m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, February 17, 2015

Teater Surat Sabariah

5 Disember 2014 - Di sebuah rumah usang di Singapura: Sedang aku membelek-belek sebuah radiogram lama yang berhabuk di atas meja antik, aku ternampak sepucuk surat di dalam sampul yang telah agak renyuk. Beginilah isi kandungannya:

Ke-hadapan kekandaku Kasim Selamat,

Se-waktu kekanda melangkah pergi meninggal-kan rumah kami, setelah kekanda menchuchuk mata kekanda dengan garfu yang Dr Ismadi beli di-Paris, adinda berasa sangat tak keruan. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Berlari tak penat. Tenggelam tak lemas. Belajar tak bijak. Ini semua-nya angkara kekanda Kasim Selamat yang tak pulang-kan balik garfu yang masih terpachak di-mata kekanda tempoh hari. Dr Ismadi bising-bising pada adinda. Dia kata adinda ada buat konspirasi teranchang dengan kekanda untuk menchuri garfu yang sangat mahal itu.

Kekanda pun satu. Kalau nak chuchuk mata lain kali pakai-lah lidi sate ke, pakai jarum peniti ke, pakai skru drebar ke, atau pun pakai kayu chopstik. Sakit telinga adinda saban hari kena marah dengan Dr Ismadi. Eh! Adinda ter-lupa pulak. Bukan-kah mata kekanda buta. Macham mana pulak kekanda nak bacha surat adinda ini? Tak apa-lah. Kalau kita dapat ber-jumpa satu hari nanti, akan adinda cherita-kan kepada kekanda Kasim Selamat.

Yang benar,
Sabariah.

Saidi, Kak Lin dan anak sedang menikmati juadah malam.
Isteriku, Syahmie dan Yana turut menanti pesanan di kedai roti.
Masing-masing tengah lapar.
Roti pizza menjadi pilihan.
Alas perut sebelum masa persembahan.
Syahmie dan Yana menjamu selera.
Baru selesai makan malam di kedai roti.
Sudah sekian lama aku tak menonton kawan kami, Azman Hassan berlakon di pentas teater. Dulu kami bergiat dalam satu grup teater yang dinamakan ANGKA, singkatan untuk Angkatan Karyawan Aktif. Kali terakhir aku nengok Azman berlakon adalah pada satu Pekan Teater. Aku tak ingat tahun bila. Dah lama sangat tu. Masa tu Azman berlakon bersama-sama Acis dan Dino. Pengarah teater masa tu ialah Kak Rosnanee Seman. Masa tu Azman menang kategori Pelakon Pembantu Terbaik. Lepas tu aku dah macam hilang track terus dengan Azman, walau pun pernah terserempak dengan beliau di sebuah gerai makan suatu masa dulu.

Saidi masih menjamah roti.
Baby baru sampai, terus join kami.
Saidi heppi pasal dapat makan roti.
Air koko dan teh yang cantik dan enak.
Bagi aku Azman Hassan memang seorang pelakon teater  yang hebat. Rindu rasanya nak menonton beliau beraksi di atas pentas lagi. Peluang itu terbuka bila aku mendapat tahu Azman akan beraksi dalam sebuah teater di Damansara Performing Arts Centre (DPAC). Tajuk teater itu adalah Surat Sabariah. Bagus jugak aku dapat menjejak semula keberadaan Azman melalui Whatsapp dan Facebook.

Di luar kedai roti.
Naik basikal datang ke kedai roti.
Kami berpakat-pakat untuk menonton Azman beraksi. Kawan teater kami, Saidi volunteer nak belikan tiket online untuk kami. Dan pada Jumaat malam persembahan tu, kami pun berjumpalah di Damansara Perdana, berhampiran dengan tempat persembahan akan diadakan. Kami berkumpul di sebuah kedai roti. Masa tu Saidi anak-beranak tengah makan malam kat situ. Memandangkan kami sampai pun agak awal, kami pun joinlah Saidi makan roti kat kedai tu, minum air panas buat mengalas perut. Tak lama selepas tu, Baby pun sampai.

Di luar dewan persembahan.
Bergambar dulu sebelum menonton teater.
Setelah kira-kira jam 8.30 malam, kami pun bergerak menuju ke tempat pementasan akan diadakan. Itulah first time kami ke sana. Cantik jugak tempat tu. Dan rupanya Azman akan membuat persembahan di sebuah teater eksperimen, atau jugak dikenali sebagai The Black Box. Kami ambil tempat masing-masing. Tak lama kami kat situ, kami nampak kelibat sorang lagi teman, Nazri masuk ke dewan pementasan bersendirian. Lalu aku bertanya, "Sorang aje ke?" Nazri kata dia dah beli banyak tiket, tapi kengkawan yang lain semuanya kensel tak jadi datang. Kesian Nazri.

Dalam 'Black Box' sebelum persembahan dimulakan.
Berkongsi gambar-gambar lama.
Setelah habis persembahan teater.
Lebih kurang jam 9 malam, teater pun bermula. Selain Azman Hassan, cerita ini dibintangi oleh Sherie Merlis, Aloeng Silalahi dan Razak Osman. Pengarahnya adalah Hariry Jalil. Persembahan ini sebenarnya telah dibawa oleh grup Teater Negri Samudera. Persembahan yang kecil ini tidak bermakna kerdil, atau picisan. Isinya besar, dan berjaya disampaikan oleh pendukung-pendukung watak yang terpilih.

Memuja Kassim Selamat.
Bersama Nazri dan Baby sementara menanti pelakon utama keluar dari bilik persalinan.
Masih menanti hero muncul.
Setelah selesai menyaksikan persembahan, kami berkumpul sebentar di luar dewan persembahan. Ingin bertemu pelakon utamanya, yang juga teman lama kami, Azman Hassan. Setelah menyalin pakaian, Azman keluar bertemu kami dengan senyuman lebar dan berasa sangat teruja dapat berjumpa teman-teman seperjuangan yang lama. Kami bergambar. Berbual ringkas, sebelum meninggalkan The Black Box. Saidi sekeluarga perlu ke Johor pada malam itu jugak. Dan aku sekeluarga pulak akan pergi bercuti ke Pulau Pinang esok harinya.

Terima kasih kawan-kawan kerana masih menghargai persahabatan ini.

Semua oang teruja bila dapat bergambar dengan Kasim Selamat.
Hero idaman se-Malaya.
Bersama Azman Hassan.
Teman lama bertemu kembali.
Azman pun happy jugak dapat jumpa kami.
Persembahan yang best.
Teruja bersama Hero Kasim Selamat.
Dulu pernah bergiat bersama di dalam grup teater.
Di luar DPAC.
Sebelum berangkat pulang.

No comments:

Post a Comment