6 Julai 2016 - Kembali ke kisah Syawal. Pada hari pertama Syawal, rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah makcik kami yang kami panggil Wak Chong. Wak Chong dan lama terlantar di atas katil. Namun minda dan semangatnya masih kuat. Wak Chong juga merupakan kakak kepada Allahyarham Ayahku. Menatap wajah Wak Chong membuatkan aku terbayang-bayang wajah Allahyarham Ayah.
Sedang menjamu selera. |
Sedang seronok memerhati keletah anak-anak kucing. |
Anak-anak bermain dengan anak-anak kucing yang comel. |
Anak kucing ini baru berusia dua tahun (agakan aku). |
Seperti biasa, kalau di rumah Wak Chong, kami akan dijamu lontong berlaukkan ayam masak taucu yang sangat hebat. Juga ada sambal kacang, lodeh dan ayam goreng. Kami makan dengan berselera sekali. Dan aku jugak makan agak banyak kalau di rumah Wak Chong. Setelah seketika di sana, kami bersalaman dengan Wak Chong, Kak Hashimah dan Abang Jamal, serta beberapa sepupuku yang lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Nanti kita jumpa lagi, okay?!
Sabriena nak bawak anak kucing ni balik ke rumah. |
Wanie nak bawak anak kucing ni balik ke asrama. |
No comments:
Post a Comment