m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, August 26, 2017

Reunion UTMers: Jumpa lagi pada lain masa

Bahagian 3 (Akhir)

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ۞

Petang tadi, sewaktu aku, isteri dan anak-anak menghadiri satu majlis hari jadi teman anakku, aku mendapat berita sedih tentang pemergian seorang insan yang telah banyak memberikan jasa, menaburkan ilmunya kepada kami ketika di universiti dulu - di UTM. Terkesan jugak aku bila membaca mesej whatsapp dari teman sepengajianku. Beliau yang dimaksudkan adalah guru, mentor, teman, dan abang kepadaku, kepada kami semuanya - Allahyarham Saari Omar. Beliau pergi menghadap Ilahi setelah sekian lama bertarung nyawa kerana penyakit barah hatinya. Aku sempat menziarahi Allahyarham dalam masa yang sangat singkat kira-kira dua minggu sebelum pemergiannya. 

Mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Para syuhada, dan para mukhlisin. Semoga ilmu bermanfaat yang beliau curahkan menjadi amal jariah yang berlanjutan sehingga ke hari kiamat. Semoga semua pembaca yang budiman menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah untuk Allahyarham. Al Fatihah!

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Aku tetap akan menghabiskan tulisan ini - Bahagian 3 dan terakhir dari keseluruhan kisah jamuan makan malam alumni senibina Universiti Teknologi Malaysia, walaupun dalam keadaan sayu. Kerana sudah pasti hidup perlu diteruskan, dan iktibar perlu diambil oleh kita yang masih hidup untuk sentiasa dalam ketaatan kepada kesemua perintah Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w).

Geng-geng junior yang pernah sangat rapat dengan batch kami.
Mintak maaflah, aku tak dapat nak kenal semua. Batch korang ramai sangat.
Tiga hero Malaya - Aziz, Hazmi Cheng, Sezali Retro.
Orang-orang kuat UTM Senibina.
Terima kasih kerana masih mahu bersama kami walaupun masing-masing telah semakin berusia dan uzur.
Memperlihatkan buku kompilasi kartun karya Datuk Lat dan alumni UTM Senibina.
Aku cuma kenal Dr Syed Iskandar dan Azhar DBKL saja.
Batch super senior lagi bersama Prof Parid Wardi dan Tn Hj Ar Nik Malek.
Setelah bergambar secara beramai-ramai, kami berpecah mengikut kelompok pulak. Mengikut batch tahun berapa kami belajar. Yang senior bersama yang senior. Yang junior bersama yang junior. Malah ada kalanya bergambar tanpa mengira di batch mana kami berada. Asalkan dapat bersama teman-teman yang kami pernah rapat ketika di UTM dulu.

Geng-geng senior aku.
Mat Jani dan Tuan Hj Shaikh Ahmad Jafni pernah jadi class mate aku.
Bersama Tn Hj Shaikh Ahmad Jafni, Dino, Mat Jani, dan Ridha Lua.
Masih dengan group yang sama.
Ya. Belum berubah kedudukan lagi.
Kapten Din Bakar join sekali.
Ar Chin haw, Hj Noris dan Dr Hamdan turut join.
Aku mencari kelompok aku. Ternyata tidak ramai. Jadi aku join geng senior bersama Kapten Din Bakar, Shaikh Ahmad Jafni, Dino, Ridha Lua, Mat Jani dan lain-lain lagi. Waktu tu aku tak dapat menemukan Ravi, Chot, Hj Ibrahim untuk mengajak mereka bergambar bersama. Kami jalan dulu ajelah. Yang penting ada gambar buat kenangan.

Aku try cover perut sikit menggunakan kedua belah tanganku.
Group photo yang lebih kemas.
Isteriku bergambar dengan Kak Pah - isteri Tn Shaikh Ahmad Jafni.
Masih dengan Kak Pah. Datang jauh dari Penang.
Kapten Din Bakar sedang berdiskusi dengan Dino.
Mat Jani, Dr Hamdan dan Tn Hj Shaikh Ahmad Jafni.
Bersama Ravi, Iskandar dan Aslinda.
Bersama Hj Ibrahim dan Hazmi Cheng.
Bersama Ayof dan Mister Halim.
Isteriku bersama Ar Nurakmal Goh.
Sebelum bersurai, kami berpecah lagi ke kelompok yang lebih  kecil - berempat, bertiga, berdua. Cepat-cepat isteriku mengambil gambar sebelum kami bersurai sepenuhnya. Dapatlah aku bergambar bersama Ar Ravi, Hj Ibrahim, Chot, Ar Ayof, serta teman-teman dari batch-batch lain. Termasuk bekas pensyarah-pensyarahku. Aku perlu meniggalkan majlis ini dengan pelbagai kenangan manis yang dapat dirakamkan di dalam gambar.

