m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, June 28, 2019

Bila badak mengahwinkan anak

6 April 2019 - Kawan-kawan sekolah menengahku, MRSM Pengkalan Chepa, yang kami gelar WATTOP, seorang demi seorang mengahwinkan anak. Malah ada yang dah dapat cucu beberapa orang. Kali ini kami menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak kepada seorang kawan sekolahku - Haji Fauzi Ismail, atau kami di sekolah memanggilnya 'Poji Badak'. Kenapa Badak? Aku pun tak tau. Teman-teman satu dorm saja yang barangkali tahu sejarahnya. Tapi kalau ikut teori dan intepretasi aku, mungkin sebabnya begini:

Fauzi ni kalau main bola selalu duduk pada posisi full back, defender. Kalau pihak lawan datang menyerang, Fauzi tanpa berasa gentar akan terus 'charge' ke arah pemain itu dan menyepak bola sekuat hati seperti Roberto Carlos (legenda pemain bola sepak Brazil). Bola tu disepak sebegitu kuat sehingga pergi jauh sampai ke padang sekolah Vokasional - jiran kami. Ikut pemerhatian aku, cara Fauzi 'charge' tu macam ala-ala badak sumbu sikit. Mungkin itulah sebabnya kot? Hehehe...

Bunting perkahwinan Firdaus dan Najwa di muka pintu dewan majlis.
Tiba-tiba Fauzi mencapai mikrofon untuk menyanyikan sebuah lagu balada.
Tak jadi nyanyi lagu balada. Nyanyi lagu jogetlah.
Lagu joget pun tak jadi. Buat stand up comedy lah.
Sampai-sampai aje kami kat dewan majlis, kami terus mengambil makanan dan memakannya dengan hati yang sangat gumbira. Masa tu orang tak ramai sangat. Jadi kami bolehlah duduk bersantai-santai di meja makan. Juadah yang disediakan jugak sangat pelbagai. Selain nasi minyak, ada juga laksanya, cendol, kuih-muih, jajan untuk anak-anak, lamb chop, steak wagyu, dolphin masak tiga rasa, blue whale bersalut tepung, dan macam-macam lagi makanan delicacy yang tak dapat dibayangkan oleh fikiran yang waras.

Tak lama setelah kami di meja makan, pengacara majlis menjemput bapa pengantin, Fauzi untuk memberikan ucapan buat hadirin dan hadirat yang sudi datang ke majlis itu. Aku tak ingat sangat apa yang diucapkan, tapi yang sempat aku catit adalah seperti berikut:

"Saya sebagai tuan rumah turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyokong dan peminat-peminat saya, terutamanya dari Fan Club saya, The Fauziannerz, kerana telah memberi support yang mendalam sepanjang career saya ini. Tanpa anda, siapalah saya... Fauziannerz, this trophy is for you!!!" Macam tulah lebih kurang ucapannya.

Isteriku dan Sabriena menghabiskan makanan di pinggan.
Wanie melayan kuih traditional.
Meja ini telah di-booking oleh geng WATTOP.
Jeli Hashim dan Elias bersembang pasal business import export.
Jeli Hashim, Elias dan Rosli Bachok - tiga lelaki yang masih hensem pada era ini.
Nik Husaini sedang melayan tapai dari rumah panjang di pedalaman Sarawak.
Mahzan, Mat Zain, Chud dan Madi - orang-orang hebat dalam kelompok WATTOP.
Mahzan terlalu lapar. Dia tak kisah pasal bergambar buat masa ni.
Che Ab terpaksa meminta diri dulu pasal nak pergi mesyuarat di Parlimen sebentar lagi.
Tetiba Zaidi Kapok berasa bersalah dan memohon maaf kepada Madi.
Zaidi Kapok dengan wajah sayu turut memohon maaf dari Chud.
Seterusnya memohon maaf dari Mahzan juga.
Che Ab bersama Chaan dan Hadi.
Para hadirin dan hadirat telah dihiburkan dengan selingan, lagu-lagu nasyid dan selawat yang telah disampaikan oleh kumpulan marhaban/berzanji dari surau taman berkenaan. Ahli kumpulannya terdiri dari orang-rang lama kebanyakannya. Namun taranum dan lentok suara dan alunan muzik mereka masih mantap dan sangat hebt. Para hadirin berasa terpesona.

Kumpulan marhaban dan berzanji.
Kebanyakan ahli kumpulan ini terdiri dari warga yang telah berusia. 
Alunan suara mereka tetap hebat.
Petikan gambus juga mempesonakan. 
Peralatan genderang dipalu dengan berharmoni.
Pelamin pengantin.
Pengantin dua sejoli.
Tetamu kehormat di meja makan beradab.
Aku sempat berlegar-legar mencari teman-teman sekolah yang dah lama tak bersua. Walaupun tak bersembang lama, namun ada jugak kami bertegur sapa, menanya khabar, bercerita tentang kisah-kisah lama, dari zaman dinosaur sehinggalah ke alaf baru ini. Kemudian kami bergambar kenangan bersama-sama. 

Kepada Haji Fauzi Ismail dan isteri, kami mengucapkan banyak terima kasih kerana telah mengundang kami. Dan setinggi tahniah kerana telah menerima orang baru dalam keluarga besar kalian. Semoga dengan ikatan perkahwinan anak dan menantu ini akan membanyakkan lagi zuriat dari keturunan orang-orang yang soleh dan beriman, yang akan sentiasa menaburkan bakti di atas muka bumi Allah ini.

Sabriena peluk Papa.
Aku dan Zambri jealous aje tengok kepala Rosli Bachok masih banyak rambut.
Bersama Din Sakun dan Madi. Madi ialah batch kami yang paling tinggi. Kalau berjalan di corridor, kaki jejak lantai, kepala cecah siling.
Bersama Tok Seh Zakimi.
Dengan Mahzan, Mat Zain dan Chud.
Masih dengan Mat Zain dan Chud.
Bersama Chaan dan Hadi Kechik. Ada yang panggil Hadi Kechik pasal tak nak confuse dengan nama aku.
Sabriena happy aje kat dewan tu.
Laksa utara menanti untuk dimakan.
Cendol juga mengharapkan ada yang sudi mengambilnya. 
Kami bergambar dengan bapa pengantin.
Sebelum pulang, sempat bergambar di muka pintu.


1 comment:

  1. Lama dah aku tak gelak besar camni...tenkiu AdiSHARAH. U make my day...again....

    ReplyDelete