m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, July 9, 2014

Pernikahan Azfar-Wani: Pertama kali jadi juru cakap

Bahagian 2

Setelah aku menandatangani kontrak dengan Pakcik Rizali untuk menjadi juru cakap bagi pihak pengantin lelaki, otakku langsung tak boleh duduk diam. Perasaanku berbaur antara teruja dan cemas. Aku mula merangka-rangka perkara apakah yang perlu dan akan dicakapkan. Sehelai demi sehelai kertas kuambil untuk kuconteng, lakar dan catat. Bila rangkanya telah kuperolehi, lalu aku membuat rehearsal sorang-sorang dalam studio kecilku - kat dalam keretalah!

Wani bersiap sedia untuk dianugerahi gelaran isteri.
Debaran semakin memuncak.
Beratus kali aku training kat dalam kereta. Cakap sorang-sorang macam orang tak betul. Macam-macam gaya cakap aku test demi untuk mencari suatu gaya bahasa dan pertuturan yang paling hebat dan berkesan untuk diperdengarkan kepada pihak pengantin perempuan. Ada kalanya aku try cakap macam Pak Menteri: "Kami semua ni, apa namaaa, datang untuk apa namaaaa, menunaikan janji, apa namaaa..." Ada kala yang lain pulak aku praktis bercakap macam orang berpidato: "Dengan ini, saya mencadangkan agar Azfar dan Wani dinikahkan oleh Tok Kadi, tuan-tuan puan-puan yang saya muliakan sekelian". Dan pada waktu yang lain, aku ada jugak try cakap macam Nasir Bilal Khan kat cerita Penggali Kubur: : "Aaaaaaaaaaaaaa..... dah lamaaaa... kamu sampai kat masjid? Aaaaaaaaaaa..... bila nak kitaaaa... nikahkah Azfar dengan aaaaaaaaa...Wani?"

Namun tak satu style pun yang sesuai dengan aku. Aku try bercakap laju. Banyak kali tersasul-sasul. Last-last aku try cakap slow-slow sikit, biar jelas. Dan nyata gaya yang macam ni lebih serasi dengan aku. Aku cuba tak nak pakai skrip. Baru nampak macam profesional sikit. Sebab tulah aku kena berlatih beratus kali untuk menghafaz segala dialog yang telah aku catatkan di dalam benak aku.

Ahli keluarga pengantin lelaki duduk di zon yang telah ditetapkan.
Wakil perempuan vs wakil lelaki.
Mendengar dengan penuh minat akan apa yang diperkatakan oleh wakil perempuan.
Makcik Mini dan Hani turut hadir.
Sesampainya di masjid, aku terus bertemu dengan wakil pihak perempuan. Tuan Haji yang dah agak berusia tu aku sapa dengan kata-kata hormat. Kami menanti rombongan pengantin lelaki untuk sampai. Oleh kerana aku bukanlah kaki borak, maka perbualan aku dengan Tuan Haji aku ringkaskan dan tamatkan dengan segera. Enjin dalam otak aku masih lagi ligat bekerja, cuba menyusun kata-kata yang telah aku rancangkan untuk aku lafazkan sebentar nanti. Aku semakin cemas dan gemuruh. Peluh jantanku mula mencucur deras membanjiri ruang serambi masjid. Tok siak terpaksa mop lantai yang basah tanpa menyedari air yang kat atas lantai tu adalah peluhku yang masih tak henti mengalir.

Aku pegang tekak. Maksudnya tengah nervous dan berasa nak loya lah tu.
Baru nak mula berbicara.
Semua ahli keluarga tekun mendengarkan aku bercerita pasal Cerita Sang Kancil dengan Sang Buaya.
Ramai jugak famili dan kengkawan Pa yang datang meraikan.
Bila semua rombongan telah tiba, Tuan Haji menjemput aku duduk di tempat khas yang telah disediakan untuk jurucakap-jurucakap sedunia. Dan aku pun mengambil tempat dengan tertib. Bagai sedang berada di sebuah balairong istana raja. Tuan Haji membuka bicara dengan kata-kata alu-aluan yang agak panjang, sambil tangan memegang naskhah skrip, dan sesekali mata memandang ke arah barisan ayat-ayat yang telah dinukil. Aku terus mendengar sambil mengukir senyuman. Dan menanti, bilalah pulak giliran aku akan tiba. Tekakku tiba-tiba berasa loya. Seperti nak muntah. Itu tandanya aku sangat nervous. Isteri aku memang faham sangat keadaanku ini. Tanganku jugak memegang helaian skrip yang telah kukarang khas untuk upacara ini. Berkajang-kajang kertas yang kupegang. Banyak yang hendak aku perkatakan.