Bersama Chot - salah seorang teman tenisku jugak.
Bersama orang-orang kuat UTM Architecture. Allahyarham Saari Omar turut bersama kami pada waktu itu.
Isteriku membeli buku kartun UTM. Limited edition. Collectors' item.
Gambar terakhir sebelum bersurai.
Ketika aku mula melangkah keluar dari dewan majlis, aku terlihat sebuah buku pelawat untuk diisi oleh para hadirin dan hadirat. Terdetik dalam fikiranku untuk menulis sesuatu yang ringkas buat tatapan pemilik buku itu. "All the best wishes". Atau "Good luck to Kalam UTM". Atau "Satu perjumpaan yang hebat. Semoga bersua lagi. 2017". Itu adalah antara kata-kata atau tag line yang ingin aku tulis pada asalnya.

Tapi aku nengok muka surat kosong buku itu masih banyak lagi. Orang lain tak pulak nak menulis di dalamnya. Lalu aku panjangkan tulisanku. Dan waktu itulah pulak idea menulisku datang mencurah-curah bak air terjun The Falling Water House. Maka aku terus berkarya, mencurahkan ilhamku ke atas kertas putih pada halaman buku itu. Sehelai demi sehelai muka surat kuselak dan kutulis. Dah macam tulis cerpen. Dah macam tulis novel. 

Sewaktu aku asyik berkarya, tetiba datang pulak seorang produser drama terlihat  tulisanku. Lalu beliau membaca sebahagian dari hasil karanganku dengan penuh minat. Lantas berbisik kepadaku, "Kalau buat drama tv boleh jual ni. Boleh saya gunakan novel encik untuk jadikan drama slot Akasia TV3?" tanya beliau. Aku membenarkan beliau menggunakan karya aku tanpa ingin ku menuntut sebarang bayaran royalti.

Itu adalah kira-kira lima bulan yang lalu. Dengar ceritanya drama tu telah pun disiapkan. Dan bakal ke udara tak lama lagi. Apa ya agaknya tajuk drama yang diberikan oleh produser tu? Dan siapa ya agaknya yang menjadi heronya? Aku pun tak tahu.

T A M A T

Aku terjumpa buku nota pelawat.
Started off dengan "Good Luck Kalam UTM".
"Tersebutlah al-kisah di padang pasirun, dengan tumfuk-tumfuk taik unta".
Tiba-tiba ilham datang mencurah-curah.
"Dan hero pun pergi selamatkan heroin yang sedang lemas dekat swimming pool".
Dah masuk volume ke-10 dah ni.
Nantikan. Tonton, jangan tak tonton!

Monday, August 21, 2017

Reunion UTMers: Group photos - ramainya...

Bahagian 2

Perjumpaan para Alumni Senibina setelah sekian lama tidak berjumpa memang sangat mengujakan. Daripada ramai-ramai yang aku jumpa, lebih setengah aku tak tau nama mereka. Malah aku jugak tak tau sama ada aku pernah atau tak pernah bertemu mereka ketika di UTM dulu. Tapi kalau nak dikira jumlah kehadiran, memang sangat kecil berbanding jumlah keseluruhan warga Alumni Senibina. Sudah pasti masing-masing ada urusan yang perlu disempurnakan. Mungkin saja pada lain masa, pada kesempatan yang lain, mereka pulak yang akan hadir memeriahkan majlis yang gemilang ini.

Tn Haji Ar Nik Malek, Zana dan Dr Ramzi The Bendahara.
Dr Ramzi dan Hadi Mahmud. Aslinda pulak pura-pura ambil gambar. Sebenarnya nak enter frame. He he he...
Chot mendapat hadiah penghargaan dari Ar Kamaludin Adam.
Antara orang-orang kuat Senibina UTM duduk di barisan hadapan.
Eh! Itu Prof Elias Salleh ke? Baru aku perasan.
The Legend Prof Parid Wardi kalau tak hadir kuranglah power-nya majlis ini.
Sebahagian daripada super seniors yang aku tak berkesempatan jumpa ketika belajar dulu.
Ar Ravi sedang cuba control the crowd.
Makanan yang dijamu pada malam itu agak pelbagai. Dan agak enak jugak sebenarnya. Aku pun dah tak ingat apa yang aku makan pada malam tu. Tapi kalau ada kambing golek, sudah pasti kami yang hadir ke majlis itu tergolek-golek kegirangan. Tetapi masing-masing kena mainkan peranan mendapatkan penaja atau memberikan sumbangan yang lebih sikit agar majlis ini kelihatan lebih gah lagi. Bagi aku ini sudah okay. Yang penting dapat berjumpa teman-teman lama serta para pensyarah yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada kami.

