m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 31, 2021

Reunion Alumni NUMSA: Saya bagi, awak ambil

Bahagian 6

23 Februari 2019 - Puas kami mendengar nasihat dan bermain game yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Yang penting, setiap alumni NUMSA berasa puas, gembira, terhibur dan bersyukur dengan kesempatan yang diperolehi dengan dapat belajar di Universiy of Nebraska, Lincoln. Cabutan nombor bertuah masih lagi diteruskan. Boleh dikatakan setiap hadirin hadirat mendapat sesuatu cenderahati untuk dibawa pulang. Hadiahnya juga pelbagai. Dari semurah-murah pensel 2B terpakai, hinggalah ke semahal-mahal kapal selam Rusia yang ditambat di tiang lampu di luar hotel. Seperti yang telah aku kisahkan sebelum ini, aku telah mendapat sebotol besar air zamzam yang sangat lazat dan enak. Syukur. Seterusnya, saksikanlah sendiri habuan yang diperolehi oleh individu-individu yang bertuah ini.

Bersambung...

Mizi dan Rahim. Sorry Mizi, masa kat sana hari tu aku tak dapat nak cam.

Rahim mendapat hadiah angpau duit raya sempena PKP 3.0.

Mizi pula mendapat duit angpau sempena PKP 2.0.

Sis Che Nun juga mendapat hadiah duit raya.

Lagi duit raya diagih-agihkan.

Hadiah buat kakak senior.

Orang memberi, kita merasa.

Ustaz Mahmud pula mendapat rempah nasi Arab Badwi Nusantara.

Halim mendapat sesuatu yang kelihatan seperti album gambar daripada Kak Raihan.

Beg besar ni mungkin berisi kuih raya gamaknya.

Zaan dapat teddy bear kot.

Atau mungkin jugak gummy bear.

Sis Wan dapat hadiah kotak kecil. Mungkin barang mahal kot?

Datuk Azizi dapat hadiah cokelat KitKat.

Bro Marzuki mendapat hadiah misteri yang sampai sekarang tak seorang pun tahu apa isinya.

Haji Nordin pun dapat hadiah misteri juga. Hanya boleh dibuka pada tahun 2022.

Said memperolehi hadiah yang diidam-idamkan sejak di bangku sekolah lagi.

Mahzan dapat hadiah kain sarung ke tu?

Raja dapat air zamzam yang enak.

Sis Zalina mendapat sebuah kereta nasional yang disimpan di dalam kotak.

Tak pasti siapa yang dapat hadiah air zamzam botol besar ni - Nasa atau Mahzan?

Majlis hampir tamat. Ambil gambar dalam kelompok kecil dulu.

Stanby untuk bergambar beramai-ramai selepas ini.


Saturday, May 29, 2021

Reunion Alumni NUMSA: Mendengar nasihat dan main game

 Bahagian 5

Dah lebih dua tahun aku membiarkan kisah reunion Numsa ini tersadai di tengah jalan. Kadang-kadang kekuatan untuk berkarya ni hilang buat seketika. Bila dia datang, barulah semangat dan ilham tiba melimpah-ruah. Untuk tidak membuangkan masa lagi, aku persembahkan... sambungan kisah Reunion Alumni NUMSA episod yang selanjutnya... Tadaaaaa...!!!

23 Februari 2019 - Para super senior telah berucap panjang seorang demi seorang. Ada sebahagian daripada mereka yang tak sempat aku kenali ketika di Lincoln dulu. Malah ketika mereka bermukim di bandar asing luar negara ini, pelajar Malaysia pun masih tak ramai lagi. Mereka memang betul-betul para pioneer yang sangat aku hormati. Selanjutnya majlis menjempt Abang Roslan untuk berkongsi pengalaman, serta memberi nasihat buat adik-adik dan semua yang hadir. Dipersilakan...

Nazar dan Abang Shahrir menanti siapakah gerangannya speaker yang selanjutnya.

Abang Roslan telah dijemput untuk ke hadapan.

Muqaddimah dulu.

Kata alu-aluan.

Pembuka kata.

Baru nak warm up masuk ke topik utama.

Tiba-tiba waktu dah habis pulak...

Kak Haslina dan Atong mendengar dengan penuh tumpuan.

Kai pun ada.

Mencari barang ajaib dalam beg Doraemon.

Abang Shahrir sedang memperkatakan sesuatu.

Untuk menambahkan lagi keseronokan pada malam itu, ada beberapa jenis game yang telah dilangsungkan yang memerlukan penglibatan seluruh hadirin dan hadirat. Antara permainan yang diadakan ialah mencari benda-benda tersembunyi seperti dalam senarai yang diberikan. Setelah berjaya mendapatkan kesemua barang dalam senarai, perlulah diserahkan kepada pihak pengurusan untuk diadili dan disimpulkan keputusan mengenai pemenangnya.

