m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, July 12, 2014

Pernikahan Azfar-Wani: Akad time!

Bahagian 3

Tugasku sebagai jurucakap pengantin lelaki dah pun beres. Lalu baten aku pass kat Pa. Giliran Pa pulak untuk melaksanakan tugas yang sangat penting. Lebih penting dari tugasku. Pa faham akan peranannya selepas ini. Pa nampak tenang dan konfiden. Melangkah masuk perlahan-lahan ke ruang pengantin. Dan duduk di atas bantal pengantin yang berbentuk square. Mata Pa memandang tepat ke arah Tok Kadi. "Kita mulakan sekarang Tok Kadi. Perkara yang baik tak elok ditangguhkan". Tok Kadi yang tadinya sedang sibuk whatsapp dengan kawannya yang juga seorang Tok Kadi dari kampung sebelah tiba-tiba tersentak. Cepat-cepat telefon bimbitnya disimpan di dalam saku. "Baiklah. Kita mulakan sekarang", setuju Tok Kadi.

Tok Kadi lantas mengeluarkan kitab lamanya yang sangat tebal dari beg jinjitnya. Kitab tu sangat tebal, tak ubah macam Kamus Dewan. Semua hadirin bagaikan tergamam bila melihatkan kitab yang dikeluarkan Tok Kadi. Tok Kadi yang terperasan akan reaksi para hadirin lantas menjelaskan, "Ooooh... ini bukan kitab nikah kahwin. Ini buku telefon yang saya biasa rujuk hari-hari kalau nak tau kontek number kengkawan". Para hadirin hadirat hampir serentak berkata, "Ooooooohhhhhh..."

Suasana di ruang akad nikah, agak formal bagaikan suatu mesyuarat pembesar-pembesar istana.
Pa nampak tenang dan steady.
Macam-macam perasaan bermain-main di dalam diri Wani.
Terkadang tersenyum, terkadang serius.
Ibu sentiasa mendampingi Wani.
Bersama kaum keluarga.
Wati turut nervous. Tak taulah sebab apa.
Tok Kadi membaca doa mula bicara, lantas berbicara mengenai keutamaan mendirikan keluarga menurut syariat Islam. Mula-mula Tok Kadi berkenalan dengan pengantin dulu. Kasual, agar pengantin tak terus dinaung gementar. Dan seterusnya menyampaikan kata-kata nasihat atau lebih sinonim dengan maksud khutbah nikah. Panjang jugak khutbah nikah yang dibacakan. Sambil tu turut diselitkan humor di sana sini agar para hadirin tidak berasa bosan. Tok Kadi dengan sengaja memanjangkan tempoh pembacaan khutbah nikah, sebab nak tunggu tibanya waktu solat asar. Bila dah nak dekat Asar nanti, barulah upacara mengakad nikah akan diteruskan.

Tok Kadi membacakan khutbah nikah.
Tok Kadi buat jenaka santai. Hadirin tersenyum.
Tok Kadi buat cerita seram. Hadirin jadi suspen.
Hadirat pun berasa seram jugak.
Suasana tegang seketika. Tegang otot sebenarnya pasal duduk terlalu lama.
Khutbah nikah dah habis dibaca. Tok Kadi baca Hikayat Hang Tuah pulak.
Kemudian baca Hikayat Hang Jebat.
Dan seterusnya Tok Kadi membaca Hikayat Hang Kasturi.
Hadirat tertanya-tanya, "Kisah Hikayat Dang Wangi tak ada ke?"
Tok Kadi sambung lagi dengan Hikayat Hang Lekir.
Khutbah nikah bukan saja untuk pengantin baru, tetapi jugak untuk pengantin lama agar dapat refresh balik pesanan yang telah lama diberikan kepada semua yang hadir dan pernah bergelar pengantin baru suatu ketika dulu. Yang paling khusyuk mendengar sudah pastinya Pa dan Wani. Para hadirin yang lainnya sekadar duduk berdiam diri dan mengira-ngira, bilakah waktu nak akad nikah nanti.

"Panjangnya cerita Hikayat Hang Brothers ni. Bila boleh akad nikah?" bisik hati Wani.
Dan akhir sekali Hikayat Hang Lekiu.
"Ooops, nanti kejap. Saya nak sambung dengan kisah Hikayat Hang Nak Pi Mana? He he he..."
"Hang nak pi mana pun pi lah. Janji aku nak kahwin cepat".
Anis sangat teruja dengan Hikayat Hang Nak Pi Mana yang dikisahkan oleh Tok Kadi.
Ahli keluarga yang akur dengan kisah-kisah yang diceritakan oleh Tok Kadi.
Aku terus menerus mengambil gambar para hadirin, dan lebih kerap lagi mengambil gambar pengantin lelaki yang memang ada di depan aku. Aku perhatikan saja wajah Pa terus-menerus. Ada kalanya dahi berkerut. Ada kalanya menguntum senyum. Ada kalanya tunduk bagai sebak. Aku faham pergolakan dalam benak Pa yang bakal bergelar suami tak berapa lama lagi. Cuma tinggal beberapa minit saja lagi sebelum Pa dinikahkan oleh ayah Wani sendiri. Para tetamu pun turut terasa akan gementarnya. Malah gementar dan cemas para tetamu ada kalanya mengatasi apa yang dirasa oleh Pa. Semakin waktu asar menghampiri, semakin berdegup kencanglah jantung para hadirin.

Dan hinggalah ayah Wani akhirnya duduk betul-betul di hadapan Pa. Tangan dihulurkan. Dan Pa menyambut tangan bakal ayah mentuanya. Akad nikah bakal dilangsungkan tak lama lagi.

Bersambung...

Tok Kadi ulang balik khutbah nikah sebagai peringatan terakhir sebelum Pa diakadkan.
Pa menyerap masuk kesemua maklumat yang disampaikan oleh Tok Kadi.
"Yes. Otak sudah full dengan maklumat. I'm ready to go!" kata Pa pada diri sendiri.
Tok Kadi memberi pesanan cara-cara nak menjadi suami yang baik.
Sebahagian ahli keluarga Pa.
Tok Kadi bagi nasihat cara-cara nak masak tomyam yang terhebat di dunia.
"Kalau dah pandai masak tomyam, barulah boleh kahwin," kata Tok Kadi.
"Okay. Acara akan kita mulakan sekarang. Pengantin sila salam dengan bakal ayah mentua".
"Tak kan salam aje kot? Tak hulur apa-apa ke?" usik Tok Kadi.
Kedua tangan telah berjabat. Acara akan dilangsungkan sebentar saja lagi...

No comments:

Post a Comment