m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, February 13, 2018

Neuformation di Avillion PD: Menang hadiah berjuta!

Bahagian 6

Semua mata melihat ke arah perut masing-masing. Buncit. Kembung. Besar sedikit dari biasa. Maknanya sekelian hadirin dan hadirat telah cukup makan. Kenyang membalun segala juadah yang terhidang di atas meja. Juadah makan malam pada malam itu memang sangat memuaskan hati. Tidak ada komplen dari walau seorang pun.

Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi para pemenang acara Team Building yang telah diadakan pada sebelah petang tadi. Bermula dengan hadiah di tempat ketiga. Ar Jalid menyampaikan hadiah untuk Team All Black. Seluruh dewan bergema dengan sorak sorai para penyokong The All Black. Para pemain tersohor seperti Ritchie McCaw, Jonah Lomu dan Dan Carter turut hadir memberikan sokongan padu. Kemudian hadiah disampaikan pula kepada pemenang di tempat kedua. Team You Never Walk Alone tampil ke hadapan mengambil trofi yang sangat berprestij. Diiringi dengan sorakan yang lebih gemuruh dari peminat-peminat tegar yang diterbangkan khas dari Anfield. Turut kelihatan hadir di majlis ini adalah Danny Ings, Mohamad Salah, Sadio Mane, Emre Can dan Joe Gomez. Dan di suatu sudut terpencil, kelihatan juga bekas kaptennya, Steven Gerrard sedang bertepuk tangan sambil tersenyum kebanggaan.

Akhirnya, hadiah disampaikan pula kepada Team Warriors. Kali ni tepukan bagai tidak begitu kedengaran. Sebab scope Team Warriors ini tidak begitu jelas. Adakah ianya The Red Warriors, atau lain-lain jenis Warriors yang dimaksudkan. Namun demikian Pok Ya Cong Codei nampak gayanya tetap hadir memberikan sokongan. Beliau yang kebetulan ada di PD kerana tugasan mencari seseorang yang hilang telah singgah sebentar bagi memeriahkan majlis. Begitulah suasana penyampaian hadiah yang sangat bersejarah itu.

Team All Black gembira dengan hadiah yang dimenangi mereka.
Trofi kemenangan diperagakan.
Afiq mendapat hadiah pekerja paling cemerlang tahun 2017.
Team You Never Walk Alone merangkul hadiah di tempat kedua.
Berkat kerjasama bersepadu.
Membuahkan kemenangan yang tak dijangka.
Ar Firdaus memberikan hadiah khas juri kepada Puan Amna.
Team Warriors menjuarai kategori lari dalam guni berkelompok.
Setelah sessi penyampaian hadiah, pengacara Shamyl menjemput Pn Amna untuk tampil ke hadapan bagi memberikan sepatah dua kata. Dan kata-kata semangat yang ringkas pun diberikanlah oleh Puan Big Boss. Belum pun sempat kami pasang teinga untuk mendengar ucapannya, tau-tau dah habis. Dan para hadirin dan hadirat pun bertepuk tanganlah sekuat hati.

Acara selanjutnya yang ditunggu-tunggu adalah acara cabutan nombor bertuah. Ayu sebagai pembawa nama-nama staf telah pergi ke meja Azrin. Azrin sebagai yang ter-senior di antara kami telah mencabut satu nama dari kotak rahsia. Nama yang pertama yang bertuah milik Tuan Salam. Salam telah berjaya memenangi tempat kesepuluh dengan hadiahnya berupa sebauh drone yang mampu dikawal dari jarak sejauh 350 km. Tahniah kepada Tuan Salam.

Sedang berbicara tentang something.
Ayu membawa sekotak nama peserta untuik dicabut oleh Azrin.
"Alamak! Tak kena pulak nama aku!"
Salam memberi hadiah kepada Azrin.
Kemudian giliran aku pulak untuk mencabut satu nama bertuah. Kali ini keluar pula nama Farah. Farah juga mendapat hadiah istimewa sebuah drone yang mampu menyelam di lautan Pasifik dan Bermuda Triangle. Tahniah Farah. Tiba giliran Akmal mencabut satu nama. Pemenangnya kali ini adalah Afiq. Hadiah Afiq diambil oleh isterinya, dan ia berupa sebuah voucher penginapan percuma di Artik dan Antartika selama 7 hari 7 malam, sambil melihat penguin dan beruang polar. Tahniah Afiq. Yang selanjutnya mencabut nama adalah Ar Firdaus. Tapi entah kenapa, Ar Firdaus tidak mencabut sendiri nama-nama yang ada dalam bekas. Dia menyuruh anaknya melaksanakan tugas yang amat berat itu. Kami semua memang tak tahu apakah alasan di sebalik perbuatan itu. Namun kami tidak pula mempersoalkannya. Dan pemenang yang seterusnya adalah Ayu. Ayu pula memenangi voucher penginapan percuma di Banjaran Himalaya. Berpeluang bergambar bersama Yeti dan melihat pemandangan dunia dari ketinggian 7,300 meter.

