Bahagian 3
Masa kat rumah Kak Long, memang sangat puas
kami bergambar. Group photo macam ni memang jarang-jarang kami buat. Kalau bukan Hari Raya, jangan haraplah kami nak posing sakan ala artis. Setelah penat bergambar (bergambar pun penat jugak rupanya), kami kembali membuat aktiviti bebas dan bersantai. Siapa nak makan, boleh terus makan. Siapa nak sembang, boleh terus sembang. Siapa nak menonton, boleh terus menonton.
|
Bersembang dan berjenaka anak-beranak. |
|
Wajah-wajah ceria di Hari Raya. |
|
Melayan keperluan puteri. |
|
Abang Leman dan Kak Ita. |
Setelah agak lama berada di rumah kak Long dan Abang Zai, terasa bagaikan ada sesuatu yang kurang. Anak-anak bagaikan resah gelisah. Jiwa tak tenang. Naluri terseksa. Abang Zai yang sedar akan kehadiran situasi murung ini di kalangan anak-anak, terus mengambil langkah pro-aktif. Tangan diselukkan ke poket baju melayu yang labuh. Sekepuk wang saguhari dalam sampul cantik dikeluarkan. Anak-anak yang ternampak Pak Long mereka mengeluarkan duit raya, terus beratur panjang. Bersesak-sesak mendapatkan Pak Long yang sedang murah hatinya. Seorang demi seorang mendapat habuan hebat dari Pak Long. Malah aku dan isteri pun turut mendapat tempias habuannya. Terima kasih kepada Abang Zai a.k.a. Pak Long di atas pemberian ini.
|
Pak Long Zai mengeluarkan wang ajaib dari poket Doraemon. |
|
Duit raya diagih-agihkan. |
Untuk mengisi kebosanan, Syakira mencapai gitar akustikku dan terus mendendangkan lagu Enter Sandman-Metallica. Kemudian lagu Stairways to Heaven-Led Zeppelin. Seterusnya lagu Smoke on the Water-Deep Purple. Semua lagu-lagu rock itu didendangkan mengikut alunan dan music arrangement versi Hari Raya. Kami yang ada di sana berasa terhibur seketika.
|
Syakira mendedangkan lagu asli dari Republic of Congo. |
|
Peminat cilik ingin mendapatkan autograf dari pemuzik wanita handalan ini. |
|
Syakira memetik key H# minor sustain 7 ciptaanya sendiri. |
Anak-nak kecil, termasuk Sabriena, terus ke laman luar rumah dan meneruskan aktiviti bermain bunga api. Kilauan api yang memercik itulah yang memikat anak-anak kecil untuk leka berada lama di pekarangan rumah. Yang lebih dewasa memerhatikan dengan siaga tingkah anak-anak ini agar tidak membahayakan diri mereka masing-masing.
|
Sabriena dan anak-anak saudaranya bermain bunga api. |
|
Seronok betul Sabriena. |
|
Sebatang demi sebatang bunga api dicapai dan dicucuh api. |
|
Sabar menanti giliran. |
|
Cukup berdisiplin. |
Setelah agak lewat, anak saudara kami yang sulung - Aniza dan Pian sekeluarga pun tiba setelah mengembara jauh dari Johor. Untuk tidak menghampakan permintaan mereka, kami sekali lagi bergambar beramai-ramai di ruang tamu. Berbual ringkas dengan mereka, sebelum kami meminta izin untuk pulang kerana hari sudah sangat lewat. Insya Allah, kami akan datang lagi ke rumah Abang Zai dan Kak Long pada lain masa.
T A M A T
|
Cucu-cucu dari Johor baru sampai rumah Atok. |
|
Bergambar dengan keluarga Aniza pulak. |
|
Tapi Pian tak ada dalam gambar. |
|
Sebab ni kategori perempuan sahaja. |
|
Obviously tak ada orang lelaki. |
|
So, Pian duduk kat luar rumah ajelah. |
|
Unfortunately, kat luar rumah tak ada pulak photographer. Sedih... |
No comments:
Post a Comment