Bahagian 1
12 April 2014 - Dah nak masuk tiga bulan sepupu aku Azfar, yang kami panggil Pa, bergelar suami kepada Wani. Ini kisah lama. Tapi tak apa. Janji ada kisah. Dan kisahnya adalah seperti berikut. Ia bermula di Taman Melawati, Ulu Kelang...
Pada suatu malam, Pakcik Rizali, ayah kepada Pa menefon aku. "Assalamualaikum, Adi. Nak mintak tolong jadi juru cakap boleh tak? Pakcik Udin nak tarik diri". Tanpa berfikir panjang aku menjawab, "Sudah pasti boleh. Bayaran kita boleh runding kemudian, okay?" Maka termeterailah sebuah janji di antara aku dan Pakcik Rizali akan tanggungjawabku untuk menjadi wakil pihak pengantin lelaki ketika majlis akad nikah nanti. Aku memang tak sedikit pun berasa keberatan untuk menggalas tugas ini. Malah aku berasa bangga kerana telah diberi kepercayaan yang sedemikian rupa. Cuma dapatkah aku melaksanakan tugas dengan baik? Aku pun tak tahu lagi. Maklumlah, first time.
|
Aku bersiap sedia untuk menjadi wakil rakyat. Errr... maksud aku wakil pengantin lelaki. |
|
Ayahku berteduh di sebalik tiang masjid. |
|
Makcik Mini turut hadir meraikan. |
Kami ke Masjid Taman Melawati agak awal. Rumah kami pun terletak tak jauh dari situ. Oleh kerana terlalu awal, maka kami carilah makan dulu kat gerai berdekatan. Memang pun kami belum makan tengah hari lagi. Bersama aku adalah isteri dan ayahku. Pakcik Tahar turut ikut kami menaiki kereta yang sama. Sempat kami makan nasi dulu sebelum kembali ke masjid menunggu rombongan pihak Pa tiba.
|
Rombongan Pa telah sampai di Masjid Taman Melawati. |
|
Sibuk menyiapkan diri masing-masing. |
|
Bertegur sapa dengan pengantin perempuan, Wani. |
|
Wani dengan bakal kakak iparnya, Wati. |
|
Hulubalang-hulubalang diraja sedang bersiap-siaga. |
|
Pa dikawal rapi oleh bodyguard istana yang sangat cekap dan terlatih dalam seni mempertahankan diri. |
|
Beratur panjang untuk upacara perbarisan hormat diraja. |
Kira-kira jam tiga petang lebih, tibalah rombongan Pa dari USJ Subang Jaya dengan selamatnya. Bersama mengiringi Pa adalah puluhan hulubalang Melayu berbusana lengkap dengan keris dan tombak, sambil membawa barang-barang hantaran yang telah dibentuk dan dihias cantik untuk dihadiahkan kepada rombongan perempuan.
|
Pengantin lelaki, Pa dah bersedia untuk masuk ke ruang akad nikah. |
|
Para hulubalang membawa barang hantaran. |
|
Semakin ramai hulubalang yang membawa masuk barang hantaran yang hebat-hebat belaka. |
|
Barang-barang hantaran dibawa dengan penuh teliti dan hati-hati. |
|
Ini adalah kumpulan hulubalang yang ke-251 membawa barangan yang terakhir untuk dipersembahkan kepada permaisuri. |
|
Aku selaku ketua kontinjen memastikan semua aturcara berjalan lancar. |
|
Menyusun hantaran di atas permaidani khas. |
|
Lagi proses menyusun barang hantaran. |
Semua barang hantaran disusun kemas di atas permaidani khas. Antara barang hantaran yang aku ternampak termasuklah jam tangan jenama Roll-X buatan Siam, minyak wangi jenama Axe Brand, kasut tumit tinggi (setinggi dua kaki setengah), kain buat baju, sabun basuh, pengetip kuku, tujuh dulang hati nyamuk aedes, tujuh tempayan air mata ayam dara, dan jambatan Pulau Pinang Ke-3. Memang hebat sungguh kesemua barangan yang dipersembahkan. Dan semua barang hantaran tu dihias dengan kuntuman bunga mawar warna pink dan kuning.
|
Ini baru satu per sepuluh barang yang dipersembahkan. |
|
Jam tangan dengan ciri-ciri istimewa termasuk tiga batang jarum dengan kepanjangan yang berlainan. |
|
Mas kahwin dan wang hantaran dalam bentuk cek berpalang. |
|
Kain untuk buat baju. |
|
Jewelry kot. |
|
Sirih dengan hiasan bunga lili. |
|
Minyak wangi serba guna. |
|
Dompet wang yang lengkap dengan wang tunai matawang Dolar Amerika. |
|
Syampu rambut. |
|
Kasut jogging. |
Pihak rombongan Wani jugak tak mau kalah. Mereka jugak ada menyediakan barang-barang hantaran yang hebat-hebat semuanya. Antara yang aku saksikan adalah sirih junjung, kitab tafsir Al-Quran, kasut jenama Batu-bata, minyak wangi dari jenis Ron 95, singlet Pagoda, bijirin padi dua guni, kereta kebal buatan Bangladesh sebiji, dan seekor badak air Afrika sebagai haiwan peliharaan selepas berkahwin nanti. Aku sendiri berasa sangat kagum dengan persembahan barangan yang sangat menakjubkan ini. Semoga kedua-dua pengantin dapat menerima pemberian ini dengan hati yang terbuka dan berasa puas hati ketika membawanya pulang.
Bersambung...
|
Cokelat perasa koko. |
|
Kasut aerobik. |
|
Kemeja kotak-kotak. |
|
Minyak wangi untuk 212 orang lelaki sahaja. |
|
H2O = air. |
|
Sejadah untuk beribadat. |
|
Dompet wang berserta kad kredit. |
|
Kitab tafsir Al-Quran. |
|
Sirih junjung. |
|
Sejambak bunga orkid. |
No comments:
Post a Comment