Farah dengan hadiah cabutan bertuah.
Akmal mencuba untuk mencabut nama sendiri.
Memberikan sekeping cek bernilai RM 30,000 kepada pemenang bertuah.
Cabutan nama bertuah oleh si cilik.
Ayu bagi hadiah kepada Ar Firdaus.
Pengacara Shamyl kemudian pergi ke arah Tuan Direktor Ar Jalid untuk membuat cabutan bertuah. Antara nama-nama yang terpilih untuk memenangi hadiah termasuklah Awie, Adika, Hafeez dan Shamyl. Masing-masing mendapat hadiah berupa voucher makan malam percuma di Hotel Etosha Village, Namibia. All you can eat buffet. Semua pemenang nampak gayanya sangat gembira dan teruja. Dan masing-masing telah berazam untuk tidak tidur malam nanti bagi mengenang saat-saat kemenangan bersama teman-teman.

Ar Jalid bagi tiket saman kepada Shamyl.
Awie telah sign contract untuk bekerja dengan Ar Jalid seumur hidup.
Ar Jalid pilih nama lagi.
Adika telah sign contract untuk jadi anak angkat kepada Ar Jalid.
Forever together!
Pemilihan nama diteruskan lagi.
Hafeez gembira mendapat cek bernilai RM 50,000 dari Big Boss.
Cek Hafeez telah ditarik balik dan diberikan pula kepada Shamyl. Shamyl pun happy lah.
Cabuan nama bertuah diteruskan lagi dengan menjemput Puan Amna untuk melaksanakan tugasan ini. Beberapa nama telah naik. Dan Ar Firdaus adalah salah seorang dari mereka. Ar Firdaus yang memenangi hadiah berupa sebuah jet peribadi memang tidak terduga dan menyangka akan menerima nasib bertuah seperti ini. Ar Firdaus siap buat ucapan kemenangan walau tanpa disuruh berbuat demikian. Dan kini tibalah ke kemuncaknya apabila Puan Amna perlu mencabut satu lagi nama untuk hadiah utama - juara. Cukup lama nama-nama pada kertas kecil yang berlipat di kocak oleh Puan Amna. Pemilihan perlu dibuat dengan sangat teliti. Perlu adil dan tidak ada pilih kasih. Setelah hampir lima jam mengocak kertas, akhirnya satu nama telah dipilih. Dan apabila kertas dibuka, terjawablah segala teka-teki yang bermain di fikiran masing-masing. Pemenang hadiah utama merupakan Farhana. Farhana yang sangat tidak menyangka akan memenangi hadiah bertuah ini telah tampil ke hadapan dan mengambil hadiah dengan penuh keterujaan. Sampai saat ini kami satu ofis masih tak tahu apakah hadiah misteri yang telah dimenangi pada malam itu.

Rahsia di sebalik kejadian: Adalah suatu misteri dan fenomena, kami para Head of Department (HOD) yang telah ditugaskan untuk mencabut nama telah tidak terpilih untuk mendapat apa-apa hadiah. Lihat sajalah pada Akmal, Azrin, dan aku sendiri. Bila Ar Firdaus menyedari akan hakikat ini, beliau telah menyuruh anaknya mencabut nama. Sebab itulah dia masih boleh menerima hadiah cabutan bertuah. Dan kami para HOD yang lain hanya sekadar melopong dan berpuas hati dengan hadiah yang telah dimenangi oleh orang lain.

Bersambung...

Puan Amna pulak yang cabut undi.
Ar FIrdaus dapat cek bernilai RM5.00 sepuluh sen.
Ayu menyuruh Puan Amna untuk terus mencabut nama.
Dan pemenang hadiah utama adalah...
Shamyl mengumumkan pemenang ultimate pada malam itu.
Jatuh kepada Farhana!!!

No comments:

Post a Comment