m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, March 29, 2022

Festival Teater Malaysia 2018: Keputusan - Kita makan dulu!

Bahagian 7

21 Oktober 2018 - Sekarang kita dah tau kumpulan teater mana yang telah menjadi Johan Festival Teater Malaysia 2018. Dan keputusan-keputusan yang lain juga telah turut diumumkan di auditorium utama sebentar tadi. Kini para tetamu telah mengarah diri masing-masing ke laman selera terbuka bersebelahan dengan auditorium utama. Sekarang ialah masa untuk makan!

Abang Lan Zailan, (Mendiang) Mr Rama dan Saudara Jamaludin Mat a.k.a. Abang Jem.

Eliza Mustafa juga ada di meja yang sama.

Masing-masing sedang menunggu saat yang sesuai untuk memulakan makan.

Makanan dalam mangkuk sedang menanti untuk dicurah kuah sup mendidih.

Merenung ke dalam air agar hilang dahaga di tekak.

Wap sup memberi sedikit haba bagi memanaskan tubuh di malam dingin ini.

Tan Sri Datuk Hajjah Norlliza turut berada di laman selera.

Begitu juga dengan Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Tuan Sakrani menceritakan kaedah membuat sup yang lazat.

Sempat pula Salman mendendangkan sebuah lagu berjudul Laukku Cukup Masin (Spider).

"Gabungan teh ais dan sup berlada memang sangat padu", kata Saudara Saiful.

Sup cendawan dari benua Afrika ini memang luar biasa enaknya.

Saudara Amran dan Saudara Mubarak sedang dibuai kelazatan sup cendawan ini.

Menjamu selera setelah menonton teater memang sangat ajaib nikmatnya.

Para juri, para tetamu VIP serta para penggiat teater dan peminat teater semuanya berkumpul di sini. Masa itu belum ada pandemik. Belum ada penjarakan fizikal. Belum perlu pakai pelitup separuh muka. Maka kami pun berasak-asaklah. Duduk di mana saja yang boleh duduk. Kalau ada kerusi, duduklah di atas kerusi. Kalau ada tembok, duduklah di atas tembok. Yang tak dapat tempat duduk terpaksa berdiri atau mundar-mandir ke sana ke mari menegur sapa sesiapa saja yang ada di situ. Aku juga lebih banyak berjalan dari duduk, sambil mengambil gambar para tetamu pada malam itu.

Bersambung...

Duduk semeja - Rosli Rahman Adam, Lokman Ghani dan Rahim Zailani.

(Almarhum) Supra - sempat aku berkenalan dan berbual dengan insan yang sangat humble ini.

Di satu sudut dunia yang lain - perbincangan hangat di antara Ana, Abang Moel dan Chi Azim.

Di mana ada bangku, di situlah kami duduk.

Geng Sanggar.

Azri Iskandar menunjukkan hala ke arah KLCC untuk panduan semua.

Pak Kalam Hamidi sedang menceritakan satu rahsia agung kepada Saudara Zulkifli Ismail.

Abang Kamarul cuba mendengar apakah rahsia agung itu, sambil mencedok sup cendawan.

"Jangan habiskan sup cendawan dalam mangkuk", pesan Pak Kalam Hamidi.

Suasana menjadi senyap seketika. Krik krik krik...

Puan Soosan Hoh tiba-tiba terkenang kisah lampau.

Sup cendawan benua Afrika kini menguasai kerongkong para tetamu.

Sup cendawan yang enak ini perlu dihabiskan walau apa pun yang terjadi.


Monday, March 28, 2022

Festival Teater Malaysia 2018: Keputusan - Menanti sang juara!

Bahagian 6

21 Oktober 2018Tempat ketiga dan naib johan telah pun diketahui. Tinggal lagi Johan yang masih menjadi tanda tanya dan masih menjadi sebuah misteri Nusantara Antarabangsa. Tetapi sebelum keputusan kemuncak itu diumumkan, satu anugerah khas Festival Teater Malaysia 2018 sempena menghargai tokoh seni yang telah lama berjasa dalam bidang sastera telah diberikan kepada Pak Kalam Hamidi. 

