Bahagian 2
Kami masih beraya di rumah Kak Esah. Birthday Yaya telah selamat kami sambut secara meriah. Perut dan usus telah kami penuhi dengan makanan dan minuman yang lazat. Kini kami bersiar-siar di kebun dan ladang Kak Esah yang terletak di hadapan rumah. Kak Esah ada ladang anggur yang membekalkan anggur untuk air Ribena. Dan Kak Esah jugak ada ladang herba yang membekalkan segala macam herba untuk produk kesihatan seperti Jus Nusantara International, Jus Planet dan Jus Galaksi Angkasawan.
Di kebun anggur Kak Esah. |
Di kebun herba pulak. |
Sekuntum mawar merah. |
Pokok jarum tujuh bilah. |
Bunganya pun cantik. |
Daunnya boleh dibuat ubat. |
Kami diperkenalkan dengan sejenis tumbuhan klasik untuk perubatan - pokok jarum tujuh bilah. Ia jugak dikenali dengan beberapa nama lain seperti pokok kanser dan pokok jarum tujuh. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Tapi rupa dia tak macam pokok kaktus langsung. Tak kisahlah tu. Untuk memastikan kemujarabannya, aku telah memetik beberapa helai daun pokok jarum tujuh bilah ni dan memasukkannya ke dalam mulutku. Tanpa rasa ragu dan was-was. Sedap jugak rasanya kalau dibuat ulam, makan dengan nasi. Dan ketika aku makan, memang terasa macam kambing meragut daun, seperti lembu meragut rumput, seperti kerbau meragut padi. Memang terbaik!!!
Kak Esah turut menunjukkan tanaman bunga dalam botolnya yang aku anggap sangat kreatif dan menarik. Dan Sabriena sempat jugak memetik sekuntum bunga ros merah jambu dan bergaya dengannya.
Aku memetik tiga helai daun pokok jarum tujuh bilah. |
Memasukkannya ke dalam mulut. |
Mengunyahnya bak kambing gurun. |
Terasa keenakan dan khasiatnya. |
Sabriena dan bunga mawar pink. |
Bunga mawar dan Sabriena. |
Masih bergaya dengan bunga mawar. |
Kak Esah menunjukkan tanaman pokok durian Musang King di dalam botol. |
Kami kembali ke dalam rumah. Kak Esah memberikan tiga pasang jubah kepada Syahmie dan Amier. Memang padan dengan mereka. Bila dipakai, Syahmie dan Amier kelihatan tak ubah seperti imam muda. Terima kasih kerana menghadiahkan kami dengan jubah itu.
Amier berjubah putih. |
Imam muda Amier. |
Adik beradik berjubah labuh. |
Syahmie dan Amier. |
Wanie sedang buat demo melukis gambar potret. |
Kali ni Wanie nak lukis gambar Nobita dari siri Doraemon. |
Dua beradik - Intan dan Permata Suraya. |
Di ruang tamu. |
Faridz dan Taufiq sedang menjamu selera. |
Tak lama selepas itu, keluarga Kak Long pula tiba. Mereka terus dijamu dengan makanan istimewa pada malam itu - nasi lemak buah bidara. Bertambah-tambahlah mereka makan. Dan aku sendiri menanti waktu untuk makan nasi lemak untuk second round.
Bersambung...
Tak terkata keenakannya. |
Inilah juadah hebat pada malam itu. |
No comments:
Post a Comment