29 Disember 2019 - Untuk makluman semua, ini kisah yang berlaku tahun lepas. Sebelum menularnya wabak Covid-19. Sebelum semua orang kenal dan dengar perihal penyakit yang mudah berjangkit ini. Tengoklah tarikh yang tertera pada awal perenggan. Okay. Itu aje yang aku nak bagi tahu dulu.
Pada tarikh ini, kami bertiga - aku, isteri dan Amier menghadiri majlis perkahwinan anak kepada salah seorang kawan sekolah menengah aku sewaktu di MRSM Pengkalan Chepa dulu. Sekarang kawan aku tu dah jadi CEO Lembaga Tabung Haji. Beliau yang aku maksudkan ialah Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Kami panggil Datuk Chud saja.
Majlis diadakan di sebuah dewan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Kami sampai agak terlewat sikit. Sewaktu kami sampai, ada sebahagian teman-teman sudah mula meninggalkan dewan majlis. Namun aku masih beruntung kerana dapat bertemu dengan ramai lagi teman-teman yang duduk bersantai di situ.
|
Kelihatan Roy, Pok Hair, JJ dan Izam. Fuad pun ada di belakang. |
|
Lecek dan Botok sedang consult kepada Datuk Dr Kahar mengenai virus Corona. |
|
Ini meja sidang untuk subjek Kimia. Mantan guruku - Cikgu Shaari menjadi penasihatnya. |
|
Teman-teman menghampiri meja bulat. Jeli terasa terganggu seketika. |
|
Semakin ramai yang berkumpul. Aznir ingin take five sebentar. |
|
Tangan siapa yang melambai di sebelah Datuk Kuchai tu?. |
|
Meja bulat subjek Kimia telah dikepung oleh kami. |
|
Bapa pengantin - Datuk Chud juga ada bersama kami. |
|
Dan akhir sekali, aku juga turut berkumpul untuk menyerikan gambar |
Dalam dewan taklah begitu padat dengan tetamu. Mungkin ramai yang dah pulang. Namun makanan tersaji masih banyak lagi. Tak susah untuk kami mandapatkan tempat duduk untuk menjamu selera. Setelah mengambil makanan, aku cepat-cepat menghabiskan juadah yang ada di dalam pingganku. Lalu mencapai kamera dan mengambil gambar teman-teman sebelum mereka pula pulang.
Sesudah bergambar, aku duduk semeja dengan mantan guru kimiaku - Cikgu Shaari Husain sambil menghirup teh tarik panas. Mendengar cikgu dan teman-temanku berbual mengenai macam-macam hal. Perbualan yang paling hangat ialah bagaimana hendak mencipta formula terbaik bagi mengubati dan mencegah penyakit Covid-19. Mengikut rumusan yang telah kami buat ketika di meja bulat pada petang itu, formula terbaik mengikut undang-undang kimia antarabangsa ialah seperti berikut:
(NH4)2 Fe(SO4)2.6H2O + CuSO4 XH2O x CaSO4.1/2H2O
Kini ketika menjalani perintah bertapa di rumah, aku telah mula mengadunkan formula ini dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah seperti bawang, tepung, gula, garam, kopi, kunyit, dan lain-lain lagi. Dari pemerhatianku, produk yang bakal terhasil nanti akan menjadi kegilaan ramai seantero dunia. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
|
Perbincangan ilmiah mengenai virus Corona masih belum tamat lagi. |
|
Isteri dan anak kami juga puas makan-makan di sini. |
|
Perut kenyang, hati senang. |
|
Datuk Kuchai dan Jai. |
|
Datuk Kuchai, Jai dan Jeli Hashim. |
|
Persidangan subjek Kimia perlu diteruskan lagi. |
|
Lani dan Rushdan memberikan fokus yang mendalam. |
|
Formula yang dikemukakan membuat Elias berfikir panjang. |
|
Jai juga agak meragukan formula yang sama. |
|
Akhirnya Cikgu Shaari perlu menjernihkan suasana. |
|
Penerangan oleh Cikgu Shaari membuat semua ahli sidang berpuas hati. |
Lama juga aku melepak bersama teman-teman sekolahku. Walaupun aku lebih banyak mendengar dari bersuara, namun kehadiran aku dan kawan-kawanku sudah pasti dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan ini. Antara teman yang telah sangat lama aku tak jumpa ialah Rozman Saad atau nama glamour-nya, Lecek. Turut hadir ialah junior kami ketika di MRSM - Muzammil dan Fuad.
Setelah perut kami sangat kenyang , kami pun mula melangkah kaki untuk beredar dari situ. Terima kasih kepada Datuk Chud kerana telah menjemput dan melayan kami dengan baik. Tahniah kepada kedua mempelai. Semoga kalian menjalani bahtera perkahwinan ini dengan penuh harmoni, penuh barokah dan rahmat dari Allah Ta'ala.
|
Pok Khor tak pernah mengecewakan teman-teman untuk hadir ke majlis-majlis seumpama ini. |
|
JJ, Datuk Kuchai dan Jai. |
|
Pok Khor mendapat panggilan dari jauh. Nasir pula kelihatan sangat ceria. |
|
Rushdan juga berasa sangat teruja. |
|
Junior kami - Muzammil. |
|
"Inilah doktor yang menjadi pujaan ramai sejak kebelakangan ini", kata Muzammil sambil menuding ke arah Datuk Dr Kahar. |
|
Bapa pengantin dah kepenatan. |
|
Aku bersama Datuk Chud. |
|
Ambil gambar lebih sikit, kot-kot dapat tempias kehebatan beliau. |
|
Tahniah Hazim dan Farah. |
No comments:
Post a Comment