22 Jun 2019 - Aku memang tak ada kenalan orang Thailand. Orang Kemboja pun tak ada. Begitu jugak orang Laos. Apatah lagi orang Vietnam. Tapi entah macam mana, kawan sekolah aku yang seorang ni selalu dikaitkan dengan Vietnam. Walaupun susur galurnya tak menghala ke sana. Faham-faham ajelah, kalau dah duduk kat asrama selama lima tahun, bersama-sama, segala kemungkinan imaginasi boleh terjadi.
Kami ke satu majlis perkahwinan, anak kepada kawan sekolah menengahku, di MRSM Pengkalan Chepa yang bernama Azami. Dia nilah yang teman-teman suka sangkut-pautkan dengan Vietnam masa kat sekolah dulu. Cerita detail, aku pun tak tau. Kena tanya teman rapatlah.
|
Ibu dan anak sedang menikmati juadah. |
|
Sabriena tersangat lapar. |
|
Amier lagilah lapar. |
|
Tetapi Wanie yang paling lapar sekali. |
Azami mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Dewan SM Syahidzuan di Bandar Baru Bangi. Pada hari yang sama, ada satu lagi majlis perkahwinan di kawasan yang sama. Nasib baik kami tanya dulu tuan punya majlis tu siapa. Kalau tak, tentu dah tersasar ke majlis orang lain.
Masa kami sampai, tempat duduk sedang penuh. Aku jenguk-jenguk di sekeliling. Nampak teman sekolahku, Rosli a.k.a. Bachok sedang makan dengan familinya. Lalu aku ajak family members aku yang lain untuk berdiri kat sebelah meja tersebut. Masa tu aku rasa Rosli Bachok pun dah tak berselera nak menyambung makan. Maklumlah, dah ada orang yang siap menunggu, terpacak kat belakang kerusi, nak ambil alih tempat duduk dia. Tapi nasib baik keluarga Rosli Bachok sporting. Lepas makan, mereka terus mempersilakan kami duduk di kerusi dan menggunakan meja tersebut untuk menjamu selera. Thank you, bro!
|
Tiba-tiba Amier berjaya memotong Wanie dari segi tahap lapar. |
|
Sabriena akhirnya memintas Amier dan Wanie untuk menang mutlak kategori lapar. |
|
Okay. Sekarang kita sambung makan. |
|
Makan sampai kenyang. |
|
Amier makan sampai kenyang, dan sampai lapar balik semula. |
Time kami makan, tetamu dah mula mengurang. Jadi kami bolehlah lepak lama sikit, tanpa perlu tergesa-gesa untuk beredar. Tapi aku makan pun boleh tahan jugak lajunya. Macam F1. Semua nasi dan lauk aku tolak ke tekak, dan terus telan. Tak kunyah pun. Lepas tu aku pun berlegar-legarlah mencari teman-teman sekolahku yang lain. Tak ramai yang ada pada masa itu. Ada jugak yang dah balik awal sebab nak bagi peluang untuk tetamu lain menggunakan ruang majlis tersebut.
|
Abu dan Jenal - tak serupa dan tak sama. |
|
Abu, Jenal dan aku - tak serupa, tak sama dan tak sekata. |
|
Kami posing macam ni dekat tiga jam lamanya. |
|
Bersama Mat Keri, Zaidi Kapok, Jaymi, dan Azmil. |
|
Azmil classmate aku masa Form 1 sampai Form 3. |
|
Aku dengan Mat Keri posing tak berubah untuk tiga snap shot ini. |
|
Zaidi Kapok dah nak balik rasanya. |
|
Mintak diri dari teman-teman dulu. |
|
Borak sembang sambil makan. |
|
Zaidi Kapok sempat bagi warning kat Jaymi. |
|
Lepas tu bagi warning kat Mat Keri pulak. |
Sempat aku berjumpa dan bergambar dengan beberapa orang temanku. Tak bertanya khabar pun. Jumpa, salam dan ambil gambar. Cenggitu aje. Lepas tu, bye. Aku bergambar dengan bapak pengantin dulu sebelum memohon untuk beredar. Tahniah kepada Azami Ane menerima menantu. Tahniah juga kepada pengantin. Dan terima kasih kerana telah mengundang kami. Semoga kehidupan kalian penuh barokah dan rahmat dari Allah.
P/s: Entry aku kali ni tak kelakar kan? Sebab otak kelakar aku tertinggal kat almari. Aku bawak otak serius aje hari ni. Anyway, enjoy reading!
|
Bergambar dengan bapak pengantin. |
|
Pengantin yang diraikan. |
|
Di ruang hadapan. |
|
Bunting majlis yang dipampangkan. |
|
Majlis diadakan di Dewan SM Syahidzuan. |
|
Kami akan ke majlis lain pulak lepas ni. |
|
Sebab tulah pakai sedondon warna biru. |
No comments:
Post a Comment