m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, March 4, 2022

Festival Teater Malaysia 2018: Keputusan - Mono teater 2

Bahagian 3

21 Oktober 2018 - Setelah semua persembahan selesai, para pelakon dan semua yang telah membuat persembahan sepanjang minggu Festival Teater Malaysia 2018 pun berkumpullah di atas pentas. Cenderahati diberikan kepada mereka tanda penghargaan. Tahniah buat semua yang telah memberikan pengisian yang hebat pada minggu festival ini.

Berbaris di atas pentas selepas tamat persembahan.

Antara yang berada di atas pentas - Dato' Ahmad Tamimi, Ibu Fauziah, Saudara Sani Sudin dan Saudara Roslan Madun.

Semakin ramai memenuhi ruang pentas.

Termasuk mereka yang telah membuat persembahan sepanjang minggu festival.

Bersabar menanti di atas pentas.

Salman Al-Farisi sebagai pengacara majlis.

Saudara Amran Nasrudin naik ke pentas menyertai yang lain.

Cenderahati akan disampaikan sebentar lagi.

Dato' Ahmad Tamimi Siregar memperoleh cenderahatinya.

Ibu Fauziah Nawi juga menerima sebingkis cenderahati.

Seterusnya Saudara Mubarak Majid.

Diikuti oleh (Mendiang) Saudara Rama.

Dan Saudara Anwar Pisang.

Kemudian Saudari Chi Azim.

Dan Saudara Marup Mustapah.

Diikuti oleh Saudara Sani Sudin.

Yang berasa sangat gembira memperolehinya.

Kemudian Saudara Roslan Madun pula menyusul.

Sesi penyampaian cenderahati hampir selesai.

Bergambar bersama-sama.

Buat kenang-kenangan.

Para penonton turut menghargai mereka dengan menghadiahkan kepada mereka tepukan gemuruh dan senyuman kepuasan. Sebentar lagi kami semua akan ke auditorium utama untuk ke majlis penutup Festival Teater Malaysia 2018. Kita berehat di sini sebentar. Masih ada sedikit masa lagi. Selepas solat maghrib, kita akan serbu ke pintu masuk auditorium utama dengan berpakaian formal bagai menghadiri majlis Academy Award.

Bersambung...

Penonton masih setia di auditorium.

Kelihatan Abang Rasdi bersama teman-teman lain.

Tuan Badrul bersama Tuan Zakaria dan Tuan Haji Kamarul.

Masing-masing memegang buku cenderahati.

Abang Mubarak dengan cenderahati yang baru diperolehinya sebentar tadi.

Saudara Rahim Jailani terus duduk di barisan ini.


No comments:

Post a Comment