Bahagian 1
5 Jun 2019 - Dah masuk hari ketiga belas Syawal. Baru aku berkesempatan untuk berkisah tentang suasana hari lebaran pada tahun ini. Lebaran yang sedikit berbeza dari tahun-tahun yang sebelum ini.
Kira-kira jam 8.15 pagi, kami bergerak ke surau berdekatan - Surau Ihsaniah Ampang Jaya. Jemaah di surau masih bertakbir. Berulang-ulang. Aku bergegas memarkir kereta di pekarangan surau. Dan kami semua keluar dari kereta lantas duduk di salam saf menanti saat solat sunat aidilfitri dimulakan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, jemaah memang sangat ramai membanjiri surau.
|
Baru selesai solat dan khutbah hari raya. |
|
Kawasan muslimah mendirikan solah. |
|
Amier segak berbaju melayu. |
|
Badan Amier dah susut sedikit sejak masuk asrama. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa. |
|
Dalam kereta. |
|
Dalam perjalanan ke rumah setelah selesai solat. |
Selesai solat, kami terus pulang ke rumah. Makan sarapan second round. Makan first round sebelum solat tadi. Masa tu makan sikt aje. Yang second round ni barulah balun sepuas hati. Ketupat pulut dengan rendang ayam pencen, rendang paru, ayam masak taucu. Serta lontong dengan lodeh mak lodeh. Macam nak balas dendam aje selepas berpuasa selama sebulan. Pekena pulak dengan teh tarik buatan sendiri. Boleh minum sepuas hati.
|
Mama pakaikan gelang emas pada tangan Sabriena. |
|
Wanie sempat melukis kartun dalam handphone. |
|
Ibu dan adikku. |
|
Ya. Masih posing yang sama. |
|
Bergambar sebelum acara bersalaman dan bermaafan. |
Dah sudah makan, kami bersiap semula dan berkumpul di ruang tamu. Ini adalah acara wajib pada setiap pagi Syawal. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Bermula dengan yang paling tua sampailah kepada yang paling muda. Maknanya, akulah yang dulu bersalaman dan bermaafan dengan ibu. Disusuli dengan adikku, dan cucu-cucu sulung, Farid dan Yana. Tahun ni, Syahmie tak ada bersama kami. Dia beraya di Mesir. Tapi Syahmie ada kirim gambar kepada kami. Beraya dengan jubah biru, dan baju melayu warna merah. Kata Syahmie, masa solat aidilfitri memang ramai yang hadir. Tetapi lepas selesai solat, suasana menjadi lengang seperti ada perintah berkurung.
Tengok sajalah gambar-gambar suasana pagi raya di rumah kami.
Bersambung...
|
Gambar raya yang dikirim oleh Syahmie. |
|
Aku dan ibu memulakan acara. |
|
"Mohon dimaafkan segala kesalahan anakmu ini." |
|
Peluk Ibu sikit. |
|
"Love you Ibuk". |
|
Muka ada iras tak? |
|
Giliran adikku pulak. |
|
Cium tangan ibu. |
|
Berpelukan dengan penuh kasih sayang. |
|
Salam sekali lagi. |
|
Peluk sekali lagi. |
|
Cium sekali lagi. |
|
Giliran isteriku pulak. |
|
Cium tangan ibu mentua. |
|
Berpelukan dengan penuh kasih dan sayang. |
|
Cium pipi Ibuk. |
|
Posing untuk kamera sebentar. |
|
Sekarang giliran cucu sulung - Farid. |
|
Peluk nenek tersayang. |
|
"Maafkan Farid, Nyai". |
|
Peluk dan cium. |
No comments:
Post a Comment