m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, June 12, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Tetamu dan habuan kanak-kanak

Bahagian 9

Kita dah fokus pada pengantin. Apa kata sekarang kita fokus pada hadirin dan hadirat yang datang pulak. Tentulah yang ramai ada kat dewan tu terdiri dari kaum keluarga dan sahabat handai. Orang asing yang tak dikenali ada jugak, tapi tak ramai. Makluk asing pun ada jugak. Kebanyakannya datang dari planet Musytari dan Zuhal. Semua berpakaian cantik dan kemas, segak dan tampan, lawa dan anggun. Wajah masing-masing dihias dengan seri kilauan yang menyegarkan.

Koas dan Wawan memerhatikan gelagat pengantin di atas pentas.
Salah sorang adik Kois, Suraya mendukung Sofia.
Adik-adik sepupu Kois - Azira dan Nicha.
Ada satu acara yang tak boleh nak dilupakan. Itulah acara membaling gula-gula kepada anak-anak kecil. Ini budaya lama ni. Kekadang ada baling duit siling. Ada jugak sesetengah orang baling mainan budak-budak. Kalau yang kaya sikit tu, dia baling duit kertas. Sekeping RM50. Dan yang paling extreme yang aku pernah nengok, baling durian Musang King. Kena kepala tetamu siap berdarah-darah lagi, kena panggil ambulan. Tak kisahlah nak baling apa pun. Yang penting ini budaya sesaja nak bagi meriah, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Aku ada diberi tahu, plan asal sebenarnya pengantin nak baling perkakas-perkakas rumah macam peti ais, mesin basuh, tv, komputer, sofa dan kipas siling. Tapi takut berseleraklah pulak dewan tu nanti, pasal barang-barang tu semua besar-besar. Last-last tukar jadi gula-gula ajelah. Punyalah seronok aku nengok budak-budak mengumpul gula-gula dan memasukkan ke dalam kocek masing-masing sampai membuncit poket seluar mereka. Mak bapak turut gembira dan terhibur.

Pengerusi majlis, En Azhar sedang memanggil kanak-kanak untuk turut serta dalam acara mengutip gula-gula.
Brader kecil pakai baju kotak-kotak ni sedang menyusun strategi cara-cara nak dapatkan gula-gula paling banyak.
Sedang mendengar taklimat pasal peraturan merebut gula-gula.
Amier, Mukamil dan Saleh turut serta dalam acara ini.
Amier mendapat sedikit tips dari mamanya.
Pengantin bersedia untuk membaling gula-gula.
Satu, dua, baling!!!
Turut hadir dalam upacara mengutip gula-gula yang jatuh dari langit ini ialah kanak-kanak dari seluruh pelusuk dunia, termasuklah dari Afrika, Amerika Selatan dan Asia Barat. Diberitakan kanak-kanak yang dapat pailing banyak gula-gula telah mula rongak gigi mereka kerana memakan gula-gula yang diperolehi mereka setiap hari, setiap waktu. Upacara membaling dan mengutip gula-gula berjalan lancar dan wajah ceria kanak-kanak terpancar jelas pada setiap diri yang terlibat.

Bersambung...

Kanak-kanak mengutip gula-gula.
Brader pakai baju kotak-kotak ni sangat berpuas hati pasal dapat gula-gula paling banyak sekali.
Anak-anak yang kecil yang tak mampu bersaing dengan kengkawannya yang bertubuh besar telah diberi terus dari tangan pengantin.
"Nah, amek! Hari ini saya mau keluarkan zakat", kata Kois.
Semua orang happy!

1 comment:

  1. Hai, Puan Sarah Atan pun turut sama kutip gula-gula juga? :)

    ReplyDelete