25 Julai 2014 - Okay! Ini ada lagi kisah staff resign. Kawan ofis wife aku sorang lagi telah resign. Semalam dia kerja kat ofis lama untuk hari terakhir. Seperti rakan-rakan yang terdahulu, Suriza pun nak beralih angin jugak ke tempat yang baru. Semoga beliau cemerlang dan gembira di tempat kerja barunya.
Hari-hari ada saja perkara yang kita lihat, dengar, hidu, sentuh & rasa. Ada yang menyentuh hati walau pun hal itu cuma sekelumit kewujudannya. Lalu emosi kita tercorak mengikut rentak alunan sekitaran kita. Di sini adisarah akan berkisah tentang hal-hal itu. Dan bak kata jiran sebelah rumahku, "lu tutuk tiam-tiam baca senang hati aahh... Apa lagi mau susah?"
m y f a m i l y
Friday, July 25, 2014
Shopping baju raya dengan Ustaz Azhar Idrus
27 Julai 2014 - Kami ke AEON Jusco kat Setiawangsa semalam. Tujuannya nak beli baju raya untuk wife dan anak-anak. Beli baju raya aku sekalilah. Cari punya cari, dapatlah baju kurung sedondon anak beranak. Dan kami jugak ada beli baju kain pelikat untuk satu keluarga. Nanti bolehlah kami berboria masa balik kampung nanti. Lepas tu cari t-shirt collar pulak untuk Syahmie dan Amier.
Sewaktu nak memilih baju dan mencuba pakai, tetiba Syahmie panggil aku, "Papa, nengok sana tu". Aku pun tolehlah ke arah tempat yang ditunjukkan Syahmie. Ternampak kelibat seorang lelaki yang wajahnya iras-iras Ustaz Azhar Idrus. Lalu aku buat kajian, betul ke tu Ustaz Azhar, atau pun sekadar pelanduk dua serupa? Bila aku amat-amati mata, hidung serta especially janggut dia, maka confirm-lah yang itu adalah memang Ustaz Azhar Idrus yang popular tu. Lalu sambil mendukung Sabriena, aku pun melangkah laju menghala ke arah Ustaz Azhar yang berada kira-kira 25 meter dari aku. Tanpa segan silu aku terus menegur beliau, bersalaman dan bergambar dengannya. Dia tengah cari baju budak sebelum berangkat pulang ke Terengganu. Selepas bergambar dan bersapa ringkas, kami terus beredar dari situ. Itulah first time aku jumpa Ustaz Azhar secara live telecast. Selama ni cuma dengar kuliah dia melalui VCD dan YouTube aje.
Semasa di Jusco jugak aku terjumpa kawan-kawan lama aku yang dulu pernah kerja sepejabat dengan aku di Setiawangsa. Mereka adalah pasangan suami isteri Mail dan Yati. Sempat bersembang ringkas dan bertukar-tukar nombor telefon sebelum kami berpisah. Seronok betul malam semalam walaupun dalam suasana yang agak memenatkan.
Bergambar dengan seorang tokoh agama - Ustaz Azhar Idrus. |
Labels:
aidilfitri,
azhar idrus,
jusco,
ramadhan,
shopping,
ustaz
Wednesday, July 23, 2014
Istana Bambu tempat bersantap
17 Mei 2014 - Sempena Hari Ibu, Hari Bonda, Hari Emak, adik aku ajak semua orang makan kat luar pada hari ni. Adik aku suruh mak aku pilih tempat. Pening jugak mak aku nak cari idea nak makan kat mana. Semua ahli rumah dia tanya. Semua orang bagai kehabisan idea. Akhirnya terdetik dalam fikiran mak aku nak pergi makan kat Istana Bambu. Lagi pun tempat tu terletak tak jauh sangat dari rumah kami. Semua orang setuju dengan cadangan yang sangat bernas itu.
Baru sampai restoran yang cantik ini. |
Menunggu makanan dalam kebosanan. |
Meraikan ibuku pada malam ini. |
Sabriena bersama bibik. |
Lepas solat maghrib, kami lekas-lekas bersiap untuk ke restoran Istana Bambu. Kami naik dua kereta pasal ahli keluarga yang ramai. Istana Bambu terletak dekat dengan jalan masuk ke Lebuhraya DUKE dekat Keramat. Terletak tak jauh dari tempat mistik dan misteri Highland Tower. Sampai-sampai aje kat situ kami yang baru first time sampai sangat teruja bila ternampak sawah padi. Macam kat kampung pedalaman aje pasal ada bendang. Mungkin beras yang ditanak dituai dari sawah kat sini kot. Kalau macam tu, tentu lama nak dapat order kalau nak makan nasi.