Pak Kalam Hamidi telah dijemput naik ke pentas untuk menerima anugerah. Presiden Persatuan Teater Malaysia, Tuan Sakrani Shamsuddin mengiringi. Anugerah telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Hajjah Norliza Rofli, dan sebuah tengkolok telah dipakaikan ke atas kepala Pak Kalam Hamidi oleh Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Anugerah Khas.

Pak Kalam Hamidi.

Tokoh sastera.

Pak Kalam Hamidi diiringi oleh Tuan Sakrani Shamsuddin.

Pak Kalam Hamidi segak bertanjak.

Hadiah penghargaan disampaikan oleh Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Setelah acara penganugerahan ini selesai, barulah johan Festival Teater Malaysia 2018 diumumkan. Dan juaranya ialah teater "Mat Derih Kola Perlih", persembahan Persatuan Teater Opera Mimpi (TOPENG) dari Perlis. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan teater ini. Hadiah wang berjumlah RM10,000.00 telah diperolehi dengan kemenangan ini. Nampaknya teater "Mat Derih Kola Perlih" telah menang besar pada malam ini. Biar aku senaraikan kembali kategori yang telah dimenangi:

1. Johan FTM 2018
2. Senografi Terbaik
3. Pengarah Terbaik
4. Pelakon Harapan Wanita Terbaik
5. Anugerah Khas Juri

Grup teater TOPENG berkumpul di atas pentas dan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan memperolehi kemenangan besar. Semoga sejarah akan berulang lagi pada tahun-tahun akan datang. Itulah harapan mereka. Tahniah sekali lagi. (Tepuk tepuk tepuk!!!)

Merujuk kepada kesemua keputusan yang telah diumumkan pada malam ini, empat daripadanya menepati jangkaan aku:

- Johan FTM 2018
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Senografi Terbaik

Keputusan yang lain sama ada tersasar atau memang tak sempat untuk aku fikirkan.

Mengumumkan Johan Festival Teater Malaysia 2018 pula.

Teater "Mat Derih Kola Perlih".

Persembahan dari Persatuan Teater Opera Mimpi (TOPENG) dari Perlis.

Pelakon dan krew berkumpul di atas pentas.

Meraikan kemenagan besar bersama.

Memenangai lima dari sepuluh kategori yang dipertandingkan.

Tahniah buat grup TOPENG dari Perlis.

Bersama Aishah dan Geehan.

Tiga teman akrab dalam pengurusan FTM kali ini.

Sesudah tamat sesi di auditorium, kami berkumpul lagi di medan selera terbuka untuk lepak-lepak, santai-santai, minum-minum, makan-makan, sembang-sembang dan bertegur sapa. Para juri dan jemputan khas juga turut diundang untuk menjamu selera di sini. Kawasan medan selera ini menjadi sangat meriah dan hidup pada malam terakhir Festival Teater Malaysia 2018 ini.

Bersambung...

Abang Brahem, Tuan Badrul dan Roslan Muhammad.

Abang Rasdi dan Zack Cool.

Saudara Roslan Madun, Abang Kamarul AR dan Saudara Shaharuddin Thamby.

"Inilah teh tarik tersedap pada alaf ini", kata Abang Kamarul.

"Kesedapan teh tarik boleh dinilai dengan melihat jemari tangan kita sediri", jelas Saudara Roslan Madun.

Saudara Shaharuddin Thamby juga terpaut pada keenakan teh tarik yang dibualkan itu.

"Untuk menikmati keenakan sebenar, teh tarik ini perlu dibeli, bukannya dibelanja", tegas Abang Kamarul. 

Abang Kamarul lantas memegang cawan teh tariknya agar tidak diambil orang.

Abang Rasdi lebih cenderung menikmati roti pita dan kebabnya.

Keenakan teh tarik perlu terus dinikmati.

"Jom kita berbincang pasal teh tarik sampai pagi", ajak Tuan Badrul.