Tetiba Tuan Haji mempersilakan aku berbicara, "Silakan Encik Adi untuk membuka bicara". Aku terkejut badak lalu terpacul dari mulutku lafaz yang sedemikian, "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba musafir lalu..." Seluruh hadirin tercengang-cengang mendengarkan ucapan pelikku itu. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Aku terus terpinga-pinga. Dan mula menyedari aku telah tersilap dialog. Lalu kutarik nafas panjang, dalam-dalam, siap pakai inhaler, dan tong gas oksigen lagi, baca doa, dan terus berucap dengan tenang.

Aku terus mendengarkan celoteh Tuan Haji.
Pa sedang nervous. Sesangaaaaaaat nervous.
Wani pun nervous jugak. Sesangaaaaaaat nervous jugak.
Ucapanku pendek. Sangat pendek. Lagi pendek dari Ibrahim Pendek. Memang aku plan nak berucap panjang. Biar sampai masuk waktu asar. Sambung lagi sampai masuk waktu maghrib. Sambung lagi sampai isyak dan sampai time solat tahajjud. Tapi bila Tuan Haji berucap agak formal dan serius, terus ideaku yang panjang berjela tu terbantut dan tak dapat aku luahkan. Aku plan nak buat lawak macam Maharaja Lawak Mega. Semua tu tak terkeluar dan terus kusimpan sampai ke hari ini. Malah pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan kerat tiga belas, semuanya tak terkeluar. Bila aku dah terkedu dan terbisu setelah berucap serba ringkas tu, Tuan Haji meneruskan ucapannya yang jugak panjang. Dan aku sekadar mendengar, menganggukkan kepala tanda setuju, sambil memanjangkan lagi senyumanku.

Pertandingan debat di antara wakil lelaki dan wakil perempuan masih berlangsung.
Para ahli keluarga semakin suspen.
Mas kahwin dan wang hantaran dipersembahkan kepada wakil perempuan.
Giliran aku untuk menggulung perbahasan. Tajuk perbahasan ialah "Wajarkah Brazil kalah 1-7 kepada Jerman?"
Tetiba ada orang buka siaran langsung Brazil lawan Jerman kat masjid. Semua orang khusyuk menonton.
Masih belum ada gol yang dijaringkan.
Channel tv ditukar kepada cerita Bananana TV3. Semua hadirin terpinga-pinga.
Perbahasan hampir tamat.
Para tetamu semakin lega pasal game dah nak tamat lagi 5 minit.
Maka tamatlah acara ucap-berucap, sambut menyambut, dan mempersembahkan barang-barang hantaran yang sangat cantik dihias. Terus seluruh hadirin dijemput masuk ke dalam ruang masjid. Juru nikah pun dah tiba. Acara akad nikah perlu dijalankan segera, sebelum azan asar dilaungkan. Lega sungguh hati aku kerana telah berjaya melunaskan satu misi rahsia buat pertama kali ini. Walaupun tak berapa sempurna, tapi pengalaman pertama ini sangat-sangat aku hargai dan jutaan terima kasih aku ucapkan kepada keluarga Pakcik Rizali kerana memberi kepercayaan kepada aku.

Bersambung...

"Saya sokong Jerman. Tuan Haji sokong Brazil ya?"
"Tak apa Tuan Haji. Empat tahun lagi Brazil boleh cuba lagi, okay?"
Mas kahwin dibawa ke ruang akad nikah.
Semua hadirin berpindah ke ruang akad nikah untuk upacara selanjutnya.

No comments:

Post a Comment