27 Julai 2014 - Kami ke AEON Jusco kat Setiawangsa semalam. Tujuannya nak beli baju raya untuk wife dan anak-anak. Beli baju raya aku sekalilah. Cari punya cari, dapatlah baju kurung sedondon anak beranak. Dan kami jugak ada beli baju kain pelikat untuk satu keluarga. Nanti bolehlah kami berboria masa balik kampung nanti. Lepas tu cari t-shirt collar pulak untuk Syahmie dan Amier.
Sewaktu nak memilih baju dan mencuba pakai, tetiba Syahmie panggil aku, "Papa, nengok sana tu". Aku pun tolehlah ke arah tempat yang ditunjukkan Syahmie. Ternampak kelibat seorang lelaki yang wajahnya iras-iras Ustaz Azhar Idrus. Lalu aku buat kajian, betul ke tu Ustaz Azhar, atau pun sekadar pelanduk dua serupa? Bila aku amat-amati mata, hidung serta especially janggut dia, maka confirm-lah yang itu adalah memang Ustaz Azhar Idrus yang popular tu. Lalu sambil mendukung Sabriena, aku pun melangkah laju menghala ke arah Ustaz Azhar yang berada kira-kira 25 meter dari aku. Tanpa segan silu aku terus menegur beliau, bersalaman dan bergambar dengannya. Dia tengah cari baju budak sebelum berangkat pulang ke Terengganu. Selepas bergambar dan bersapa ringkas, kami terus beredar dari situ. Itulah first time aku jumpa Ustaz Azhar secara live telecast. Selama ni cuma dengar kuliah dia melalui VCD dan YouTube aje.
Semasa di Jusco jugak aku terjumpa kawan-kawan lama aku yang dulu pernah kerja sepejabat dengan aku di Setiawangsa. Mereka adalah pasangan suami isteri Mail dan Yati. Sempat bersembang ringkas dan bertukar-tukar nombor telefon sebelum kami berpisah. Seronok betul malam semalam walaupun dalam suasana yang agak memenatkan.
Bergambar dengan seorang tokoh agama - Ustaz Azhar Idrus. |
No comments:
Post a Comment