m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, September 18, 2016

3 Syawal 2016: Beraya di rumah Kak Esah

Bahagian 1

8 Julai 2016 - Balik ke kisah raya lagi. Pada hari ketiga Raya Puasa, kami ke rumah Kak Esah. Beraya sambil menyambut birthday Yaya. Kami adalah group pertama yang sampai ke rumah Kak Esah. Kami bawak satu kek bersaiz comel untuk meraikan hari jadi Yaya yang ke dua puluhan. Secara tepatnya, aku pun tak berapa ingat.

Kek untuk Yaya di kegelapan malam.
Mengambil gambar kek sebelum dimakan.
Keluarga Kak Esah dan keluarga kami yang menyambut birthday Yaya.
Sama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday.
Yaya sedang menarik nafas panjang sebelum meniup api pada lilin.
Masih belum cukup nafas lagi.
Dan lilin pun ditiup dengan menggunakan wisel.
Tanpa menunggu tetamu lain sampai, kami terus berkumpul di ruang tamu. Kek dikeluarkan dari kotak. Lilin pun dinyalakan. Kalau nak tahu usia Yaya pada hari itu, cuba zoom in kat bilangan lilin yang dipacakkan ke atas kek. Kami ingi membuat sedikit kelainan dengan mencuba menyanyikan lagu Selamat Hari Raya, lagu Hari Kebangsaan dan lagu Negeri Johor. Tapi ternyata tak masuk. Tak sesuai dengan tema hari jadi yang sedang diraikan. Malah lagu-lagu itu jugak nampak gayanya tak dapat menceriakan Yaya - the Birthday Girl. Mau tak mau, kami terpaksa akur, dan menyanyikan lagu Happy Birthday beramai-ramai. Barulah mood Yaya kelihatan ceria dan heppi.

Cabut lilin atas kek dulu.
Tiba-tiba Yaya ternampak sesuatu yang yuckie! Ewww!!!
Sabriena tolong Yaya alihkan benda yuckie dan ewww tu.
Sekarang barulah Yaya boleh potong kek dengan perasaan tenang. Mama menemani Yaya.
Amier pun nak tumpang sekaki jugak.
Selepas menyanyikan lagu Happy Birthday, Yaya pun memotong kek. Kek dipotong dadu. Sebahagian yang lain dihiris halus bak bawang. Kami pun menjamahlah kek tadi yang agak enak jugak rasanya. Lepas tu kami pun makanlah makanan lain yang dihidangkan oleh Kak Esah dan keluarga. Lepas makan, barulah kami lepak-lepak sambil menonton tv rancangan Mari Memasak Kek Hari Jadi Bersama Mak Anjang di siaran TV Al-Hijrah.

Bersambung...

Empat beradik berbaju biru sedang menanti kek diagih-agihkan.
The four siblings in the house.
Amier dan Wanie sedang ceria pada Hari Raya Jadi.
Bersantai di ruang hadapan rumah.
Menghirup udara segar.
Sambil bersembang dengan Kak Esah.

No comments:

Post a Comment