m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, August 27, 2019

Siapakah ZENI di FDK Kota Damansara?

22 Ogos 2019 - Sebelum kita berkisah tentang Zeni, marilah kita doakan kesembuhan dan keafiatan kepada sahabat kami Marup Mustapah yang telah ditimpa 'minor stroke' suatu ketika dulu. Keadaan beliau beransur pulih. Semangat semakin kuat. Masih bersama teman-teman yang sama minat dalam teater. Masih mudah melemparkan senyuman buat sesiapa sahaja yang berdamping dengannya.

                                                           *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Kita bertemu kembali di Famili De Kota (FDK) milik Abang Kamarul dan Kak Siti di Kota Damansara. Pusat penggiat teater grup Hidayah ini sekali lagi mengumpulkan penggiat dan peminat seni teater dalam satu sesi istimewa sempena "Gempita Sastera" yang memartabatkan karya Saterawan Negara di pentas teater. Kali ini kami diperkenalkan dengan seorang wanita bernama Zeni. Nama panjangnya kami tidak tau. Masih dibiarkan misteri.

Abang Ibrahim antara yang setia hadir pada malam itu.
Begitu juga Nazli Noordin.
Marup yang masih belum sembuh sepenunya turut hadir memberi sokongan kepada teman-teman seperjuangan.
Dua wajah yang baru aku kenal - Mummy Sarah dan Hazmi.
Baiklah. Untuk tidak membiarkan kalian tertanya-tanya pasal pemilik nama Zeni, siapa orangnya, bagaimana paras rupanya, cantikkah wajahnya, pandai memasakkah, dan lain-lain.... biarlah aku kisahkan sedikit perihal beliau - Zeni. "ZENI" adalah sebuah naskhah yang telah ditulis oleh Abdul Aziz H.M berdasarkan sebuah novel agung karya Sasterawan Negara - Datuk A Samad Said berjudul Daerah Zeni. 

Sekian, terima kasih. 

Aku tak pernah membaca novel ini, jadi tak dapatlah nak bercerita lebih lanjut. Dua novel A Samad Said yang pernah aku baca ialah "Salina" dan "Langit Petang". Tapi dah lama sangat tuuuuuu... Sebelum era whatsapp!

Syel Ramlan dari Sanggar Teater Fauziah Nawi turut terlibat dalam projek kali ini bersama Abang Kamarul AR.
Kak Yatie membaca sebahagian daripada skrip hebat ini.
Abang Kamarul berbincang dengan Kak Yatie pasal mutu badminton Malaysia selepas era Datuk Lee Chong Wei.
Along Yusry ambil gambar selfie di ruang dapur.
Masing-masing bersemangat untuk memulakan acara.
Malam itu, tuan pengarah, Abang Kamarul AR memberikan sedikit sinopsis kisah dan para pelaku dalam naskhah ini. Ada beberapa pelakon telah dipilih. Namun wataknya masih belum dimuktamadkan, walaupun telah disenarai pendekkan. Dan ada beberapa watak lagi yang masih belum ditemukan pemiliknya. Perjumpaan pada malam itu sangat santai. Tapi matlamatnya jelas. Persembahan perlu direalisasikan pada 11 Oktober tahun ini nanti. Nantikanlah.

Memberi tumpuan penuh terhadap apa yang dikatakan oleh Tuan Pengarah.
Abang Kamarul mengulas panjang mengenai skrip ZENI.
"Skrip ini agak berat - ada kira-kira 3 kilo beratnya", kata Abang Kamarul.
Sambil berbincang, kami makan-makan. Order makanan dari gerai sebelah yang boleh tahan jugak masakannya. Aku dan isteri pesan nasi putih dengan paprik campur. Berselera aku makan. Malam itu juga kami buat sesi baca skrip. Aku stand-in baca skrip untuk satu watak bernama Mohdi. Dah lama aku tak baca skrip kuat-kuat. Dah lebih 25 tahun. Seronok jugak buat script reading ni ya? Terkeluar semua loghat Jawa aku. Dah macam Wak Parjo Kasmain anak Mbah Martojo Saminan! Hehehe... Yang tak berapa seronoknya nak menghafaz skrip. Otak dah tak secergas dulu.

Antara yang hadir pada malam itu. Bergambar beramai-ramai.
Abang Kamarul masih mengulas skrip dan keperluannya.
Marup dan Abang Kamarul.
Yang tidak terlibat secara langsung akan memberi sokongan dari belakang.
Kami sangat bersemangat dengan projek kecil ini. Dan yakin ia akan berjaya. Yang tidak berlakon akan membantu di luar pentas atau di belakang pentas. Kita lihatlah nanti macam mana. Gabungan naskhah yang baik, dan pelakon yang hebat, sudah pasti akan membuahkan sesuatu yang luar biasa. Tapi awas. Abang Kamarul sudah awal-awal memberi amaran, beliau akan bersikap sedikit agresif dalam pengarahan kali ini. Aaaaaarrrrgghhhhh.....!!!!!!!!!

Hazmi dan Syel memberi tumpuan.
Abang Kamarul meluahkan ideanya.
Along Yusry sempat bagi mesej kepada geng-geng produksi projek Gempita Sastera.
Belum habis bersembang tentang Zeni.
Hadir memberikan sokongan.
Bertanya khabar.

