m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, February 10, 2018

Neuformation di Avillion PD: Makan malam

Bahagian 5

Setelah penat bertungkus-lumus meredah pelbagai halangan di lapangan Tough Nation Team Building, kami kembali berkumpul pada sebelah malamnya di ruang makan untuk menjamu selera. Pada mulanya aku ingat kami akan makan dekat kafeteria umum di aras bawah. Rupa-rupanya kami telah diberi satu ruang khusus dan eksklusif di satu seksyen yang terpencil untuk makan-makan di kalangan keluarga Neuformation sahaja. Wah! Ini sudah bagus.

Aku dan famili sampai di ruang makan agak lewat jugak. Semua teman-teman yang lain telah memenuhi ruang dewan. Namun begitu, makanan yang terhidang masih sangat-sangat banyak. Penuh seluruh meja. Penuh sehingga ke lantai, sehinga ke dinding, sehingga ke siling. Wife dan anak-anak aku makan di kawasan luar dewan sambil menghirup udara laut yang segar. Cuma Syahmie saja yang duduk bersama-sama dengan teman-temanku yang lain.

Syahmie baru nak memulakan makan.
Diminta untuk membaca doa selamat sebelum memulakan majlis.
Tron dan isteri.
Setelah menjamah sedikit makanan, aku terus ke dalam dewan untuk mengambil gambar. Waktu itu Shamyl, sebagai pengacara majlis telah memulakan celotehnya yang ada kalanya berusur komedi, dan ada kalanya berunsur seram dan mistik. Majoriti para hadirin nampak gayanya sudah mula memperlahankan rentak mengunyah makanan. Mungkin kerana telah kenyang setelah membedal kerbau balau golek yang disajikan. Shamyl kemudiannya bergerak ke arahku dan meminta aku untuk membacakan doa bagi memulakan majlis. Aku sarankan kepada Shamyl untuk menyuruh anakku, Syahmie yang membaca doa. Lalu Syahmie dijemput dan doa pun dibacakanlah. Amin. Ya rabbal 'Alamin.

Azrin dan keluarga mengaminkan doa.
Keluarga Awie turut berdoa.
Masih berdoa dengan penuh khusyuk.
Ayu dan Hann turut berdoa.
Keluarga Muhaimin.
Wadi dan Muhaimin.
Keluarga Farah dan Hakim.
Doa dah selesai. Jom sambung makan.
Keluarga Azrin menanti aktiviti yang selanjutnya.
Sebahagian keluarga Azrin.
Setelah pembacaan doa, Shamyl kemudiannya menjemput Tuan Direktor Ar Jalid untuk memberikan sepatah dua kata. Dan En Ar Jalid pun mengeluarkan selembar nota dari saku bajunya dan berucap. Panjang jugak ucapan yang diberi. Bagaikan Keretapi Tanah Melayu yang dicantum-cantumkan dari Perlis hinggalah ke Singapura. Tetapi kami tetap mendengar dengan penuh tumpuan. Sebab perut dah kenyang. Tak ada apa lagi yang perlu digusarkan. Layan sajalah.

Ar Firdaus dan isteri. Peace yo!
Zu dan Adika berasa puas setelah menikmati kari kepala gajah.
Salam sangat berpuas hati dengan masakan ikan lumba-lumba masak tiga rasa.
Pengantin baru Wenq dan isteri.
Anak-anak Big Boss Ar Jalid.
Keluarga Bigger Boss - Amna.
Ar Jalid memulakan bicara.
"This life is like a wheel. Sometimes got air. Sometimes got puncture".

Sambil mendengar kisah panjang dari Ar Jalid, kami meneruskan lagi menikmati juadah yang terhidang. Rupa-rupanya kata-kata motivasi dari Tuan Direktor telah membuatkan kami lebih bersemangat untuk memenuhkan tembolok kami dengan makanan yang pelbagai. Yang lazat-lazat belaka. Yang berkhasiat semuanya. Yang mencengkam kalbu dan menusuk naluri. Aku masih bertugas dan belum boleh makan lagi. Bila aku lihat para perwakilan sudah mula menyantai, barulah aku ke halaman luar dewan untuk mengambil makanan dan memuaskan kehendak tekakku. Jom makan.

Bersambung...

Menyambung aktiviti makan malam.
Menanti Ar Jalid habis berbicara tentang global warming dan save the whale issues.
Afiq sedang menikmati daging seladang bakar dengan beloved son.
Hero kecil dan hero besar.
Zu terharu dengan ucapan sentimental dari Ar Jalid.
Syahmie sambung makan dengan teman barunya - Akmal's son.
Akmal dan daughter.
Keluarga Hafeez berbincang tentang menu selanjutnya untuk dimakan.
Pengacara majlis - Shamyl sedang duduk berehat.
Keluarga Akmal sangat happy dapat makan sate tenggiling.
Ar Jalid sedang membacakan sebuah puisi mengenai kepupusan kaum panda di dunia ini.
Seterusnya puisi berjudul "Biru Ikan Pausku - Blue Whale".
Hadirin yang memenuhi ruang dewan makan.
Masing-masing dengan urusan masing-masing.
Aktiviti makan-makan sudah mulai berkurangan.
Tetapi Muhaimin masih lapar dan bercita-cita untuk menghabiskan seluruh makanan di dewan ini.
Makanan yang tersaji di luar dewan.
Keluargaku makan sambil menikmati kesegaran udara laut di luar dewan.
Ar Jalid sambung makan setelah penat berucap dan berpuisi.
Keluarga Akmal turut sambung makan.

No comments:

Post a Comment