m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, March 28, 2022

Festival Teater Malaysia 2018: Keputusan - Menanti sang juara!

Bahagian 6

21 Oktober 2018Tempat ketiga dan naib johan telah pun diketahui. Tinggal lagi Johan yang masih menjadi tanda tanya dan masih menjadi sebuah misteri Nusantara Antarabangsa. Tetapi sebelum keputusan kemuncak itu diumumkan, satu anugerah khas Festival Teater Malaysia 2018 sempena menghargai tokoh seni yang telah lama berjasa dalam bidang sastera telah diberikan kepada Pak Kalam Hamidi. 

Pak Kalam Hamidi telah dijemput naik ke pentas untuk menerima anugerah. Presiden Persatuan Teater Malaysia, Tuan Sakrani Shamsuddin mengiringi. Anugerah telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Hajjah Norliza Rofli, dan sebuah tengkolok telah dipakaikan ke atas kepala Pak Kalam Hamidi oleh Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Anugerah Khas.

Pak Kalam Hamidi.

Tokoh sastera.

Pak Kalam Hamidi diiringi oleh Tuan Sakrani Shamsuddin.

Pak Kalam Hamidi segak bertanjak.

Hadiah penghargaan disampaikan oleh Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Setelah acara penganugerahan ini selesai, barulah johan Festival Teater Malaysia 2018 diumumkan. Dan juaranya ialah teater "Mat Derih Kola Perlih", persembahan Persatuan Teater Opera Mimpi (TOPENG) dari Perlis. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan teater ini. Hadiah wang berjumlah RM10,000.00 telah diperolehi dengan kemenangan ini. Nampaknya teater "Mat Derih Kola Perlih" telah menang besar pada malam ini. Biar aku senaraikan kembali kategori yang telah dimenangi:

1. Johan FTM 2018
2. Senografi Terbaik
3. Pengarah Terbaik
4. Pelakon Harapan Wanita Terbaik
5. Anugerah Khas Juri

Grup teater TOPENG berkumpul di atas pentas dan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan memperolehi kemenangan besar. Semoga sejarah akan berulang lagi pada tahun-tahun akan datang. Itulah harapan mereka. Tahniah sekali lagi. (Tepuk tepuk tepuk!!!)

Merujuk kepada kesemua keputusan yang telah diumumkan pada malam ini, empat daripadanya menepati jangkaan aku:

- Johan FTM 2018
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Senografi Terbaik

Keputusan yang lain sama ada tersasar atau memang tak sempat untuk aku fikirkan.

Mengumumkan Johan Festival Teater Malaysia 2018 pula.

Teater "Mat Derih Kola Perlih".

Persembahan dari Persatuan Teater Opera Mimpi (TOPENG) dari Perlis.

Pelakon dan krew berkumpul di atas pentas.

Meraikan kemenagan besar bersama.

Memenangai lima dari sepuluh kategori yang dipertandingkan.

Tahniah buat grup TOPENG dari Perlis.

Bersama Aishah dan Geehan.

Tiga teman akrab dalam pengurusan FTM kali ini.

Sesudah tamat sesi di auditorium, kami berkumpul lagi di medan selera terbuka untuk lepak-lepak, santai-santai, minum-minum, makan-makan, sembang-sembang dan bertegur sapa. Para juri dan jemputan khas juga turut diundang untuk menjamu selera di sini. Kawasan medan selera ini menjadi sangat meriah dan hidup pada malam terakhir Festival Teater Malaysia 2018 ini.

Bersambung...

Abang Brahem, Tuan Badrul dan Roslan Muhammad.

Abang Rasdi dan Zack Cool.

Saudara Roslan Madun, Abang Kamarul AR dan Saudara Shaharuddin Thamby.

"Inilah teh tarik tersedap pada alaf ini", kata Abang Kamarul.

"Kesedapan teh tarik boleh dinilai dengan melihat jemari tangan kita sediri", jelas Saudara Roslan Madun.

Saudara Shaharuddin Thamby juga terpaut pada keenakan teh tarik yang dibualkan itu.

"Untuk menikmati keenakan sebenar, teh tarik ini perlu dibeli, bukannya dibelanja", tegas Abang Kamarul. 

Abang Kamarul lantas memegang cawan teh tariknya agar tidak diambil orang.

Abang Rasdi lebih cenderung menikmati roti pita dan kebabnya.

Keenakan teh tarik perlu terus dinikmati.

"Jom kita berbincang pasal teh tarik sampai pagi", ajak Tuan Badrul.


No comments:

Post a Comment