Bahagian 4
Kami duduk sejenak di dewan majlis dengan tenang sambil menyiapkan diri untuk mendengar ucapan dari bekas pelajar senior menceritakan pengalaman masing-masing ketika di Lincoln, Nebraska. Para alumni senior diberi penghormatan untuk berada di meja hadapan. Ada juga wajah-wajah yang tidak aku kenali. Mungkin tak sempat berjumpa ketika di Lincoln dulu. Namun kini kami sama-sama di satu dewan yang sama, dan berkongsi kisah silam yang pelbagai untuk dihayati.
Memulakan bicara dengan mengimbau kenangan lama sewaktu di Nebraska. |
Jamil dan Mizi terpegun dengan ucapan yang disampaikan. |
Ameer Lincoln, Abang Shahrir mula berkisah. |
Sempat kembali ke Lincoln dan melihat sendiri perubahan dalam komuniti Islam di sana. |
Umat Islam Lincoln semakin membangun. |
Hati aku amat tersentuh mendengar kata-kata Abang Shahrir. |
Antara ucapan yang sangat meninggalkan kesan kepadaku, adalah ucapan dari Ameer kami Dr Hj Abang Shahrir. Dengan Abang Shahrir memang aku agak rapat. Ini termasuk sekumpulan kawan-kawanku yang sama-sama belajar buat kerja agama semasa di Nebraska dulu. Abang Shahrir yang sempat melawat bumi Nebraska tak berapa lama dulu telah memberi sedikit update tentang suasana di Nebraska kini. Masjid di Lincoln saja sudah ada 4 buah kalau tak silap aku. Penduduk Islam juga semakin meningkat jumlahnya. Sayu pulak hati aku ketika mendengar update dari Abang Shahrir.
Turut memberi ucapan adalah Abang Nasir dan beberapa orang lagi. Masing-masing membawa kisah-kisah suka duka lucu hiba yang turut menyentuh hati para hadirin dan hadirat semua.
Bersambung...
Giliran Abang Nasir pula untuk berkisah. |
Semangat sungguh Abang Nasir menyampaikan cerita kenangan lama. |
Cerita yang pelbagai sifatnya. |
Masrina, Kak Musma dan Zaan - antara orang kuat di belakang tabir untuk majlis pada malam itu. |
Meja utama buat abang-abang dan kakak-kakak senior. |
Ramai jugak yang datang pada malam itu. |
Panjang sungguh kisah Abang Nasir. |
Ada jugak moment humor-nya. |
Masih tekun mendengar dan menghayati. |
Abang Roslan dan Abang Jo. |
Ba, Azman Hargus dan Badri. |
Kena bagi sepenuh perhatian, baru boleh score masa exam nanti. |
Tiba-tiba satu soalan susah dikemukakan oleh Abang Nasir. |
Malek cuba memikirkan jawapannya. |
Masih berfikir. |
Akhirnya terukir senyuman di bibir. Jawapan telah ditemukan. |
No comments:
Post a Comment