Aku berada dalam satu kumpulan dengan Pi-ee, Atong dan Kak Haslina Dawam. Seperti kumpulan-kumpulan lain, kami juga bertungkus-lumus berusaha mendapatkan perkara-perkara yang sebahagiannya tidak mudah untuk diperolehi. Yang aku ingat, aku terpaksa menanggalkan tali pinggang seluarku untuk diserahkan kepada pihak pengurusan. Tak pasal-pasal seluar aku dah macam nak terlondeh pula. Terpaksalah aku berpaut pada seluar aku dan terpaksa juga meminimumkan pergerakanku. Apabila keputusan pertandingan diumumkan, kumpulan kami tidaklah berada pada kedudukan yang teratas. Tapi kalau tak silap aku, mungkin masih memperolehi hadiah saguhati agaknya. (Sorry, dah tak ingat sangat kisahnya macam mana). Apa-apa pun para alumni nampaknya sangat bekerjasama dan sangat terhibur juga.

Bersambung....

Barang-barang yang perlu dicari oleh para peserta.

Meja pihak pengurusan sedang sibuk memeriksa barang-barang yang telah di-submit oleh para peserta.

Segala macam barang ada di atas meja pihak pengurusan.

"Apa kata kita lelong aje barang-barang ni kat pasar malam?" kata salah seorang.

Halim dan Tan Sri Lan.

Nasa mengira keuntungan yang bakal mereka perolehi jika dijual barang-barang ini di pasar malam.

"Seorang boleh dapat dekat tiga ratus ringgit ni."

"Kalau kita mark up lagi tinggi, boleh dapat lagi banyak rasanya."

Azman Hargus dan Badri dengan pemikiran masing-masing.

"Satu Malaysia!"

Saiful dan Ustaz Mahmud.




Tuesday, May 25, 2021

Hari Olahraga MAHISS: Jumpa lagi setelah PKP!

 Bahagian 17 (Akhir)

27 April 2019Olahragawan dan olahragawati MAHISS telah pun mutlak pemilikannya, kini tinggal sisa acara lagi yang perlu disempurnakan sebelum menamatkan keraian pada siang itu. Juara keseluruhan milik Team Rumah Hijau sekali lagi. Pencabar terhampir sudah pastilah Team Rumah Kuning. Yang indahnya ketika sesi pemberian hadiah kepada para pemenang ialah, atlet dari rumah-rumah lain turut memberikan sokongan dan sorakan serta ucapan tahniah walaupun ketika di gelanggang mereka ini saling saing-menyaingi.

Berpanas seketika di tengah padang ketika upacara penyampaian pingat.

Team Rumah Hijau menjadi juara.

Team Rumah Merah mengucapkan tahniah.

Seperti telah dijangka, Team Rumah Hijau akan merangkul kejuaraan sekali lagi.

Ayahanda Pengetua berbesar hati untuk bergambar bersama sang juara.

Si Bujang Senang dan Naga Tasik Cini turut dijulang pengikut-pengikutnya.

Puas setelah berhempas pulas berjuang di arena olahraga.

Sebagai penutup acara, bendera MAHISS diturunkan oleh empat orang atlet terpilih yang diketuai oleh olahragawan MAHISS, Aizaac Ezzham Putra. Bendera MAHISS kemudiannya dilipat molek dan diserahkan kepada Ayahanda Pengetua untuk disimpan - simbolik tamatnya temasya sukan olahraga pada kali ini. Bendera ini akan dikibarkan semula pada tahun hadapan, ketika temasya olahraga yang akan datang.

(Tetapi siapa menyangka, ini tidak berlaku kerana dunia dilanda pandemik Covid-19. Tiada acara sukan pada tahun 2020. Tiada acara sukan pada tahun 2021 juga. Bila temasya ini akan diadakan lagi? Wallahu a'lam...)

T A M A T

Empat atlet bersedia untuk menurunkan bendera MAHISS.

Aizaac memulakan tugasnya.

Memberikan sepenuh tumpuan kepada acara penutup ini.

Bendera sudah mula semakin rendah.

Teman-teman telah bersedia untuk menyambutnya.

Tertulis "MAJLIS SUKAN SEKOLAH" pada bendera ini.

Meleraikan ikatan.

Setiap bucu bendera dipegang kemas oleh empat orang atlet.

Bendera mula dilipat.

Memastikan lipatannya kemas dan rapi.

Dengan cara yang betul.

Melipat dengan penuh rasa hormat.

Tugasan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Aizaac menyerahkan bendera yang telah dilipat kepada Ayahanda Pengetua.

Bendera ini akan disimpan dengan selamat.

Keempat-empat atlet tadi bersalaman dengan Ayahanda Pengetua.

Hingga berjumpa lagi..... Entah bila pula?