keluar.
Amier macam caddie-lah pulak.
Rehat lagi. Memang tangan aku jadi lenguh. Serius!
Sebahagian daripada tempat letak kereta yang disediakan.
Di pintu hadapan kolam pancing.
Posing kejap sebelum pulang.
Wife aku pun penat jugak melayan ikan-ikan yang ganas.
Ada pokok manggis kat pitu depan. Nasib baiklah masih kecil lagi. Kalau dan ranum, sure aku akan bedal sebiji demi sebiji.
Ikan yang dibawa balik dijinjing di dalam bakul. Sampai lenguh tangan aku dibuatnya. Kat rumah aku pun kiralah sekor demi sekor. Jumlah ikan yang berjaya dipancing adalah seperti berikut: ikan keli 18 ekor. Ikan pacu 13 ekor. Ikan patin cuma sekor. Jumah ikan adalah sebanyak 32 ekor. Inilah rekod pancingan kami yang paling banyak di kolam ikan air tawar berbayar. Ikan pacu tu kami dah try masak. Kira okay jugaklah. Rasa dia macam ikan bawal. Untuk sebulan ni kami dok makan ikan pancing ajelah nampak gayanya. 

Kepada semua pemancing yang baru nak berkecimpung, kolam ni mungkin memang sesuai untuk korang. Maklumlah tak perlu tunggu lama untuk ikan memakan umpan. Jomlah datang beramai-ramai masa cuti sekolah nanti

Tamat.

Hasil tangkapan dalam bakul.
Okay, dah puas posing. Masa untuk balik.
Menghala ke kereta.
Kalau dapat sekor lagi keli, mesti cukup 11 kilo jumlah beratnya.
Menghitung ikan dalam besen.
Cerianya muka aku.
Inilah semua ikan yang dipancing.
Kami sedekahkan sekor dua ekor ikan kepada kucing kesayangan kami - Isabel.

Tuesday, October 15, 2013

Nelayan di Tepian Rimba: Kais pagi makan pagi

Bahagian 1

Sabtu lepas (12 Oktober 2013), aku dan isteri telah ke laut bagi mencari rezeki yang halal. Dah lama kami tak ke laut. Nampak gayanya, dua tiga hari kebelakangan ni hujan kerap turun. Harapnya laut tak bergeloralah, sebab kami nak pergi menangkap ikan. Kalau tak ke laut, tak adalah ikan udang yang dapat kami jajakan untuk membeli keperluan rumah yang lebih asas.

Iklan Kolam Rekreasi Tepian Rimba di tepi jalan.
Petunjuk untuk ke destinasi.
Laut yang kami maksudkan terletak di Hulu Langat. Kawan seangkatan aku, Wak Palie yang bagi tau aku pasal tempat baru ni. Katanya kat sini ikannya galak memakan umpan. Tapi saiznya taklah begitu besar. Tak kisahlah tu. Janji ada hasil bila naik dari laut nanti.

Kami bertolak dari rumah kira-kira hampir jam 11 pagi. Masa kami keluar tu hujan dah mula turun. Tak terlalu lebat. Tapi tak jugak renyai. Aku bawa bersamaku umpan pelbagai jenis bagi menjinak ikan laut dalam seperti kurau, merah,. siakap, tuna, senangin dan kerapu. Umpan yang aku gunakan pulak ialah cengkerik, dedak pelbagai rasa, roti, burger ayam bakar dan pelet. Kalau nak ikutkan hati, macam-macam umpan lagi yang aku nak bawak. Aku nak bawak perumpun, ketam, udang, anak keli, ikan selar, sotong kurita dan udang lipan. Tapi kalau nanti dapat ikan berpuluh-puluh kilo beratnya, aku khuatir tak muat ruang pulak nak disumbat ke dalam bonet keretaku.

Terletak di Lorong Serai, bukan Lorong Kunyit, dan bukan juga Lorong Lengkuas.
Masa kami sampai, hujan tengah turun dengan kelebatan yang sederhana. Kami tunggu dalam kereta dulu, sampai hujan reda sedikit. Tak sampai sejam menunggu, hujan pun mereda. Aku, isteri dan Amier terus saja ke medan laut untuk berjuang dengan ikan-ikan bagak besar. Kami terus ke kaunter pendafttaran. Kami kena bayar RM 50.00 untuk deposit bagi seorang pemancing. Dua orang bermakna kami terpaksa bayar deposit RM100.00.  Lepas bayar, kami terus ambil satu port dekat dengan pintu masuk. Baling umpan, tarik dapat umpan jugak. Atau, baling umpan, tarik dapat mata kail. Ikan ada menggetu umpan, tapi tak sangkut. Tetiba ada satu pasangan suami isteri suruh kami tukar port kat sebelah dalam sikit. Kami pun terus angkut barang dan pergi ke bahagian laut yang lebih dalam.

