Bahagian 13
27 April 2019 - Banyak betul pingat kemenangan yang telah dikalungkan kepada para pemenang. Berpuluh-puluh. Beratus-ratus. Beribu-ribu. Berjuta-juta. Berbillion-billion!!! Ini pun masih ada banyak lagi untuk diberikan kepada mereka yang layak. Berlori-lori pingat yang dihantar ke MAHISS untuk meraikan temasya sukan olahraga ini. Meriah. Memang sangat meriah!
Segala macam acara telah dipertandingkan. Sekarang adalah waktu menzahirkan pengiktirafan terhadap kemenangan yang telah dicapai. Saksikanlah wajah-wajah kesayangan MAHISS, jaguh-jaguh terpilih yang bakal dan telah mengharumkan nama MAHISS di arena sukan negara.
Bersambung...
Ayahanda Pengetua mengalungkan pingat kepada salah seorang wakil Rumah Biru. |
Juaranya Team Rumah Merah. |
Seorang demi seorang menerima kalungan pingat emas. |
Seronok bukan kepalang. |
Pemenang bukan saja mendapat pingat, tetapi juga mendapat Sijil PT3 dan Sijil SPM. |
Ini pula kalau tak silap aku pemenang bagi acara menternak haiwan maskot. |
Team Rumah Kuning menternak harimau Malaya. |
Sejurus dikalungkan pingat ke leher, penerima pingat terus mengaum. Auuummmm!!! |
Juaranya adalah Team Rumah Hijau yang menternak buaya tembaga. |
Dan buaya Bujang Senang. |
Team Rumah Merah pula menternak naga Tasik Cini. |
Team Rumah Kuning tidak dapat membawa harimau mereka ke sini kerana kurang sihat. |
Walaupun sudah bertukar acara, Si Bujang Senang tetap masih ingin melepak di atas podium. |
Ayahanda Pengetua terus mengalungkan pingat. |
Mengucapkan terima kasih kepada Ayahanda Pengetua. |
Meneliti sijil PT3 pelajar terbaik tahun lepas. |
Olahragawan muda di podium. |
Bergambar bersama-sama setelah selesai pemberian pingat. |
Acara larian 4 x 5 kilometer berganti-ganti. |
Ini pula pemenang acara larian 4 x 15 kilometer berganti-ganti. |
Satu untuk engkau, satu untuk aku. |
"Oleh kerana awak budak baik, Ayahanda nak bagi awak dua pingat emas." |
"Awak pulak tak berapa baik. Ayahanda bagi satu aje pingat emas." |
"Awak pulak dapat satu pingat perak aje." |
"Awak ni tinggi sangat. Susah Ayahanda nak kalungkan pingat." |
"Tunduk lagi rendah. Barulah senang nak kalungkan pingat kat leher awak!" |
"Kawan awak ni bagus, tak ada tinggi sangat." |
"Siapa nak lagi pingat bagi tahu Ayahanda. Ayahanda ada banyak extra ni." |
Masing-masing menayangkan pingat yang diperolehi mereka. |
No comments:
Post a Comment