Pesanan telah dibuat. |
Menanti makanan tiba. |
Sawah bendang. Padi belum menguning lagi. |
Semua orang tak sabar menunggu pesanan tiba. |
Tempat ni sangat kekampungan. |
Adik aku yang dah agak biasa dengan restoran tu telah membuat pesanan barang-barang makanan yang dijangka enak dan berkhasiat. Yang lain-lain cuma order air minuman aje mengikut citarasa masing-masing. Seperti biasa, aku akan order air panas seperti teh tarik, kopi-o, nescafe panas, air tembikai panas, dan abc panas. Dan kami pun menantilah ketibaan makanan dengan penuh sabar.
Senibinanya juga hebat. |
Sabriena happy aje sepanjang berada di sini. |
"Satu Malaysia!" kata Sabriena. |
Sabriena minum air mangga. |
Dekat Istana Bambu ni ada band kugiran live yang terdiri dari empat jejaka hensem dan pandai bermain alat muzik. Mereka bawakan lagu-lagu santai aje. Alunan yang serba ringkas tu memang sesuai benar bila dipadankan dengan sahutan sang kodok dan cengkerik. Aku turut bernyanyi sama di tempat duduk aku bila mereka memainkan lagu-lagu lama - lagu generasi aku. Tapi aku nyanyi tak kuat. Sekadar untuk halua telinga aku aje. Band ni kalau tak silap aku cuma ada pada malam hari Sabtu aje rasanya.
Band sempoi tetapi sangat menghiburkan. Lagu-lagu yang dia nyanyi agak Nusantara sikit. |
Kolam yang aku nak pergi mancing satu hari nanti. |
Antara perkara yang menarik kat sini adalah seni lanskapnya. Ada kolam yang dipenuhi dengan pokok teratai dan keladi bunting. Aku nengok gaya kolam ni macam menyimpan khazanah berharga seperti haruan bagak, keli bagak, baung bagak, toman bagak, sebarau bagak dan kelah bagak. Tapi bila aku perhati betul-betul ke arah kolam ni, aku rasa ia turut menyimpan kerapu bagak serta jenahak bagak. Dan kemungkinan besar juga dihuni oleh layaran super bagak. Kalau aku bawak joran, sudah pasti aku akan menduga kolam ini, berumpankan siakap masak tiga rasa, pasti mangsa tak dapat menolak huluranku ini.
SIakap masak merah. Power jugak. |
Semua orang sedang khusyuk menikmati juadah. |
Banyak betul pinggan di atas meja. Maknanya banyak lauk-pauk yang di-order. |
Kami sangat-sangat teruja bila makanan sampai. Satu-satu kami rasa. Dan yang paling mengancam sekali ialah sotong masak dengan telur asin. Memang tak terfikir ada resipi yang macam ni. Sekali mencuba pasti nak lagi, dan lagi, dan lagi. Ayam masak gajus jugak sedap. Memang berselera sungguh. Sayur kailan dia jugak turut mengancam kedamaian negara. Malah nasi putihnya juga enak, seenak dan sesuci bayi yang baru dilahirkan melihat dunia. Falsafah, falsafah...
Nyomp nyomp nyomp... |
Sabriena bergurau dengan bibik. |
Emmmm chak! |
Wanie dah kenyang. Jadi dia kena kontrol senyum. |
Wanie tersenyum sebab dia terlalu gembira bila perutnya dah kenyang. |
Dessert special yang dipesan oleh Wanie. |
Wanie suapkan Amier aiskerim. |
"Sekarang kami akan menyanyikan lagu Sepohon Kayu sempena Ramadan yang mulia ini". |
"Sepohon kayu, dahannya rimbun..." |
Lepas makan, kami order dessert sambil mendengar pemuzik bernyanyi-nyanyi. Aku order kuih sagu makan dengan gula melaka. Tapi pulut mangganya sangatlah hebat. Bukan mangga sebarang mangga yang digunakan oleh chef di sini untuk dipadankan dengan pulut dari Chiengmai. Bukan mangga apple. Bukan jugak mangga pauh atau mangga sepat. Apatah lagi mangga muda. Tetapi chef di sini menggunakan mangga pagar yang besi tu. Ia bukanya sekadar sedap, tetapi jugak berkhasiat dan kaya dengan vitamin dan zat besi.
