Bahagian 7
Entah kenapa, aku nampak acara memotong kek ni macam satu acara yang paling dinanti-nantikan oleh para hadirin. Mungkin sebab mereka mengharap dapat makan sepotong dua kek pengantin yang bertingkat-tingkat tu kot. Itu pun kalau pengantin nak bagi kat semua orang. Kalau pengantin kata dia nak tapau bawak balik rumah, alamat kempunanlah semua tetamu yang mengharapkan sangat dapat merasa keenakan kek tu.
|
Melangkah menuju kek dengan tahap konfiden yang sangat tinggi. |
|
Bersedia untuk memotong kek tingkat. |
Pengantin Kois dan Eida pun akhirnya dijemputlah oleh tuan pengacara majlis untuk ke atas pentas sekali lagi bagi upacara memotong kek bertingkat. Kalau potong kek setingkat, diorang tu semua memang dah biasa. Tapi kalau potong kek beritngkat, kira agak luar biasalah sikit. Pengantin diberi pilihan, nak potong kek pakai pisau daging ke, atau pisau buah ke, atau pedang samurai ke, atau pedang askar ke, atau keris ke, atau pun gergaji. Malah kalau nak karate kek tu pakai tangan pun boleh. Setelah pengantin Kois dan Eida puas berbincang suami isteri, barulah keputusan dibuat. Mereka memutuskan untuk memotong kek menggunakan pisau kek yang cantik. Okay, set! Dan dengan lafaz Bismillah, terpotonglah kek tu. Terbelah menjadi dua.
|
"Keras betul kek ni", kata Kois. |
|
Eida: "Alamak! Kek ni dah senget!" Kois: "Bukaaaannn... Kek ni tak senget. Lensa kamera tu yang senget". |
|
Eida: "Kita nak kena habiskan kek ni sekarang jugak ke?" Kois: "Saya dah kenyang. Kita tapau ajelah". |
Masa potong kek tu, cukup ramai para hadirin yang tampil ke hadapan untuk mengambil gambar kejadian yang sangat memberi erti kepada semua hadirin. Bila kek dah dipotong, berlakulah adegan suap menyuap kek ke dalam mulut pulak. Mula-mula Kois suap kek ke mulut Eida. Lepas tu Eida suap kek ke mulut Kois. Lepas tu Kois suap kek ke mulut pengapit lelaki. Lepas tu Eida suap kek ke mulut pengapit perempuan. Lepas tu pengapit lelaki suap kek ke cleaner dewan. Lepas tu pengapit perempuan suap kek ke budak maintenance. Dan lanjut-berlanjut, dan terus-menerus acara menyuap kek ni. Hinggalah semua kek habis licin disuap ke pelbagai mulut manusia.
|
"Nah! Makan kek ni". |
|
"Makan lagi. Makan sampai habis". |
|
"Nah! Amekau! Awak pulak makan. Nak sangat tadi kan?" |
|
"Seeeeedddaaaaaaapppp sangat kek ni. Korang semua jangan jeles. Kek ni we all yang punya", kata Kois. |
Bila selesai aje sessi bersama kek, semua hadirin bagaikan lega kerana acara telah pun habis. Ada jugak yang terkilan kerana tak dapat makan kek. Untuk mengelakkan dari rasa kempunan, tiang kek tingkat tu yang diambil dan dimakan sampai licin. Kami ingat itu saja acara untuk hari tu, rupanya ada lagi acara lain. Kini tiba pulak acara berucap. Siapakah yang berucap? Apakah yang diucapkan? Ikutilah sambungannya nanti.
Bersambung...
|
Okay, final shot untuk kek. |
|
Berebut-rebut nak ambil gambar kek. Bukan gambar pengantin. |
|
Syafiq: "Wah! Kek ni memang nampak menyelerakan sekalilah!" |
|
"Eh! Pengantin dah belah. Jom kita rembat kek ni", kata juru kamera. |
No comments:
Post a Comment