25 Januari 2020 - Dah lama kami tak ke sini. Lama sungguh! Taman tasik yang cantik dan nyaman. Tempat orang beriadah pada petang hari. Jogging. Jalan-jalan. Bersenam. Bermain. Makan-makan di gerai. Bagi makan ikan. Paling tidak duduk-duduk saja. Ini memang taman tasik kami. Taman Tasik Suria Damai (bukan nama sebenar).
|
Wanie, Sabriena dan isteriku di jeti. |
|
Jeti inilah yang digunakan oleh nelayan untuk melabuhkan bot-bot pukat tunda setelah pulang dari mencari rezeki. |
|
Hari ini tiada nelayan yang turun ke laut. |
|
Mungkin ikan agak kurang hari ini. |
|
Papan tanda baru menggantikan yang lama. Tiada notis larangan memancing! |
|
Memberi ikan makan roti. |
Kami bawa bersama kami sebuku roti Gardenia untuk diagih-agihkan kepada warga tasik yang menghuni dasar. Sejurus kami lemparkan cebisan roti ke tasik, pasti ada ikan-ikan kecil yang menyambut, dan membawanya pergi jauh dari kami. Sesekali terlihat juga olak dan riak kasar di permukaan air yang menandakan ikan-ikan besar sudah mula turut mendekati kerana ingin berebut juadah yang kami hulurkan. Seronok kami melihat ikan-ikan itu. Selain ikan, sang bangau juga kerap dilihat mengitari tasik ini. Banyak anak-anak ikan yang gebu yang enak untuk ditelan.
|
Sabriena di samping Mamanya. |
|
Setelah memberi ikan makan. |
|
Jom kita naik bukit. |
Sementara kami berjalan, Amier kami biarkan ber-jogging bersendirian mengelilingi tasik. Kami bertemu semula dan duduk di tepi gerai sambil menghilangkan dahaga dengan memakan aiskerim Malaysia dan meminum air mineral. Bila maghrib hampir tiba, kami pun melangkahkan kaki untuk pulang.
Tetapi sebelum itu, biar aku kisahkan dulu mengenai pemerhatianku terhadap taman tasik ini. Di tepi jeti, aku terlihat tali pancing bergumpal di dahan pokok. Tanda ada orang memancing di situ. Casting beruk barangkali. Di suatu sudut yang lain, kulihat ada beberapa orang lelaki sedang memancing ikan dengan girang. Timbul persoalan di benakku. Adakah larangan memancing yang dikenakan suatu ketika dulu telah ditarik balik? Jentera fikiranku semakin laju bekerja bila kulihat papan tanda yang lama telah diganti dengan yang baru. Notis larangan memancing juga telah tiada. Yang ada cuma sebatang papan tanda dilarang memancing yang telah dicabut dan disandarkan pada sebatang pokok. Cuma tinggal satu. Papan tanda larangan memancing yang lain semuanya telah lesap. Adakah harapan untuk kami kembali ke sini dan memancing ikan-ikan yang semakin jinak tanpa dihalang oleh sesiapa? Ada sesiapa yang tahu status taman tasik ini? Sila maklumkan kepada kami.
|
Amier berehat setelah penat berlari mengelilingi tasik. |
|
Kami berehat di kawasan gerai pula. |
|
Kami di sini sehingga hampir maghrib. |
|
Dalam perjalanan pulang, kami ternampak bangau ini. |
|
Papan tanda seumpama ini cuma tinggal satu. Yang lain sudah hilang! |
No comments:
Post a Comment