Bahagian 2
21 Oktober 2018 - Malam ini adalah malam penuh makna bagi penggiat dan penggemar teater. Malam ini akan diumumkan pemenang Festival Teater Malaysia 2018. Tapi, sebelum acara kemuncak dilangsungkan di auditorium utama, aku telah ke auditorium kedua bagi menyaksikan persembahan mono teater dan beberapa persembahan lain dari penggiat-penggiat teater yang hebat. Aku masuk sedikit lewat, namun berjaya mendapatkan tempat duduk yang agak selesa yang memudahkan aku untuk mengambil gambar ketika persembahan berlangsung nanti.
Bermula dengan satu persembahan sempena tribute kepada Almarhum Khalid Salleh. Tajuk persembahan - Namaku Asih. Idea, susunan puisi dan arahan Roslan Madun. Persembahan yang ringkas, tetapi sangat mengesankan.
Teater "Namaku ASIH" adalah tribut buat Almarhum Khalid Salleh. |
Arahan Raja Syair Nusantara - Roslan Madun. |
Persembahan akan bermula sebentar lagi. |
Pembukaan adegan. |
Membaca warkah. |
Bicara apa? |
Berkisah tentang sesuatu. |
Dua sahabat. |
Saling cuba memahami. |
Menghayati. |
Dan menyampaikan. |
Meluah rasa. |
Menabur sampah? |
Ditegur teman. |
Suasana yang tak pasti. |
Raja Syair bersyair. |
Membuai perasaan. |
"Sekiahlah persembahan tadi. Dan kini ke persembahan selanjutnya..." |
Mono drama oleh Ibu Fauziah Nawi. |
Berkisah tentang masa silamnya bersama Almarhum Khalid Salleh. |
Memukau. |
Kini giliran Dato' Ahmad Tamimi Siregar. |
Mendendangkan lagu. |
Dengan suara yang merdu. |
Dan lantas berkisah. |
Secara santai. |
Dan bersahaja. |
Mendendangkan lagu karya Almarhum Ismail Marzuki. |
Lunak suara Dato' Ahmad Tamimi. |
Mendeklamasi puisi Rendra. |
Penuh emosi. |
Ke puisi karya Dato' Dr Usman Awang. |
Merenung wajah Sasterawan Negara. |
Kembali berkisah. |
Tribut Almarhum Khalid Salleh. |
Selesai. |
No comments:
Post a Comment