Ikan pertama berjaya dipancing oleh isteriku - ikan keli tempatan.
Kat situ kami tengok ada dua kumpulan pemancing yang sedang ligat menarik ikan demi ikan. Bagaikan tiada henti. Kami pun meninjau untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Rupanya ada sekawan ikan keli yang berkumpul kat tebing dinding air. Bila disua umpan cengkerik, ikan-ikan keli tu terus membaham umpan tadi tanpa silu. Apa lagi, kami pun ikutlah strategi pemancing tadi. Dan ikan keli dari pelbagai saiz pun dinaikkanlah satu persatu. Ada yang besar macam killer whale. Ada jugak yang kecil macam ikan bilis. Semua kami kaut dan masukkan ke dalam bakul. Isteriku dapat lesen lebih awal dari aku. Aku mengekori setelah beberapa kali mencuba. Amier jugak telah berjaya menaikkan ikan keli dengan saiz yang sederhana.

Ikan keli yang berjaya dipancing Amier.
Ikan keli yang aku pancing. Tak kurang dari tiga jam aku terpaksa bertarung dengan ikan ni. Sampai lenguh tangan, kaki dan pinggangku.
Ada dekat lima belas kilo ikan keli ni. Tulang besi, urat dawai kot.
Double hook-ups oleh dua orang pemancing.
Melepaskan mata kail dari mulut si keli.
Setelah seketika memancing, isteriku dapat pulak ikan pacu yang lebih ganas permainannya. Isteriku berjaya menaikkan beberapa ekor pacu, sedangkan aku masih melayan keli. Akhirnya aku pindah tempat. Dah setelah pindah ke port lain, barulah dapat aku naikkan pacu demi pacu, dengan berumpankan cengkerik jugak. Malah dua kali aku dapat double hook-ups. Pergh! Sangat teruja aku. Sedang aku sibuk melayan pacu, wife aku naikkan pulak ikan patin. Aku mencuba menjinakkan patin dengan umpan dedak spesel yang aku dapatkan dari kedai berdekatan. Tapi nampak gayanya umpan dedakku tidak disentuh ikan langsung.

Isteriku dengan pacu pertamanya.
Memancing dengan santai.
...di bawah payung besar.
Isteriku jugak berjaya memancing seekor patin. Kail melekat kat badan. Pancing patin memang jauh lebih susah dari ikan-ikan lain.
Gembira dengan patin yang berkilau.
Aku dan pacu, bagaikan tak dapat dipisahkan.
Setelah tiga jam memancing, aku bagi isyarat kepada isteriku bahawa masanya telah sampai untuk kami pulang ke darat. Dalam bakul kami memang sarat dengan ikan. Bila ditimbang, ada hampir mencecah 11 kilogram beratnya. Jumlah ikan kami masih tak tau lagi. Pokok pangkalnya memang tak menang tangan dibuatnya kami. Korang perasan tak, tak ada langsung gambar kami sedang bertarung dengan ikan, sebab kami sentiasa sibuk menangani tarikan ikan yang gelojoh.

Packing untuk pulang.
Amier dengan sebakul ikan.
Trip yang menarik. Ada harapan boleh repeat.
Suasana jugak menarik.
Syukur. Rezeki Tuhan bagi.
Wajah ceria kami.
Keseronokan terserlah.
Himpunan ikan yang dipancing selama tiga jam.
Berat jugak bakul ni!
Mamat Indon sebelah aku ni pun ligat jugak menaikkan ikan.
Masa untuk pulang.
Lenguh tangan aku menyeret dan menjijing bakul berisi ikan seberat 11 kilo. Lenguh tetapi puas. Tak pernah aku pancing tiga jam dapat ikan sebanyak tu. Aku rasa kalau first timer datang memancing pun pasti boleh kaut ikan sebanyak yang kami dapat. Ikan kat sini memang lapar-lapar belaka. Kami bayar RM28.00 sorang untuk pancingan selama 3 jam. Kira berbaloilah sangat.

