m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 26, 2019

SEMESTA: Mesyuarat PIBG yang pertama dan terakhir

22 Mac 2019 - Hari ini kami ke Raub untuk menjemput Amier yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). Murid-murid sekolah akan bercuti penggal selama seminggu. Maka kami nak bawak Amier balik ke rumah. Tapi pada sebelah pagi ada mesyuarat PIBG. Kami masuk ke dalam dewan untuk turut mendengar apa yang diperbincangkan. Dan untuk memilih calon-calon yang bakal memegang jawatan dalam persatuan PIBG sekolah.

Kami duduk di sebelah kiri dewan.
Berborak dengan teman parents.
YDP PIBG sedang berucap panjang.
Antara yang disentuh adalah isu air.
Naib YDP En Murshid. Aku mengenali beliau sebelum ini kerana anak-anak kami bersekolah di sekolah rendah yang sama. 
Kami dibekalkan dengan sarapan yang terdiri daripada bihun goreng dan air. Kami cari tempat duduk, dan berjaya menemukan tempat di sebelah kiri dewan. Waktu itu YDP PIBG, YM Dato' Tengku Rahman Tengku Perang sedang berucap. Agak panjang ucapannya, dan penuh pengisian. Diikuti oleh kata-kata aluan dari Penolong Kanan Pentadbiran SEMESTA, En Mohd Basri. Pendek dan padat ucapannya. Tak lama selepas itu, AJK PIBG sesi 2018/2019 pun dibubarkanlah. YM Dato' Tengku Rahman menjadi pengerusi sementara. Dan pemilihan AJK baru pun berlangsunglah. Ibu bapa pelajar memilih calon pilihan mereka dengan penuh bersemangat. Kami tidak terkecuali.

Keputusan pemilihan adalah seperti beikut:

YDP PIBG - En Ahmad Murshid Ahmad
Naib YDP - En Razali
AJK - En Rosmin, En Asri Sudin, En Wan Adlin, ASP Juhari, Dr Sarifah, Pn Asnida

Kelihatan di meja hadapan Cikgu Ismail dan En Mohd Basri.
Sebahagain dari AJK PIBG sesi 2018/2019. 
AJK PIBG wanita sesi 2018/2019.
YDP PIBG meneruskan ucapan.
Kelihatan En Razi dan isterinya.
Suasana di dewan sidang.
Suasana agak tenang.
Mesyuarat Agung PIBG SEMESTA kali ke-34.
Ibu bapa berebut-rebut nak menjawab soalan matematik kerana nak kan hadiah lumayan yang ditawarkan.
Sebahagian ibu bapa ingin menjawab kuiz IQ.
"Siapa nak hadiah?" Ramai yang angkat tangan.
"Kami pun nak hadiah jugak!" teriak hadirin di dewan.
Mengumumkan barisan AJK PIBG yang baru.
Selepas mengundi, kami terus keluar dewan untuk ke pejabat. Sebenarnya hari itu merupakan hari terakhir Amier bersekolah di SEMESTA. Kami telah aturkan pertukaran sekolah Amier - dari Raub beralih ke Kajang. Jadi, segala urusan surat-menyurat perlu diselesaikan terlebih dulu. Setelah mendapatkan fail peribadi Amier dari Cikgu Shahidee, dan bersalaman dengan Cikgu Ismail yang telah banvak membantu kami sepanjang Amier bersekolah di SEMESTA, kami pun bergerak keluarlah dari pekarangan sekolah. Seorang pelajar senior tingkatan 4, Darwish kami tumpangkan ke stesen bas di tengah bandar. Selamat tinggal SEMESTA. Ada rezeki, kami jengah lagi bertanya khabar. Semoga SEMESTA terus maju jaya dan cemerlang hendaknya.

En Mohd Basri membuat pengumuman.
Barisan AJK PIBG yang baru, YDP En Murshid dan Naib YDP En Razali.
Turut kelihatan En Wan Adlin.
Dan Puan Asnida.
Bersedia menggalas tugas.
YDP baru membuat ucapan.

