m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 21, 2015

Wanie 'back-to-school' Maahad Hamidiah

11 Januari 2015 - Pada awal tahun, murid-murid sekolah akan balik ke asrama untuk memulakan kuliah. Tapi, akibat banjir besar yang telah melanda beberapa buah negeri di tanah air, tarikh mula sekolah telah ditunda selama seminggu. Maka pada hari ini, kami kenalah menghantar Wanie kembali ke asrama di Maahad Hamidiah Kajang untuk start sekolah pada esok harinya.

Di tangga asrama puteri.
Berkemas-kemas di asrama.
Di sebelah locker baju.
Sementara Wanie berkemas, yang lain duduk berehat.
Sabriena dan Amier seronok dapat lepak kat katil asrama.
Berkemas di locker barang dan makanan pulak.
Pada hari nilah bayaran dibuat. Daftar masuk asrama. Nasib baik jugaklah masih ada tempat kosong untuk Wanie menetap di asrama, sebab kami mohon tempat di asrama agak terlewat sedikit. Lepas dah siap segala pembayaran dan pendaftaran, kami terus aje menuju ke bilik asrama Wanie. Wanie masih duduk di blok yang sama. Cuma bilik aje yang dah berubah.

Banyak sungguh barang Wanie untuk dikemas.
Kemas buku sekolah pulak.
Sabriena seronok menyeberangi dari satu katil ke katil yang lain.
Syahmie nengok aje Wanie berkemas. Syahmie kata Wanie berkemas slow sangat.
Bergolek-golek Sabriena di atas tilam asrama.
Amier pun mengambil kesempatan berbaring di atas tilam asrama jugak.
Seronok betul dua beradik ni bermain.
Amier bergendang di koridor.
Setelah selesai berkemas.
Di koridor asrama.
Berehat sejenak sebelum turun ke bawah.
Dan bermulalah kegiatan unpacking dan simpan barang-barang dalam almari. Kali ni Wanie dapat almari yang lebih elok dari tahun sudah. Simpan-simpan barang, pasang cadar, siap! Tu aje! Sebelum berpisah dengan Wanie, kami ambil gambar dulu, bagi motivasi pagi kepada Wanie untuk gigih belajar, bagi duit belanja, bersalaman, peluk cium dan bye-bye. Selamat belajar jadi insan yang lebih hebat dan bertaqwa kepada Allah.

Wanie di tangga asrama.
Amier salam Kakak Wanie.
Wanie bergambar dengan mama.
Bergambar dulu sebelum berpisah.
Meraikan Wanie belajar.
Bergambar di asrama Wanie.
Bergambar di koridor asrama lagi.
Satu lagi gambar di lokasi yang sama.
Bermain di wakaf tepi asrama.
Amier sedang mengukur pintu masuk wakaf.
Amier menahan tiang supaya tak tumbang.
Tiga beradik bergaya di tiang wakaf.
Sabriena bergaya di wakaf.
Take my picture, please.
Anak bujang di pinggir wakaf.
Abang Long memastikan adik-adik berada dalam keadaan selamat.
Di koridor tepi pondok pengawal.
Kakak guard yang baik dengan wife aku.
Sebelum pulang ke rumah, kami singgah dulu kat medan selera yang terletak tak berapa jauh dari sekolah. Kami order sate, nasi goreng, char kuetiau, dan air minuman. Makanlah kami beramai-ramai sampai macam dah terlalu kenyang. Burppppp!!!! Pergh! Memboyot perutku kerana terlalu banyak makanan yang aku sumbatkan ke dalam tembolokku. Bila dah kenyang, dah heppi, maka pulanglah kami ke rumah. Esok nak kena hantar Syahmie kat asrama di Gemencheh pulak.

Singgah makan di medan selera Sungai Ramal.
Menanti pesanan tiba.
Masing-masing menikmati makanan.
Amier sedang menjamah nasi goreng udangnya.
Air minum sudah sampai.
Makan sate pulak lagi.
Banyak betul kami makan pada petang tu.
Terlalu kenyang. Sangat kenyang.

No comments:

Post a Comment