Bersambung...

Melangkah pulang.
Dengan hasil yang lumayan pada trip kali ini.
Sambil melangkah pulang, sambil eksyen kat orang sekeliling. (Macam Mr Bean).
Pergh! Lenguh sungguh tangan aku.
Ke kaunter mendapatkan pulangan duit deposit.
Kena bayar RM28.00 sorang.
Amier bersedia dengan jaring kot-kot ada peluang nak sauk ikan besar.

Friday, October 4, 2013

Arkitek mat saleh kat ofis

Masa tu kami tengah ada discussion pasal projek. Tau ajelah, kalau dah meeting-discuss lama-lama, mestilah agak membosankan. Jadi aku pun capai sekeping kertas dan pen. Lalu aku nengok siapa yang duduk betul-betul depan aku. Mamat ni (Stephen Joyce) yang ada kat depan mata aku. Dia pun nampaknya macam tengah boring jugak. Lalu aku terus conteng-conteng dan entah macam mana, jadi pulak muka dia. Alang-alang dah sketch tu, aku terus colour dan siapkan terus karikatur muka dia. Mamat ni merupakan salah sorang arkitek yang ada kat ofis tempat aku base sekarang ni. Aku tak tau dia berasal dari mana. Tapi kalau ikut loghat dia, macam orang Scottish aje. Dulu kerja kat New York sebelum datang bekerja di KL. Mamat ni jugak terer sketch dan design dia pun agak cun jugak.


Farewell untuk Nur Hidayah

Semalam, ada sambutan farewell untuk salah sorang kawan ofis wife aku. Nama dia Nur Hidayah - buat practical kat ofis tempat wife aku kerja. Patutnya aku siapkan gambar ni semalam. Bolehlah terus print dan bagi kat dia. Tapi malam sebelum tu aku agak letih dan mengantuk, maka tak dapatlah aku siapkan sepenuhnya. Jadi kena bagi dia cara macam ni ajelah. 

Kepada Nur Hidayah, selamat maju jaya. Kalau nak image yang resolution lebih tinggi, bagi taulah Kak Sarah. Nanti boleh emel kat Hidayah. Sekian.


Jam hilang - sedih. Jam dapat - happy!

Pada suatu waktu maghrib, aku pergi ke masjid yang dekat dengan ofis aku untuk solat. Tapi aku terpaksa singgah sebentar ke kamar kecil untuk melunaskan hajat yang dah sekian lama terpendam dan kubukukan di dalam lubuk hatiku. Tetiba... jam tangan yang aku simpan dalam kocek seluar telah melompat keluar dari dalam poket dan terus membuat terjunan papan anjal lalu masuk ke dalam lubang tandas yang sempit. Aku agak terkejut. Aku terus mencari sesuatu galah atau alat untuk menjolok lubang jamban itu dengan harapan dapat mendapatkan kembali jam tangan yang terbenam di dasar lubang jamban tadi.

Inilah tempat kejadian tu berlaku.
Akhirnya aku berjumpa dengan sebatang galah kait kelapa sepanjang dekat 30 meter panjangnya. Aku pun lalu menjolok, dan terus menjolok untuk mengenalpasti tahap kedalaman lubang jamban tadi. Setelah membuat kajian dengan galah tadi, aku dapati galah sepanjang 30 meter itu pun tak dapat mencecah dasar lubang jamban tadi, kerana lubang tu memang sangat dalam dasarnya. Lalu aku mengambil pita ukur dan mengukur kedalamannya, dan alangkah terkejutnya aku bila aku dapati lubang jamban itu adalah sedalam 35 kilometer jauhnya. Patutlah kalau aku menjatuhkan sesuatu ke dalam lubang jamban itu, sayup-sayup kedengaran bunyi benda yang aku jatuhkan tu mencecah air.

Menjolok dan terus menjolok.
Aku bagaikan telah berputus asa kerana bagaikan tak mungkin dapat kucapai dan kuperolehi kembali jam tangan kesayanganku yang telah masuk ke dalam lubang jamban. Aku sedih. Sangat-sangat-sangat sedih. Bukannya aku tak biasa hilang barang. Tapi hilang jam kali ini agak membuat aku berasa sebak. Mungkin pasal jam tangan ni adalah hadiah pemberian isteriku sempena hari jadi aku tempoh lalu. Dan aku cuma dapat pakai jam tu tak sampai seminggu pun. Akhirnya aku akur. Memang hayat jam tangan tu sekadar itu sajalah gamaknya.

