Bahagian 2
Malam Syawal pertama tu kami semua
berkumpul di rumah Kak Long. Itulah yang telah disepakati oleh seluruh adik-beradik. Dan memang itu pun yang menjadi amalan kami dari setahun ke setahun, sebab Kak Long yang sulung. Selain makan dan minum, berborak dan bersembang, menonton tv, dan main bunga api, kami turut berhibur dan berdendang. Kami bernyanyi-nyanyi lagu Hari Raya beramai-ramai dan merakamkannya dalam video. Aku main gitar. Abang Leman main keyboard. Yang lain semua menyumbangkan suara. Semua sporting. Hebat dan meriah!
|
Taufik dan Along Fahmi dah dekat tiga abad tak bersua muka. |
|
Akid dan Faiisal baru lepas pekena air power special. |
|
Akid, Faiisal dan Kak Timah. |
|
Akid, Faiisal dan Kak Timah, dan Zila pun tiba-tiba ada jugak. |
Bila dah habis semua tu, barulah kami bergambar beramai-ramai. Banyak gambar yang diambil. Maklumlah, keluarga kami besar. Gambar kena ambil banyak-banyak sikit. Perlu dipastikan semua orang ada masuk dalam frame. Masa ambil gambar tu pun terpaksa bahagi dua. Mula-mula gambar ahli keluarga yang lelaki. Lepas tu barulah ambil gambar ahli keluarga yang perempuan pulak. Kalau ambil semua sekali gus takut tak muat masuk frame gambar. Kena ada kamera yang super canggih baru boleh dapatkan hasil yang hebat.
Tengoklah gambar-gambar di bawah ini. Pelbagai aksi yang sepontan.
Bersambung...
|
Ahli keluarga lelaki mula berkumpul. |
|
Sedang mencari ruang. |
|
Mengambil tempat masing-masing. |
|
Hampir ready. |
|
Okay! Siap!! |
|
Gaya bebas yang penuh dengan kebebasan. |
|
Gaya bebas bak helang di awan. |
|
Secara tak semena-mena, Pak Long Abang Zai telah dituduh menghabiskan kuih dalam balang. |
|
Ahli keluarga perempuan pulak bergambar. |
|
Lebih santun dan tertib. |
|
Gaya bebas pun macam tak berapa nak bebas. |
|
Masih mengekalkan kesantunan. |
|
Kak Long dan ibu kepada Abang Hasni duduk di tengah. |
|
Sabriena buat muka pelik. |
|
Anak-anak saudara di bahagian belakang. |
|
Era 70'an menjelma kembali bila lagu Sanisah Huri didendangkan. |
|
Di suatu sudut lain. |
|
Okay, ini barulah free style yang sebenar. |
|
Kembali formal. |
|
Gaya love pulak. Let's spread the love through out the world. |
|
Tengah cari idea nak buat gaya apa pulak. |
|
Gaya sedang berfikir. |
|
Sesi bergambar telah selesai. |
|
Masing-masing ambil gambar pakai hand phone pulak. |
|
Wefie satu kali!!! |
No comments:
Post a Comment