m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 4, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Makan makanan spesel

Bahagian 6

Kita sambung kisah lama pasal persandingan Hazwan a.k.a. Kois dan Eida. Selepas puas bersanding, dan puas ditepung tawar dan direnjis-renjis, sudah pastilah kedua mempelai ini dilanda kelaparan yang amat sangat. Mengalahkan orang-orang Afrika di Eithopia, Sudan dan Congo. Dan kedua pengantin pun dijemputlah untuk turun dari takhta pelamin sejenak, untuk ke meja santapan. Kat meja makan telah tertulis satu notis, "Reserve For One Day King & Queen Only". Maknanya yang bukan Raja Sehari tak boleh makanlah. Maka duduklah Kois dan Eida berdua orang aje kat sisi meja tu. Tak syoklah pulak kalau makan cuma berdua orang. Maka dibuanglah notis tadi, dan diajaklah pengapit bodyguard dan saudara-mara terdekat untuk makan bersama. Barulah meriah!

Bersedia untuk makan beradab.
Menanti ketibaan nasi.
Saudara-mara yang menemani pengantin makan di meja pengantin.
Pak Long Zai dan Pian-Aniza turut join pengantin.
Aku nengok kat atas meja ada macam-macam lauk dihidangkan. Ada ayam golek, ada ikan ternganga masak sweet sour, ada daging lembu masak rendang seribu rempah, dan yang paling menarik perhatian umum ialah masakan udang panjat nanas. Tapi korang jangan pulak tak tau. Udang panjat nanas bukanlah menu yang paling terhebat sekali untuk dijamu kepada pengantin. Yang lebih hebat lagi ialah masakan 'udang panjat dinding dewan'. Dan yang lebih hebat lagi dari tu ialah masakan 'udang panjat siling dewan'. Nak makan udang tu siap kena ambil galah setinggi pokok kelapa. Jolok-jolok, baru dapat makan! Itulah masakan terhebat dan paling mencabar yang dihidangkan kepada pengantin.

Nasi dah dicedok. Tengah buat countdown sebelum boleh makan.
Semua orang dah tak sabar nak makan.
Tapi masih belum boleh makan lagi.
Sebab apa tak boleh makan lagi?
Sebab juru gambar banyak sangat nak ambil gambar dululah, nak inilah, nak itulah...
Ngap! Terus makan. Alamak! Terlupa pulak nak baca Bismillah.
Menikmati makanan dengan penuh waspada.
Abang Zai, Aniza, Popia dan Pian sedang menjamu selera.
Tetiba ada orang menjerit, "Nengok! Aaron Aziz jalan dengan Neelofa!!" Dan semua orang berpaling ke arah yang ditunjukkan.
Oh! Itu cuma teriakan palsu. Jom sambung makan balik.
Ada orang jerit lagi, " Nengok! Pengantin datang naik jet peribadi" Dan semua menoleh ke arah yang ditunjukkan. Malah pengantin pun turut berpaling sama.
Macam biasalah, pengantin kalau makan kena kontrol macho dan kontrol ayu. Barulah pengantin namanya. Walau perut selapar mana pun, makan tak boleh gelojoh. Sebiji nasi perlu dikunyah 40 kali sebelum ditelan. Bayangkanlah kalau seratus biji nasi. Kena mengunyah 4000 kali. Banyak kali tu! Tapi itulah adat makan di meja pengantin yang telah diajar oleh datuk moyang kita dulu. Aku nengok semua jemputan yang makan kat meja pengantin makan dengan penuh berselera sekali. Habis lauk pauk kat pinggan. Tak tertinggal walau sedikit pun untuk kami yang berada kat meja umum. Malah kari kepala gajah pun habis licin dibedal pengantin dan konco-konconya. Cuma tinggal tulang dan gading aje. Tapi tak kisahlah. Dulu masa aku jadi pengantin pun, aku bedal semacam aje semua makanan yang terhidang. Sebiji nasi atau setitik kuah pun aku tak tinggalkan untuk orang belakang. Maklumlah, masa tu kitalah Raja! Ha ha ha ha ha... (ketawa jahat).

Bersambung...

"Cuba rasa budu ni. Agak-agak berapa lama dia peram, ya?"
"Tahniah kawan, kerana telah berjaya dalam PRU ke-13 kali ni".
"Tahniah, tahniah! Kalau dah dapat baby jangan lupa bagi tau I".

No comments:

Post a Comment