m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 30, 2019

Penyatuan Ilham dan Aqilah

21 April 2019 - Ini bukan cerita baru. Sebenarnya aku nak peram cerita ini lebih lamaaaaaaa lagi. Mungkin dalam dua atau tiga tahun. Tapi kawan sekerja aku, Abang Jalil dah mula bertanya tentang gambarnya yang aku ambil tempoh hari. Mahu tidak mahu, terpaksa jugaklah aku post kisah ini pada hari ini untuk tatapan dan bacaan para peminat sekelian. (Cewaaaaah).

Beberapa minggu sebelum tarikh ini, aku mendapat undangan perkahwinan dari kenalan kontraktorku, Aqilah melalui kiriman whatsapp. Lalu kuucapkan tahniah kepada beliau. Masa tu aku tak perasan lagi siapa pasangannya. Dan aku jugak tak perasan di mana majlis ini akan diadakan. Fikirku, lambat lagi majlis persandingannya. Beberapa hari sebelum tarikh majlis, baru aku baca balik semula mesej undangan itu. Eh! Pasangannya bernama Ilham - juga merupakan kenalan kontraktor bagi projek yang sama. Hahaha... Sungguh aku tak perasan mereka ini ber-couple rupanya.  Tapi kebanyakan teman-teman di tapak projek memang dah tau mereka ini telah bertunang lama. Tahniah sekali lagi, buat Ilham dan Aqilah.

Majlis perkahwinan Ilham dan Aqilah.
Kad jemputan.
Aku terima melalui pesanan whatsapp.
Kami sampai di tempat majlis agak awal. Dan aku baru tau majlis ini diadakan di dalam kawasan tentera yang sangat ketat kawalannya. Kalau aku tau majlis perkahwinan dibuat di sini, sudah tentu aku akan mengenakan pakaian berceloreng seperti askar. Barulah sesuai dengan tempat majlis. Bak kata orang-orang tua - masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek. Tetapi agar tidak kelihatan canggung, aku terus memberi tabik hormat kepada pengawal di pintu pagar utama. "Tuan!!!" Dan seterusnya memberikan tabik hormat kepada semua yang ada dalam majlis. "Tuan!!!" "Tuaaann!!!" "Tuaaaaaaannnnn!!!!!"

Baru selesai makan nasi.
Inilah posing Inche' Ridwan yang paling hensem yang pernah aku tengok. Bagaikan model gitu.
Duduk semeja dengan Ridwan.
Para pengiring pengantin.
Pengantin yang diraikan - Ilham dan Aqilah.
Kedua-duanya berwajah ceria.
"Jom kita masuk makan. Saya dah lapar ni", kata Ilham.
"Jomlah. Saya pun lapar jugak", sahut Aqilah.
Di dalam dewan majlis, aku melilau-lilau mencari kenalan - sama ada rakan sepejabat, atau rakan seprojek. Akhirnya aku cuma nampak Ridwan (maaf, aku tak tau ejaan nama yang sebenarnya). Aku dan isteri pun duduk semejalah dengan Ridwan yang juga datang dengan isteri dan seorang anaknya. Kami tak banyak bersembang, sekadar melayan makanan yang ada di dalam pinggan. 

Tak lama kami di situ, pengacara majlis pun mengumumkan ketibaan dua mempelai, Ilham dan Aqilah. Kedua-duanya berpakaian serba cantik dan bergaya. Mereka terus ke pentas pelamin sebelum diundang ke meja makan beradab. Dan aku meneruskan makan dan minum yang sangat pelbagai juadahnya.

