11 Ogos 2019 - Salam Aidiladha buat semua umat Islam. Pagi-pagi lagi kami sudah ke surau untuk menunaikan solat sunat aidiladha. Semua melainkan Sabriena menaiki kereta dan bergegas berada di dalam saf untuk memulakan solat. Jemaah tak seramai sewaktu solat sunat aidilfitri dulu. Solat dimulakan pada jam 8.15 pagi. Aku perasan ada juga jemaah yang tiba lewat. Mungkin sangka mereka solat hanya akan bermula pada jam 8.30 pagi. Setelah selesai solat dan khutbah, kami terus pulang. Jam 9.30 pagi nanti, acara qurban haiwan pula akan dijalankan. Kami perlu menyediakan diri dengan segala peralatan yang ada untuk melaksanakan tugas-tugas yang sedang menanti.
Baru selesai solat di surau. |
Amier dalam perjalanan ke kereta. |
Kami bertiga pakai jubah pada hari ini. |
Dalam perjalanan pulang ke rumah. |
Nak bersiap-siap dengan senjata bekerja pulak. |
Pukul 9.30 nanti acara sembelihan qurban akan dimulakan. |
No comments:
Post a Comment