17 Mei 2014 - Sempena Hari Ibu, Hari Bonda, Hari Emak, adik aku ajak semua orang makan kat luar pada hari ni. Adik aku suruh mak aku pilih tempat. Pening jugak mak aku nak cari idea nak makan kat mana. Semua ahli rumah dia tanya. Semua orang bagai kehabisan idea. Akhirnya terdetik dalam fikiran mak aku nak pergi makan kat Istana Bambu. Lagi pun tempat tu terletak tak jauh sangat dari rumah kami. Semua orang setuju dengan cadangan yang sangat bernas itu.
|
Baru sampai restoran yang cantik ini. |
|
Menunggu makanan dalam kebosanan. |
|
Meraikan ibuku pada malam ini. |
|
Sabriena bersama bibik. |
Lepas solat maghrib, kami lekas-lekas bersiap untuk ke restoran Istana Bambu. Kami naik dua kereta pasal ahli keluarga yang ramai. Istana Bambu terletak dekat dengan jalan masuk ke Lebuhraya DUKE dekat Keramat. Terletak tak jauh dari tempat mistik dan misteri Highland Tower. Sampai-sampai aje kat situ kami yang baru first time sampai sangat teruja bila ternampak sawah padi. Macam kat kampung pedalaman aje pasal ada bendang. Mungkin beras yang ditanak dituai dari sawah kat sini kot. Kalau macam tu, tentu lama nak dapat order kalau nak makan nasi.
|
Pesanan telah dibuat. |
|
Menanti makanan tiba. |
|
Sawah bendang. Padi belum menguning lagi. |
|
Semua orang tak sabar menunggu pesanan tiba. |
|
Tempat ni sangat kekampungan. |
Adik aku yang dah agak biasa dengan restoran tu telah membuat pesanan barang-barang makanan yang dijangka enak dan berkhasiat. Yang lain-lain cuma order air minuman aje mengikut citarasa masing-masing. Seperti biasa, aku akan order air panas seperti teh tarik, kopi-o, nescafe panas, air tembikai panas, dan abc panas. Dan kami pun menantilah ketibaan makanan dengan penuh sabar.
|
Senibinanya juga hebat. |
|
Sabriena happy aje sepanjang berada di sini. |
|
"Satu Malaysia!" kata Sabriena. |
|
Sabriena minum air mangga. |
Dekat Istana Bambu ni ada band kugiran live yang terdiri dari empat jejaka hensem dan pandai bermain alat muzik. Mereka bawakan lagu-lagu santai aje. Alunan yang serba ringkas tu memang sesuai benar bila dipadankan dengan sahutan sang kodok dan cengkerik. Aku turut bernyanyi sama di tempat duduk aku bila mereka memainkan lagu-lagu lama - lagu generasi aku. Tapi aku nyanyi tak kuat. Sekadar untuk halua telinga aku aje. Band ni kalau tak silap aku cuma ada pada malam hari Sabtu aje rasanya.
|
Band sempoi tetapi sangat menghiburkan. Lagu-lagu yang dia nyanyi agak Nusantara sikit. |
|
Kolam yang aku nak pergi mancing satu hari nanti. |
Antara perkara yang menarik kat sini adalah seni lanskapnya. Ada kolam yang dipenuhi dengan pokok teratai dan keladi bunting. Aku nengok gaya kolam ni macam menyimpan khazanah berharga seperti haruan bagak, keli bagak, baung bagak, toman bagak, sebarau bagak dan kelah bagak. Tapi bila aku perhati betul-betul ke arah kolam ni, aku rasa ia turut menyimpan kerapu bagak serta jenahak bagak. Dan kemungkinan besar juga dihuni oleh layaran super bagak. Kalau aku bawak joran, sudah pasti aku akan menduga kolam ini, berumpankan siakap masak tiga rasa, pasti mangsa tak dapat menolak huluranku ini.
|
SIakap masak merah. Power jugak. |
|
Semua orang sedang khusyuk menikmati juadah. |
|
Banyak betul pinggan di atas meja. Maknanya banyak lauk-pauk yang di-order. |
Kami sangat-sangat teruja bila makanan sampai. Satu-satu kami rasa. Dan yang paling mengancam sekali ialah sotong masak dengan telur asin. Memang tak terfikir ada resipi yang macam ni. Sekali mencuba pasti nak lagi, dan lagi, dan lagi. Ayam masak gajus jugak sedap. Memang berselera sungguh. Sayur kailan dia jugak turut mengancam kedamaian negara. Malah nasi putihnya juga enak, seenak dan sesuci bayi yang baru dilahirkan melihat dunia. Falsafah, falsafah...
|
Nyomp nyomp nyomp... |
|
Sabriena bergurau dengan bibik. |
|
Emmmm chak! |
|
Wanie dah kenyang. Jadi dia kena kontrol senyum. |
|
Wanie tersenyum sebab dia terlalu gembira bila perutnya dah kenyang. |
|
Dessert special yang dipesan oleh Wanie. |
|
Wanie suapkan Amier aiskerim. |
|
"Sekarang kami akan menyanyikan lagu Sepohon Kayu sempena Ramadan yang mulia ini". |
|
"Sepohon kayu, dahannya rimbun..." |
Lepas makan, kami order dessert sambil mendengar pemuzik bernyanyi-nyanyi. Aku order kuih sagu makan dengan gula melaka. Tapi pulut mangganya sangatlah hebat. Bukan mangga sebarang mangga yang digunakan oleh chef di sini untuk dipadankan dengan pulut dari Chiengmai. Bukan mangga apple. Bukan jugak mangga pauh atau mangga sepat. Apatah lagi mangga muda. Tetapi chef di sini menggunakan mangga pagar yang besi tu. Ia bukanya sekadar sedap, tetapi jugak berkhasiat dan kaya dengan vitamin dan zat besi.
|
Semua ikan kat sini pemalu. Katak yang berani melompat keluar. |
|
Menikmati pulut mangga. |
Setelah makan dan kenyang, kami pun bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih jugak kepada adikku yang telah membelanja kami makan suatu makanan yang sangat enak. Kalau ada kesempatan, mungkin kami boleh repeat lagi ke tempat ni. Makanannya taklah murah. Kena kumpul duit dulu baru boleh berbelanja di sini. Dan kalau nak makan kat sini biarlah ada special occasion. Barulah terasa exclusive-nya. Okay, selamat makan!
|
Masa untuk pulang. |
|
Di pintu masuk restoran. |
|
Kita pulang sekarang. |
No comments:
Post a Comment