Monday, March 25, 2019

Teater Jerat: Memilih pelakon

Bahagian 2 (Akhir)

Setelah dipanggil, kami melaporkan diri untuk membentuk Team Jerat bagi memeriahkan festival teater negeri Selangor tahun ini. Baca skrip sudah. Makan minum pun sudah. Sekarang tiba masanya untuk sesi kedua. Baca skrip untuk kali kedua. Lepas ni akan ada sesi brain storming (ribut otak). Aku tak terlibat dalam lakonan. Jadi macam biasalah, ambil gambar orang yang berlakon. Dari pengamatan aku, ada beberapa watak memang dah cukup power untuk di-confirm-kan peranannya dalam naskhah ini. Walaupun baru baca skrip, dah terasa kesungguhan dan kesan lakon suara mereka.

Membelek naskhah.
Puan direktor sedang mengulas kisah di sebalik naskhah.
"Naskhah ini memaparkan kehidupan masyarakat Eskimo di Alaska," kata Kak Yatie.
"Sekarang saya nak ajar cara menyedut nafas dari tulang perut. Cuba ikut semua....Fffffhhhhmmmm..."
"Itu senang aje," jawab Abang Ibrahim.
"Saya biasa sedut nafas ikut kepala lutut. Itu lagi mencabar," ujar Que Rose.
Seperti selalu, Abang Lan Zailan menambahkan warna dalam sesi kali ini dengan humornya yang bersahaja. Selepas selesai sesi membaca skrip, Kak Yatie Yusof membuka ruang untuk audien membuat komen dari segi lakonan, watak, jalan cerita, dan naskhah secara keseluruhan. Kami pun memberikan pandangan kami masing-masing. Kak Yatie mendengar dengan teliti dan penuh menumpu. Dia tidak menolak. Sebaliknya menerima dan menilai kesesuaian idea-idea yang disampaikan, sama ada wajar diambil kira atau tidak. 

Perjumpaan "JERAT" kali pertama ini bagi aku sangat successful. Memang terlalu awal untuk memuktamadkan segala-galanya. Tetapi laluan mula menghala ke pentas persembahan sudah ternampak jalannya. Kami akan bersama-sama memainkan peranan masing-masing, biar besar maupun kecil agar visi ini dapat direalisasikan. Perjumpaan ini tidak habis di sini saja. Kami sambung bincang lagi di kedai makan Indah Syawal di seberang jalan. Dekat situ aje pun rasanya lebih sejam jugaklah kami bersembang. Semoga seluruh perjalanan Teater JERAT ini dipermudahkan, dengan natijah yang memanfaatkan.

T A M A T

Penghayatan watak Abang Lan Zailan sangat mendalam. Tak siapa boleh mengganggu.
Halmy nak buat album baru, featuring Shahril.
Semua orang nampaknya sangat gembira sebab pengarah kata ada bonus tiga bulan untuk pelakon dan kru.
Mus dan Que berbincang serius mengenai naskhah ini.
"Kalau kita letak unsur-unsur alien dari Marikh mesti lagi gempaq," cadang Que.
Inilah naskhah "JERAT" yang menjadi kegilaan anak-anak muda seMalaya.
Bergambar secara berkumpulan.
Tentatif pelakon dan kru.
Bermula di sini. Berkesudahan di atas pentas megah.
Barisan kumpulan nasyid Al-Jeraaatun".
Masih ber-posing sakan.
Masing-masing bersemangat untuk menjayakan pementasan ini.
Semoga sukses semua.


Sunday, March 24, 2019

Teater Jerat: Siapa yang terjerat?

Bahagian 1

27 Februari 2019 - Tahun ini akan berentap lagi grup-grup teater tanah air dalam Festival Teater. Pertubuhan Teater Hidayah tak mahu ketinggalan. Akan bertanding dalam kelompok penggiat di negeri Selangor. Kali ini Kak Hayatie Yusof mencabar dirinya untuk menggalas peranan sebagai pengarah persembahan teater yang bakal dipentaskan nanti selepas musim aidilfitri. Pada tarikh ini, Kak Yatie Yusof (Pengarah) dan Along Yusry (Pengurus Produksi) telah mengumpulkan kami di studio milik Kak Yatie untuk bermesyuarat, memperkenalkan skrip kepada team, script reading, brain storming, serta muqaddimah untuk segala-gala yang bersangkutan dengan pertandingan persembahan teater yang bakal berlangsung nanti.