Lubang jamban tu jadi sempit pasal kontraktor salah pasang jamban.
Kesokan harinya aku pergi lagi ke masjid sebelum waktu zuhur. Aku perlu datang awal, sebab kalau datang lambat, nanti banyaklah pulak orang ramai menggunakan jamban tadi dan melepaskan hajat berkilo-kilo banyaknya kat dalam lubang jamban tadi. Dan bila di-flush, mungkin jam tangan aku akan turut hanyut dibawa arus deras menuju loji. Kali ini aku datang dengan persediaan yang sangat rapi. Aku telah membawa bersamaku sebatang penyangkut baju yang telah aku modified menjadi pencangkuk serba guna.

Jam tangan berjaya dipancing keluar.
Aku seluk pencangkuk baju tadi ke dalam lubang jamban dengan penuh waspada. Dan aku dapat rasakan ada sesuatu di dasaran yang menggetu penyangkuk baju tadi. Lalu aku sentap. Strike! Dan aku gunakan kemahiranku memancing ikan bersaiz gadang. Aku tarik dengan sepenuh kederat aku, bagaikan menarik ikan marlin biru di Lautan Pasifik yang bergelora. Setelah bertarung agak lama, kira-kira sejam setengah, akhirnya aku berjaya mendaratkan jam tangan kesayangku itu. Yes!! Aku sangat gembira dan terharu. Lalu kucuci jam tangan ku itu bersih-bersih sebelum menyarungkan ke pergelangan tanganku dengan penuh bangga dan waspada. Nampaknya memang rezeki aku untuk masih mendapat pakai jam tangan pemberian isteriku itu. Syukur ke hadrat Ilahi.

Berat jam tangan ni dekat tiga kilo. Satu pencapaian yang baik.
Dibersihkan dan dipakai semula.

Monday, September 30, 2013

Ketibaan DYMM Agung Malaysia

Pada hari Jumaat lepas, DYMM Agung Malaysia datang solat Jumaat kat masjid baru kat Kerinchi (boleh nampak kat tepi Federal Highway). Sebelum dia datang, aku dah diberi tahu oleh Pak Hassan, petugas masjid kat situ. Aku ke masjid agak lewat sikit. Orang dah ramai datang. Malah DYMM Agung pun dah sampai dan ada kat dalam masjid. Lepas ambil wudhuk, aku masuk ke dalam masjid, dan aku nampak DYMM Agung tengah duduk atas kerusi kat saf paling depan. Maklum sajalah, bila dah semakin berumur, lutut selalu jam. Jadi kenalah duduk atas kerusi, macam ramai jemaah surau kat tempat aku.

Inilah masjid baru kat Kerinchi.
Kereta mewah DYMM Agung.
Bila dah habis solat, aku pun berdirilah kat luar masjid dengan harapan dapat ambil gambar Tuanku. Kalau dapat salam pun kira cantek jugak. Untung-untung dia hulur angpow RM100 kira lepas jugaklah duit minyak untuk minggu tu. Bukan aku saja yang menunggu dengan penuh sabar, ahli jemaah lain pun turut sama menunggu dengan handphone masing-masing. Ada jugak yang bawak kamera canggih untuk menangkap gambar Tuanku in action.

DYMM Tuanku dah keluar dari masjid, nak masuk ke dalam keretanya.
Setelah Tuanku keluar menghala ke kereta mewahnya, aku pun cubalah menangkap gambar kat tengah-tengah orang ramai tu. Tapi telipon Blackberry aku tu bab-bab ambil gambar ni memang agak lembab sikit. Jadi by the time aku petik gambar, Tuanku dah pun masuk ke dalam kereta. Alamak! Ter-miss-lah pulak. Takkan aku nak suruh Tuanku keluar balik dari kereta. Last-last ambil gambar kereta ajelah, dengan gambar bodyguard dia. Next time kalau ada rezeki, bolehlah aku bergambar berdua dengan Tuanku. Dan masa tu korang semua jangan jeleslah, pasal sebelah tangan aku letakkan atas bahu Tuanku, dan sebelah lagi sedang menggenggam angpow berisi RM1,000. He he he...

Berebut jemaah nak ambil gambar Tuanku. Angle kamera aku tersalah target-lah.
Tuanku dah masuk kat dalam kereta. Aku melepas nak bergambar dengan Tuanku.