m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 13, 2015

Reunion produksi teater Tanah: Semoga berjumpa kembali

Bahagian 5 (Akhir)

Akhirnya dah sampai pun ke bahagian akhir. Aktiviti bertukar-tukar hadiah masih lagi dilangsungkan. Sampai dah tak ada hadiah lagi untuk diagih-agihkan. Yang paling teruja barangkali Dean Sitara, pasal dapat hadiah spesel dari Juhara Ayob secara tak dijangka. Bila pembalut hadiah dibuka, terlihatlah kelibat bebola Ferrero Rocher. Dua puluh empat biji semuanya. Bukan main happy lagi Dean Sitara. Malam nanti ganyanglah bebola cokelat tu sorang-sorang kat rumah sampai kenyang. Burp!

Dean Sitara gembira mendapat hadiah dari Juhara Ayob.
Tak sabar-sabar nak tahu isi kandungannya.
Mungkinkah I-phone 6 atau I-pad?
Ohh!! Rupanya bebola cokelat Ferrero Rocher! Mmmmm... enaknya!!!
Meneliti hadiah yang diperolehi.
Setelah orang ni dapat hadiah, orang tu pun dah dapat hadiah, maka hadiah-hadiah yang balance tu adalah untuk Abang Kamarul AR sempena hari jadi beliau. Macam-macam hadiah Abang Kamarul dapat. Tanda terima kasih, penghargaan, dan sayang anak-anak buah kepada seorang abang, seorang ayah, seorang guru, seorang mentor, yang telah banyak berjasa kepada anak-anak didiknya.

Abang Kamarul AR mendapat hadiah hari jadi dari Mimi.
Membaca kad ucapan pada hadiah.
Cuba meneka isi kandungannya.
Lagi hadiah untuk Abang Kamarul AR.
Selamat hari jadi dengan hadiah yang diperolehi.
Abang Brahim menghadiahkan sesuatu kepada Abang Kamarul AR.
Terima kasih diucapkan kepada Abang Brahim.
Bergambar bersama hadiah.
Apakah agaknya isinya.
Oh! Ramuan minuman rupanya.
Pasti enak rasanya.
Ucapan terima kasih kepada semua.
Menutup bicara pada malam itu.
Hadiah yang dibeli isteriku diterima oleh pemuda ini.
Membuka hadiah dengan kesungguhan.
Masih mencuba.
Hadiah terbongkar! Sebuah beg tangan lelaki.
Setelah semua sessi awal selesai, tibalah sessi penutup. Bergambar kenangan beramai-ramai. Kat lobi hotel, orang-orang lama dari grup teater Hidayah berkumpul dan bergambar bersama Abang Kamarul AR. Oleh kerana aku bukan dari grup teater yang sama, maka aku jadi tukang ambil gambar ajelah. Seronok tengok wajah orang-orang lama. Orang-orang baru aku tak kenal.

Selepas bergambar di lobi hotel, kami bergambar pula di ruang majlis. Kali ni kesemua team produksi, pelakon, tetamu, bekas ahli grup teater Hidayah, dan semua keluarga besar anak-anak seni yang hadir pada malam itu telah berkumpul dan bergambar bersama-sama. Sangat meriah. Cukup meriah. Aku ambil gambar mereka berkali-kali sampai filem Kodak kat kameraku habis. Setelah puas bergambar, barulah kami bersurai.

Sekali lagi kepada yang menjemput kami, khususnya kepada Abang Kamarul AR dan Roslan Muhammad, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama meraikan majlis ini. Dan yang lebih mengujakan sudah pasti peluang untuk bertemu dan bersama-sama dengan teman-teman lama. Terima kasih semua.

Tamat.

Bergambar di ruang lobi hotel.
Kenalan lama bergabung kembali.
Encik Roslan Madun turut bergambar dengan kami.
Kenangan di lobi Hotel Peninsula.
Bergambar seluruh team produksi dan para tetamu jemputan.
Ada yang dah balik lebih awal pasal ada urusan masing-masing.
Keluarga besar.
Aksi pelbagai.
Foto 1.
Foto 2.
Foto 3.
Selamat berjumpa kembali.

No comments:

Post a Comment