Team "Jerat" baru tiba di tempat latihan.
Halmy mencuba dalam bidang baru ini.
Along Yusry sebagai pengurus produksi gembira dengan sambutan team "Jerat" yang memberangsangkan. 
Kak Yatie Yusof (pengarah) berama Mus (penulis naskhah asal).
Yati Khalid dan Wan. Wan juga baru dalam bidang ini, namun berbakat besar dalam kesenian.
Judul teater yang akan diketengahkan adalah "JERAT", karya asal Mustaqim (Mus), dan diolah bersama oleh Kak Yatie dan Mus sendiri. Biar aku bagi sedikit teaser mengenai cerita "Jerat" ini. "Jerat" mengisahkan soal pelbagai jenis jerat yang terdapat di dunia ini. Ia merangkumi jerat tikus, jerat burung tekukur, jerat musang, jerat pelanduk, jerat kijang, jerat beruang, jerat tenuk, jerat zirafah, jerat gajah, jerat dinosaur dan jerat siamang. Setakat itu ajelah yang aku boleh bagi tau. Yang lain-lain kalau nak tau kena datang dan saksikan sendiri. Persembahan akan diadakan di pentas Muzium Shah Alam. Notis tarikh persembahan akan dimaklumkan kemudian.

Antara pelakon yang menjalani audition.
Isteriku, Ruby dan Marup masing-masing memegang naskhah.
Penuh konsentrasi.
Bersama Een.
Abang Lan Zailan penuh menumpu. Belum masa untuk merapu lagi.
Shahril berambut baru - the botak hair style. 
Mus jadi narator pada malam itu.
Watak-watak masih belum di-finalise-kan lagi. Tapi antara yang membuat script reading pada malam itu termasuklah Ruby Wahid, Yati Khalid, Abang Ibrahim, Wan, Pangiran, Halmy, Marup, Abang Lan Zailan, Een dan beberapa orang lagi. Selepas sesi bacaan skrip selesai, kami berbincang soal yang lebih serius, soal idea mengindahkan skrip, soal penambahbaikan jalan cerita, dan lain-lain lagi. Kak Yatie sangat terbuka dalam menerima pandangan. Namun demikian, kami sekadar memberi pandangan sahaja. Terserah kepada pengarahnya untuk mencorakkan cerita itu mengikut intepretasinya sendiri. Dan kami setuju untuk menyokong. 

Sokongan padu dari team.
Wan meneliti naskhah.
Pengarah mendengar bacaan skrip dengan tenang.
Yati Khalid juga dah lama tak naik pentas.
Pengurus produksi sangat happy. 
Abang Lan Zailan masih mengekalkan fokusnya.
Membaca naskhah masing-masing.
Abang Ibrahim jugak membuat come-back.
Marup sentiasa ada bila diperlukan. Semangatnya luar biasa.
Que Rose banyak idea untuk mengindahkan naskhah.
Wan sedang menghayati watak penangkap beruang artik yang memasang jerat.
Setelah selesai sesi pertama, kami berhenti rehat untuk makan-makan dan minum-minum dulu. Yang merokok, boleh merokok dulu sebelum bersambung ke sesi kedua. Kami disaji dengan mi goreng yang sangat enak, dan teh-o suam yang menyamankan. Bertambah jugak aku makan. Nyam-nyam-nyam. Sampai licin dua pinggan mi goreng yang aku makan. Sejurus selesai kami menikmati juadah yang dihidangkan, kami bersambung ke sesi kedua.

Bersambung...

Masa untuk makan. Marup yang terawal.
Along dan Pangiran. Pangiran mencuba watak lelaki utama.
Pangiran dan Yati Khalid.