Semua ikan kat sini pemalu. Katak yang berani melompat keluar. |
Menikmati pulut mangga. |
Setelah makan dan kenyang, kami pun bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih jugak kepada adikku yang telah membelanja kami makan suatu makanan yang sangat enak. Kalau ada kesempatan, mungkin kami boleh repeat lagi ke tempat ni. Makanannya taklah murah. Kena kumpul duit dulu baru boleh berbelanja di sini. Dan kalau nak makan kat sini biarlah ada special occasion. Barulah terasa exclusive-nya. Okay, selamat makan!
Masa untuk pulang. |
Di pintu masuk restoran. |
Kita pulang sekarang. |
Labels:
dinner,
family,
food,
food review,
mother,
mothers day,
restaurant
Tuesday, July 22, 2014
Rosman resign
18 Julai 2014 - Sorang lagi rakan sepejabat wife aku berhenti kerja pada hari ini. Rosman berniat nak bertukar angin. Bukan tukar angin ke negara sejuk. Bukan jugak bertukar angin ke negara panas macam Al-Arabia. Tapi bertukar angin aircond kat pejabat lain. Gambar ni aku lukis pada tahun 2010 dulu. Tak sempat nak buat yang baru. Sekarang Rosman dah lebih hensem gamaknya. Semoga beliau lebih berjaya di syarikat baru yang disertainya. Amin.
Faiz resign
18 Julai 2014 - Hari ni merupakan hari last bagi Faiz, boss wife aku bekerja di ofis. Dia berhenti dari ofis tu sebab nak berniaga sendiri bersama suaminya. Dengar khabarnya akan terlibat dalam perniagaan macam resort. Semoga usahanya selepas ni beroleh kejayaan. Amin.
Thursday, July 17, 2014
Pernikahan Azfar-Wani: Lepas kahwin barulah makan
Bahagian7 (Akhir)
Bersapa sudah. Bernikah pun sudah. Bersentuhan sudah. Bergambar juga sudah. Yang belum hanyalah menjamu selera bersama keluarga besar. Selepas solat asar berjemaah, kami dijemput oleh pihak pengantin perempuan untuk ke suatu ruang di sisi masjid, untuk menjamu selera seadanya. Kami dijamu dengan makanan ringan seperti bihun, mi dan kuih muih. Maka kami pun makanlah makanan yang dihidangkan di atas meja makan. Memang cukup berselera sekali.
Pakcik Udin dah selesai makan. Pakcik Tahar sedang sibuk makan. Kedua-dua pakcik ni ialah pakcik aku dan Pa. |
Pakcik Udin dah siap lap mulut. |
Isteriku bersama kakak Pa -Wati. |
Pakcik Rizali sedang mendengar cerita ayah Wani. |
Cerita ayah Wani mengingatkan Pakcik Rizali kisah di zaman Jepun dahulu. |
Pakcik Rizali sangat teruja menerima menantu yang kedua. |
Kesempatan ini turut kami gunakan untuk lebih mengenali kaum kerabat pengantin perempuan dengan berborak sakan secara mesra. "Awak ni siapa?" "Saya ni ayah pengantin perempuan. Awak ni pulak siapa?" "Saya ni ayah pengantin lelaki". "Ooooohhh... kita ni besanlah ya?" "Yalah. Tak sangka kan?"
Ayah Wani. |
Sedang asyik bersembang sambil makan minum. |
Berdebat mengenai nasib Neymar yang ditujah pertahanan Colombia. |
Sembang pasal badminton pulak. |
"Van Persie punya tandukan masa lawan Spain tu memang paling hebat. Macam kerbau tanduk batang kelapa". |
"Tapi gigitan Suarez lagi kaw. Saling tak tumpah macam gigitan Dracula!" |
Keluarga sepupuku - Hisham. |
Dua orang sepupu lagi - Hakim Yang Arif dan Anis Yang Manis. |
"Jom kita sembang pasal team Costa Rica pulak. Siapa yang setuju?" |
Selepas makan secara ala kadar, kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Besoknya pengantin nak bersanding pulak. Kena cukup rest. Mak ayah pengantin jugak akan jadi sibuk menyambut tetamu. Memang semua orang kena cukup rehat. Besok adalah hari yang memenatkan untuk kaum keluarga pengantin. Kami ucapkan selamat tinggal dan tahniah kepada pasukan kegemaran kami - German pasal menang bola sepak Piala Dunia!
Sekian.
Dah puas bersembang. Masa untuk makan pulak. |
Subscribe to:
Posts (Atom)