m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 22, 2022

Festival Teater Malaysia 2018: Keputusan - Yang terbaik!

Bahagian 5

21 Oktober 2018 - Beberapa keputusan awal telah pun diketahui, dan hadiah telah pun disampaikan kepada pemenang. Selain pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah, turut diselitkan selingan persembahan tarian dari penari-penari jemputan yang telah menggayakan persembahan yang hebat dan penuh warna-warni serta dinamik. Penonton semakin terhibur walau hati berdebar menanti keputusan yang masih belum diumumkan.

Persembahan tarian sedang berlangsung.

Sangat meriah.

Anak-anak cilik yang membuat persembahan.

Cantik tersusun.

Sangat berdisiplin.

(Mendiang) Saudara Rama sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pelakon Lelaki Terbaik - Mohd Fazreen Mohd.

Hadiah kemenangan disampaikan - RM2,000.00.

Antara yang dijemput untuk mengumumkan pemenang dan menyampaikan hadiah ialah (Mendiang) Saudara Rama dan Saudara Taufiq Hanafi. Mereka mengumumkan dua kategori utama iaitu:

- Pelakon Lelaki Terbaik - "Mohd Fazreen Mohd" (Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi)
- Pelakon Wanita Terbaik - "Najua P. Ramlee" (Asmara Ra)

Tokoh teater seterusnya yang telah dijemput untuk mengumumkan nama-nama pemenang ialah Saudara Lokman Ghani dan Puan Soosan Hoh. Mereka mengumumkan kategori berikut:

- Anugerah Khas Juri - "Mat Derih Kola Perlih"
- Pengarah Terbaik - "Syafiq Syazim (Pengarah teater Mat Derih Kola Perlih)"

Sejurus selepas pengumuman ini, sebuah persembahan puisi - Ensemble Puisi Usman Awang dipertontonkan kepada hadirin dan hadirat.

Saudara Taufiq Hanafi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pelakon Wanita Terbaik - Najua P. Ramlee.

Saudara Lokman Ghani dan Puan Soosan Hoh pula menyampaikan hadiah.

Hadiah Khas Juri.

Dimenangi oleh teater Mat Derih Kola Perlih.

Pengarah Terbaik - Saudara Syafiq Syazim.

Hadiah disampaikan oleh Saudara Lokman Ghani.

Persembahan Ensemble Puisi Usman Awang.

Puisi Pahlawan Kemerdekaan.

Puisi Pak Utih.

Puisi Bunga Popi.

Puisi Merpati Putih, Jelajahlah Dunia Ini.

Persembahan puisi masih berlangsung.

Sesudah persembahan Ensemble Puisi Usman Awang selesai, majlis menjemput dua orang lagi tokoh teater untuk mengumumkan pemenang yang seterusnya pula. Antara yang dijemput ialah Dato' Ahmad Tamimi Siregar. Dua keputusan telah diumumkan:

- Tempat Ketiga - "Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi"
- Naib Johan - "Asmara Ra"

Slot belasungkawa mengingati tokoh-tokoh teater yang telah kembali ke Rahmatullah kemudiannya menyusul. Antara yang dipaparkan termasuklah Almarhum Prof. Madya Dr. Abdul Samat Salleh, Almarhum Khalid Salleh, dan Almarhum Rahimidin Zahari. Bacaan surah Al Fatihah buat mereka.

Dato' Ahmad Tamimi Siregar menyampaikan hadiah.

Pemenang tempat ketiga.

Pemenang Naib Johan - teater Asrama Ra.

Slot belasungkawa.

Almarhum Prof. Madya Dr Abdul Samat Salleh.

Almarhum Khalid Salleh.

Masih slot belasungkawa.

Almarhum Rahimidin Zahari.

Majlis seterusnya menjemput Tan Sri Datuk Hajjah Norliza Rofli dan Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik untuk mengumumkan dan menyampaikan hadiah utama kepada para pemenang. Beberapa Anugerah Khas disampaikan kepada yang layak menerima. Dan selepas ini ada lagi keputusan besar yang akan diumumkan.

Bersambung...

Menjemput tetamu kehormat Tan Sri Datuk Hajjah Norliza Rofli.

Dan YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Menyampaikan Anugerah Khas FTM 2018.

Penerima anugerah naik ke pentas.

Tan Sri Datuk Hajjah Norliza menyerahkan anugerah.

"Terima kasih Tan Sri".

Tuan Sakrani Shamsuddin turut berada di pentas.


No comments:

Post a Comment