Sunday, August 11, 2019

Salam Aidiladha 2019

11 Ogos 2019 - Salam Aidiladha buat semua umat Islam. Pagi-pagi lagi kami sudah ke surau untuk menunaikan solat sunat aidiladha. Semua melainkan Sabriena menaiki kereta dan bergegas berada di dalam saf untuk memulakan solat. Jemaah tak seramai sewaktu solat sunat aidilfitri dulu. Solat dimulakan pada jam 8.15 pagi. Aku perasan ada juga jemaah yang tiba lewat. Mungkin sangka mereka solat hanya akan bermula pada jam 8.30 pagi. Setelah selesai solat dan khutbah, kami terus pulang. Jam 9.30 pagi nanti, acara qurban haiwan pula akan dijalankan. Kami perlu menyediakan diri dengan segala peralatan yang ada untuk melaksanakan tugas-tugas yang sedang menanti.

Baru selesai solat di surau.
Amier dalam perjalanan ke kereta.
Kami bertiga pakai jubah pada hari ini. 
Dalam perjalanan pulang ke rumah.
Nak bersiap-siap dengan senjata bekerja pulak.
Pukul 9.30 nanti acara sembelihan qurban akan dimulakan.


Wednesday, August 7, 2019

Dari Vietnam ke Bangi mengahwinkan anak

22 Jun 2019 - Aku memang tak ada kenalan orang Thailand. Orang Kemboja pun tak ada. Begitu jugak orang Laos. Apatah lagi orang Vietnam. Tapi entah macam mana, kawan sekolah aku yang seorang ni selalu dikaitkan dengan Vietnam. Walaupun susur galurnya tak menghala ke sana. Faham-faham ajelah, kalau dah duduk kat asrama selama lima tahun, bersama-sama, segala kemungkinan imaginasi boleh terjadi.

Kami ke satu majlis perkahwinan, anak kepada kawan sekolah menengahku, di MRSM Pengkalan Chepa yang bernama Azami. Dia nilah yang teman-teman suka sangkut-pautkan dengan Vietnam masa kat sekolah dulu. Cerita detail, aku pun tak tau. Kena tanya teman rapatlah.

Ibu dan anak sedang menikmati juadah.
Sabriena tersangat lapar.
Amier lagilah lapar.
Tetapi Wanie yang paling lapar sekali.
Azami mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Dewan SM Syahidzuan di Bandar Baru Bangi. Pada hari yang sama, ada satu lagi majlis perkahwinan di kawasan yang sama. Nasib baik kami tanya dulu tuan punya majlis tu siapa. Kalau tak, tentu dah tersasar ke majlis orang lain.

Masa kami sampai, tempat duduk sedang penuh. Aku jenguk-jenguk di sekeliling. Nampak teman sekolahku, Rosli a.k.a. Bachok sedang makan dengan familinya. Lalu aku ajak family members aku yang lain untuk berdiri kat sebelah meja tersebut. Masa tu aku rasa Rosli Bachok pun dah tak berselera nak menyambung makan. Maklumlah, dah ada orang yang siap menunggu, terpacak kat belakang kerusi, nak ambil alih tempat duduk dia. Tapi nasib baik keluarga Rosli Bachok sporting. Lepas makan, mereka terus mempersilakan kami duduk di kerusi dan menggunakan meja tersebut untuk menjamu selera. Thank you, bro!

Tiba-tiba Amier berjaya memotong Wanie dari segi tahap lapar.
Sabriena akhirnya memintas Amier dan Wanie untuk menang mutlak kategori lapar.
Okay. Sekarang kita sambung makan.
Makan sampai kenyang.
Amier makan sampai kenyang, dan sampai lapar balik semula.
Time kami makan, tetamu dah mula mengurang. Jadi kami bolehlah lepak lama sikit, tanpa perlu tergesa-gesa untuk beredar. Tapi aku makan pun boleh tahan jugak lajunya. Macam F1. Semua nasi dan lauk aku tolak ke tekak, dan terus telan. Tak kunyah pun. Lepas tu aku pun berlegar-legarlah mencari teman-teman sekolahku yang lain. Tak ramai yang ada pada masa itu. Ada jugak yang dah balik awal sebab nak bagi peluang untuk tetamu lain menggunakan ruang majlis tersebut.

Abu dan Jenal - tak serupa dan tak sama.
Abu, Jenal dan aku - tak serupa, tak sama dan tak sekata.
Kami posing macam ni dekat tiga jam lamanya.
Bersama Mat Keri, Zaidi Kapok, Jaymi, dan Azmil.
Azmil classmate aku masa Form 1 sampai Form 3.
Aku dengan Mat Keri posing tak berubah untuk tiga snap shot ini.
Zaidi Kapok dah nak balik rasanya.
Mintak diri dari teman-teman dulu.
Borak sembang sambil makan.
Zaidi Kapok sempat bagi warning kat Jaymi.
Lepas tu bagi warning kat Mat Keri pulak.
Sempat aku berjumpa dan bergambar dengan beberapa orang temanku. Tak bertanya khabar pun. Jumpa, salam dan ambil gambar. Cenggitu aje. Lepas tu, bye. Aku bergambar dengan bapak pengantin dulu sebelum memohon untuk beredar. Tahniah kepada Azami Ane menerima menantu. Tahniah juga kepada pengantin. Dan terima kasih kerana telah mengundang kami. Semoga kehidupan kalian penuh barokah dan rahmat dari Allah.

P/s: Entry aku kali ni tak kelakar kan? Sebab otak kelakar aku tertinggal kat almari. Aku bawak otak serius aje hari ni. Anyway, enjoy reading!

Bergambar dengan bapak pengantin.
Pengantin yang diraikan.
Di ruang hadapan.
Bunting majlis yang dipampangkan.
Majlis diadakan di Dewan SM Syahidzuan.
Kami akan ke majlis lain pulak lepas ni.
Sebab tulah pakai sedondon warna biru.