Abang Jalil dan isteri. Inilah penampilan paling hensem Abang Jalil yang pernah aku lihat.
Abang Jalil sangat lapar. Lalu beliau makan dengan penuh bersemangat dan berselera.
"Mmmmm... sedapnya lauk kijang dan ayam hutan ni," bisik hati kecil Abang Jalil.
Giliran pengantin pulak untuk makan.
Menanti pelayan mencedokkan lauk sotong kurita raksasa dan udang kara Alaska ke dalam pinggan.
Ambil kesempatan bergambar dengan pengantin.
Kalau ada peluang, aku nak rembat lauk udang galah dalam pinggan besar tu.
Selain nasi minyak dan lauk pengantin, turut ada dalam menu ialah laksa utara, cendol, kuih-muih Melayu, popcorn dan cotton candy (gula-gula kapas). Semua aku ambil dan rasa, melainkan laksa aje. Pasal dah terlalu kenyang. Apabila waktu semakin menghampiri petang, aku mula berjumpa dengan teman-teman yang lain seperti Abang Jalil, Azrin, dan Zakir. Sebelum pulang, sempat aku menulis di buku catatan majlis mengucapkan tahniah dan barokah. Semoga kedua mempelai ini - Ilham dan Aqilah dikurniakan barokah, harmoni dalam berumah tangga, penuh kasih sayang dalam ketaatan kepada perintah Allah dan Rasul. Dan disatukan di Jannah di akhirat nanti.

Lalu kami pun beredar berbekalkan secawan popcorn untuk kumakan di dalam kereta ketika memandu nanti. Tabik hormat buat semua! "Tuaaaaaannnnnn!!!!!"

Sudut laksa dan cendol.
Sudut kuih cengkodoque.
Sudut kuih-muih Melayu.
Sudut popcorn dan cotton candy.
Catatanku di dalam buku tetamu. Duit sumbangan kuhulurkan kepada ayahanda Aqilah.
Isteriku di samping bunting pengantin.
Bunting walimatul urus.
Masa kami nak balik, baru Azrin sampai.
Azrin datang berdua dengan isteri. 
Baru nak mula menjamah makanan.
Zakir dan Abang Jalil.
Bagaikan dua orang hero Hindustani.
Okay, esok kita berjumpa di tapak projek.


Hari Olahraga MAHISS: Ucapan perangsang

Bahagian 2

Kami berasa terhibur dan teruja menyaksikan perbarisan rumah-rumah sukan. Kalau mengikut buku aturcara yang diagihkan, acara olahraga pelajar perempuan telah berlangsung pada awal pagi. Yang itu memang kami tak sempat saksikan kerana kami tiba di MAHISS agak lewat. Tak kisahlah. Yang penting kami dah sampai di sini dan akan memberi sokongan moral kepada anak-anak MAHISS yang bertanding dalam olahraga pada hari itu. Tak kiralah dari pasukan mana pun mereka.

Amier masih dengan teman-teman di satu cerun berumput.
Menyaksikan perarakan kontinjen sukan sambil duduk di pinggir parit.
Amier bersalaman dengan Mamanya.
Seluruh kontijen sedang berbaris.
Penuh disiplin.
Bendera sekolah turut dipersembahkan.
Setelah berlangsung lintas hormat kontijen rumah sukan, doa pun dibacakan. Para hadirin dan hadirat, serta guru-guru dan pelajar, bersama-sama mengaminkan doa. Sejurus doa selesai dibacakan, pengacara majlis, Ustaz Saudi mempersilakan Ayahanda Pengetua, Tuan Md Yusof untuk memberikan ucapan. Hadirin dan hadirat bertepuk tangan mengalu-alukan penampilan Ayahanda Pengetua. Seperti biasa, Ayahanda Pengetua berbicara ringkas. Namun padat dan sarat dengan kata-kata semangat, perangsang, dan motivasi buat anak-anak MAHISS. 

Acara masih panjang. Ayahanda Pengetua meringkaskan ucapan beliau untuk memberi laluan kepada acara selajutnya. Dan kami menunggu dengan keterujaan.

Bersambung...

Doa sedang dibacakan.
Anak-anak menadah tangan mengaminkan doa.
Masih berdoa.
Ibubapa turut mengaminkan doa.
Tetamu kehormat dan ibubapa berkumpul di sini.
Ayahanda Pengetua memulakan bicara.
Tutur katanya penuh bersemangat.
Penuh motivasi dan kata perangsang.
Apa-apa yang dilakukan sudah pasti dengan sepenuh hati.
Kelihatan tetamu kehormat - YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail.
Memberi penuh tumpuan.
YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail.
Sebahagian ibubapa yang hadir.
Sabar mengikuti acara majlis.
Amier dan teman-teman masih di lokasi yang sama.
Sebahagian pelajar perempuan.
Giliran Amier untuk menarik tali masih jauh lagi.
Pelajar putera di pinggir padang.