16 Ogos 2014 - Salah sorang sepupu mak aku kahwinkan anak kat Keramat. Nama dia Pakcik Zainor. Rumah kami dengan rumah Pakcik Zainor taklah jauh sangat. Jadi kami pergi ke tempat majlis kahwin tu tak perlu makan masa yang lama. Cuma sepenanak nasi beriyani gam kambing Johor aje.
|
Meninjau lauk-pauk sebelum membuat pilihan yang tepat. |
|
Mencedok "nasi minyak hujan panas kilat sabung-menyabung dan angin kencang" ke dalam pinggan. |
|
Manikmati juadah. |
|
Enjoy-nya Sabriena makan nasi. |
|
Pakcik Banuri dan isteri join meja kami. |
|
Wanie sedang cuba untuk membuat satu suapan yang sangat hebat pada alaf ini. |
|
Anak-anak masih menikmati juadah. |
|
Ayahku jugak makan dengan penuh berselera. |
Kami anak beranak pergi dengan ayah aku. Mak aku tak ikut pasal tak berapa sihat. Mak aku masih belum boleh berjalan lagi. Masih duduk kat kerusi roda. Jadi nak lalu atas jalan yang berbonggol-bonggol dan tak rata, dan ada longkang pulak lagi, adalah agak menyukarkan. Jadi mak aku duduk kat rumah ajelah.
|
Wak Ros dan Wak Bun sedang menikmati cendol. |
|
Happy kerana dapat menikmati cendol. |
|
Menyediakan cendol untuk para tetamu. |
|
Stok dah semakin berkurangan. |
|
Sepupuku, Hakim sedang bagi mesej rahsia kepada seorang kenalan. |
Kat tempat majlis perkahwinan, kami jumpa banyak lagi saudara-mara yang lain. Antaranya Pakcik Banuri dan keluarga, serta Wak Ros dan keluarga. Menu pada hari tu sangatlah pelbagai. Ada nasi minyak, nasi beriyani, burger, beef steak, lamb chop, fish and chips, chinese food, nasi arab, dan macam-macam lagi makanan dari seluruh dunia. Tapi itu sekadar cadangan asal tuan rumah. Chef yang telah dilantik tetiba terlupa nak masak semua menu-menu tu. Jadi yang tinggal cuma nasi minyak dan beberapa dessert ajelah. Antara dessert yang enak dimakan sudah pastilah cendol.
Setelah makan dan bersalaman, kami ajak Pakcik Banuri untuk datang beraya kat rumah kami. Oh ya! Masa tu memang tengah bulan raya puasa. Pakcik Banuri tak keberatan untuk ke rumah kami. Dia datang bertiga. Selepas beraya dan ziarah mak aku yang kurang sihat, mereka pun pulanglah ke rumah mereka dengan selamat. Sekian terima kasih.
|
Ayahku sedang makan cendol. |
|
Isteriku juga sedang makan cendol. |
|
Hakim tak pulak makan cendol. |
|
Berjumpa denga tuan rumah, Pakcik Zainor sebelum berangkat pulang. |
|
Gembira dapat berjumpa sesama sepupu. |
|
Pakcik Zainor yang paling heppi. Hulur tangan ada isi, hulur tangan ada isi. Poket pun dah penuh. Hehehe... |