Ini batch junior sikit. Dan sudah pasti menampilkan iconic figure - Sezali the Retro King! (Peace).
Tiba-tiba lagu "Negaraku" dimainkan kerana Malaysia memenangi pingat emas dalam sukan SEA. Semua berdiri.
Ini baru sebahgian dari 5 juta yang hadir pada malam itu.
Bersiap sedia dengan posing yang paling istimewa.
Siapa yang boleh kenal semua dalam gambar ni, aku memang tabik spring lah!
"Siapa tahu Arkitek mana yang suka pakai topi keledar, angkat tangan?" (Jawapan: Helmut Jahn).
"Arkitek mana yang ada kilang lampu dan kilang bedak?" (Jawapan: Philip Johnson).
"Arkitek mana yang tak pernah salah?" (Jawapan: Frank Llyod Wright).
"Arkitek mana yang selalu miss sorruu?" (Jawapan: Mies van de Rohe).
"Arkitek mana yang cipta lagu I Am Me nyanyian Datuk Sri Vida?" (Jawapan: I M Pei).
Sesudah selesai makan-makan, selesai sembang-sembang, selesai beri ucapan dan penghargaan, kami semua diminta berkumpul di atas pentas untuk acara finale - bergambar beramai-ramai. Wah! Nasib baik pentas tu telah dibina menggunakan konkrit gred 100 dengan tetulang besi waja yang diimport khas dari Afganistan. Dapatlah ia menampung beban seluruh alumni yang jumlahnya hampir mencecah 5 juta orang pada malam itu. 

Oleh kerana dah terlalu ramai, aku pun dah tak tau nak ambil gambar cara bagaimana. Kamera aku bukannya ada lensa wide angle. Aku cuma menggunakan lensa narrow angle aje. Tapi tak kisahlah. Aku usahakan jugak untuk memastikan kesemua hadirin dan hadirat terakam wajah ceria mereka dalam gambar yang aku ambil pada malam itu. Dengan menggunakan effect CGI, aku telah berjaya jugak memuatkan kesemua hadirin dalam lensa narrow angle aku ini. Dan lihat sendirilah hasilnya.

"Arkitek mana yang selalu dapat lebih?" (Jawapan: Charles Moore).
"Arkitek mana yang suka main alat muzik?" (Jawapan: Renzo Piano).
Dr Syed Iskandar: "Mister cameraman, tunggu sekejap. Biar saya nyanyikan sebuah lagu dulu".
"Saya akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Kurela Dibenci-Aiman Tino".
Setelah bergambar beramai-ramai, kami bergambar pulak secara berkelompok. Ikut batch. Ikut umur. Ikut tahun berapa kami menjadi freshies. Dan aku secara sukarela mengambil gambar mereka. Wife aku pulak ambil gambar aku dengan teman-teman sealiran. Klik sana. Klik sini. Klik klik sana sini, sampai habis filem Kodak. Semua orang mempamerkan senyuman pada wajah masing-masing. Kenal atau tak kenal masalah kedua. Janji dengan semua orang perlu kita memberikan senyuman semanis mungkin. Setidak-tidaknya pada majlis malam ini.

Bersambung...

Bersama Ar Ravi dan Ar Shah. Pakaian masing-masing matching dengan rambut dan janggut. He he he...
Bersembang pasal sejarah senibina di planet Musytari.
Ini batch boss aku - Amna.
Aku cuma kenal enam orang aje - Ravi, Amna, Akmal Goh, Azhar, Ibrahim dan Rosli.
Oleh kerana boss aku ada kat dalam gambar ni, aku snap gambar lebih sikit.
Geng-geng junior aku. Errr... except Hj Noris.
Geng junior lagi. Errrrr...except Hj Noris again.
Kami berbangga dapat bergambar dengan The Legend Prof Parid Wardi.
Kelihatannya Prof Parid masih tegap dan sihat. Apa rahsianya, ya?
More of my seniors, and few of them were my teachers.
To be remembered always.