m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, March 6, 2022

Festival Teater Malaysia 2018: Keputusan - Pembuka tirai

Bahagian 4

21 Oktober 2021 - Selesai sudah persembahan mono drama dan sketsa tribute buat Almarhum Khalid Salleh di auditorium kedua. Akhirnya pintu utama ke auditorium besar Matic pun dibuka. Sesiapa yang mempunyai pas khas dibenarkan masuk. Aku juga masuk dengan memakai blazer hitam bagi mematuhi kod pakaian untuk menyaksikan upacara penutup Festival Teater Malaysia 2018. Aku duduk di kerusi belakang, sambil tanganku memegang kamera. Takkan terlepaskan.

Pentas masih kosong. Fokus pada screen.

Iklan dulu tentang persembahan yang bakal dipertontonkan kepada khalayak.

Produksi Pat Ibrahim Project Entertainment.

Lagu Negaraku dialunkan. Semua perlu berdiri menghormati.

Lagu Negaraku masih lagi dipasang.

Persembahan pembukaan.

Yang agak menghiburkan.

Dan sangat energetik.

Tarian yang penuh warna-warni.

Sebelum keputusan pertandingan teater diumumkan, beberapa persembahan telah dipertontonkan kepada hadirin dan hadirat. Kemudian Ketua Juri Festival Teater Malaysia (FTM) 2018 - YBhg. Prof Dr Mohamad Hatta Azad Khan dijemput ke pentas untuk memberikan ulasan terhadap persembahan kumpulan-kumpulan teater yang bertanding di festival teater tahun 2018. Panjang lebar ulasan Prof. Dr Hatta. Dan aku kini memahami apa yang dilihat dan dinilai oleh pihak juri. Mungkin ada segelintir yang mempunyai pendapat yang berbeza. Memanglah, penilaian itu sangat subjektif sifatnya. Namun aku lebih cenderung untuk menerima ilmu ini dengan hati terbuka. Selain Prof Dr Hatta Azad Khan, dua orang juri lain ialah Puan Aminah Raphor dan Puan Soosan Hoh.

Ulasan persembahan oleh ketua juri - Prof Dr Hatta Azad Khan.

Jelas dan difahami kontennya.

Dijemput Saudara Jalil Hamid dan Puan Sri Tiara Jaquelina.

Sinografi terbaik jatuh kepada...

Mat Derih Kola Perlih!!!

Penyampai hadiah pemenang yang pertama dijemput ialah Saudara Jalil Hamid dan Puan Sri Tiara Jaquelina. Berikut adalah sebahagian daripada keputusan yang telah diumumkan oleh kedua penyampai itu:

- Sinografi Terbaik - "Mat Derih Kola Perlih"
- Pelakon Harapan Lelaki - "Muhamad Aidil Rosli (Warga S)"
- Pelakon Harapan Wanita - "Nesa Idrus (Mat Derih Kola Perlih)"

Wakil mengambil hadiah.

Hadiah yang agak lumayan.

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dari teater Warga S.

Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

Nesa idrus dari teater Mat Derih Kola Perlih.

Tahniah buat pemenang.

Gembira dengan kemenangan ini.

Seterusnya majlis menjemput Saudara Rosli Rahman Adam dan Puan Eliza Mustafa untuk ke pentas bagi mengumumkan nama pemenang serta menyampaikan hadiah yang selanjutnya. Keputusan pemenang yang telah diumumkan ialah:

- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - "Shahru Al Aziza Bakri (Metamorfosa Kosong)"
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - "Noor Idlah Abdul Halim (Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi)"

Dan banyak lagi keputusan yang akan diumumkan oleh tokoh teater jemputan selepas ini. Tunggu...

Bersambung...

Penyampai selanjutnya ialah Saudara Rosli Rahman Adam dan Puan Eliza Mustafa.

Pengumuman akan dibuat sebertar saja lagi.

Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi oleh Shahru Al Aziza Bakri (Metamorfosa Kosong).

Hadiah disampaikan kepada pemenang.

Puan Noor Idlah Abdul Halim pula naik ke atas pentas.

Terpilih sebagai pelakon pembantu wanita terbaik FTM 2018.

Tahniah!


No comments:

Post a Comment