m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, February 23, 2015

Beraya dengan kura-kura

15 Julai 2014 - Kalau tak silap aku, masa ni tengah raya puasa kot. Kami beraya di rumah Kak Timah. Menu dia aku tak berapa ingat. Yang aku ingat, Abang Haji Khalid ada bawak kambing chop untuk dimasak barbeque. Ini adalah sempena Tahun Kambing mengikut kalendar Cina. Kambing yang Abang Haji Khalid beli telah dipilih dari jenis kambing gunung tanduk besar yang beratnya dekat 1 tan seekor. Diimport dari pergunungan Himalaya.

Tiga sepupu dan sahabat karib sedang menyaksikan game Minecraft di i-phone.
Sabriena nak tumpang sekaki.
Bermain kejar-kejar di porch.
Bergurau di tepi buah nanas.
"Bang! Bang!" kata Saleh kepada Amier.
Sejurus kambing tiba, terus aje Abang Haji Khalid pasang api kat luar rumah untuk memanggang kambing tersebut ala barbeque. Tanpa sebarang perencah dan perasa, daging kambing tadi telah dipanggang dengan menggunakan api yang kecil agar tidak hangus. Sejurus daging kambing itu masak, aku terus aje mengambil secebis dan memamahnya secara perlahan-lahan. Mmmmm... teramatlah sedapnya. Sedap jugak makan kambing barbeque yang tak di-marinate. Rasanya lebih original. Bau kambing gunung tu telah meresap ke segenap tubuh aku. Dan aku berasa sangat teruja dan puas.

Abang Haji Khalid sedang memanggang daging kambing gunung Banjaran Himalaya.
Nampak begitu hebat dan enak sekali.
Siti diamanahkan untuk memastikan kambing yang dipanggang itu tidak akan lepas lari.
Sambil jaga, sambil makan.
Hidayat pun tolong tengokkan kambing barbeque jugak.
Saleh sedang asyik memerhatikan kura-kura Galapagos belaannya dengan penuh berselera sekali.
"Pak Andak! Lepas ni barbeque kura-kura ni pulak ya!?"
Pada suatu ketika yang lain, Saleh telah mengeluarkan kura-kura gergasi Galapagos-nya dari dalam besen tepi rumah. Sabriena yang ternampak kelibat kura-kura itu, telah menjerit ketakutan. Lantas Saleh dengan segera telah mengangkat kura-kura tadi dan dijauhkan dari Sabriena. Sewaktu diangkat, kura-kura tadi telah terlihat api barbeque. Dia berasa sangat ngeri dan takut. Khuatir tubuhnya pula yang akan dijadikan lauk barbeque. Dalam keadaan menggeletar dan berpeluh kuyup, kura-kura itu telah berjaya meloloskan diri dari dakapan Saleh, dan terus berlari deras meninggalkan perkarangan rumah Kak Timah tanpa sempat menjamah juadah raya walau sedikit pun.

Ali selaku tuan rumah baru berkesempatan untuk menjamu selera.
Sabriena selesa bertilamkan Dunlop pillow.
Tiga sepupu sedang memikirkan hari muka.
"Eh! Siapa yang datang tu?"

No comments:

Post a Comment